26

6.2K 265 0
                                    

"Arghhh! Dasar jantan tak guna. Ada ke patut suruh aku ni cium pipi dia tu. Eww! Memang taklah. Dia ingat aku ni apa? Perempuan murahan ke? Argh! Bencinya aku. Harap muka je cute, handsome tapi perangai kalah setan!" Izaty tak habis-habis marah lelaki itu, dari mula masuk ke dalam kereta sehinggalah kereta itu berhenti di halaman rumah Kak Nabila.

Izaty dengan pantas dia keluar dari perut kereta dengan rasa hati yang panas membara seperti bara api. Ramai saudara-mara Kak Nabila yang sudah datang, boleh dikatakan semua.

Izaty cuba tersenyum walaupun hatinya tengah marah, lalu dia menyalami semua sanak saudara Nabila yang baru datang.

"Kenapa lambat balik sangat ni, Izaty?" Suara Kak Nabila lembut masuk ke dalam telinga Izaty.

Izaty menarik tangan Nabila ke satu sudut yang sunyi tiada orang. Kak Nabila hanya mengikut sahaja dengan wajah berkerut dan rasa terkejut.

"Inilah yang Izaty nak cerita sikit ni." Izaty separuh berbisik.

"Ish, tak pandailah akak gosip-gosip ni bagai." Nabila turut berbisik belakang langsir berwarna kuning bercorak bunga matahari itu.

"Ini bukan gosip, cuma nak cerita je dekat Kak Ila. Izaty tak tahu nak cerita dekat siapa kalau cerita dekat mak, mak marah Izaty balik." Kata Izaty dengan wajah sudah bertukar sedih.

"Haish yalah. Nak cerita apa ni dekat Kak Ila?" Kata Nabila sambil menggaru-garukan tudungnya.

"Tadi, masa Zaty nak balik tadi, ada sorang mamat ni. Zaty terpijak kasut dia." Izaty sduah mulakan ceritanya.

"Laa... lepas tu?" Nabila pula rasa teruja ingin tahu apa terjadi selepas itu.

"Lepas tu, kasut dia masuk dalam longkang, dia suruh Izaty ambil."

"Habis Izaty ambillah?" muka Nabila bertukar jadi ingin tahu. Dia mula rasa terbuai dengan cerita yang disampaikan oleh Izaty sebentar tadi.

"Ermm, terpaksa jugalah. Lepas tu, dia suruh Zaty pergi beli kasut baru dekat dia. Lepas tu, Zaty geram, Zaty pergi beli selipar dua ringgit. Warna pink! Haha, padan muka dia Kak Ila."

"Jahatlah kamu ni." kata Nabila sambil ketawa kecil juga.

"Jahat apanya, dia tu pakai stoking Mickey Mouse tak malu pulak. Memang sesuai sangatlah dengan dia tu tapi bukan itu je kak. Tak habis lagi ni... ada lagi."

"Hah? ada lagi? Panjang betul cerita kamu."

Nabila mula menarik tangan Izaty dan mereka berdua duduk di tepi tangga berdua. Nabila semakin terbuai dengan cerita Izaty tadi.

"Haih, kak. Kata tak pandai gosip tadi? Ini sampai tarik tangan Izaty duduk tepi tangga ni apa cerita?" Kata Izaty mula memerli.

"Hish, Kak Ila lenguh jelah." Kata Nabila cuba mencari alasan.

"Hah! Hah! Lepas tu? Apa jadi?" Sambung Nabila lagi dengan wajah serius.

"Lepas itukan, dia suruh Zaty belanja dia makan pulak, Ya Allah, sabar jelah."

"Amboi, dah bagi kaki, nak betis. Lepas tu?" Nabila mula seronok mendengar cerita yang keluar dari mulut Izaty.

"Zaty belanja dia makan dekat kedai mamak, biar pandan dengan muka dia. Muka aje handsome tapi hati, Ya Allah... hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati Zaty masa tu akak, tapi sayang... muka handsome, cute. Rupa-rupanya..."

"Rupa-rupanya apa?" Nabila mengerutkan keningnya.

"Rupa-rupanya, dia tu lelaki suka sesama lelaki. Pehhh!"

"Hah?!" Terkejut Nabila dengar.

"Betul, tak tipu. Dia yang cakap macam itu." Izaty cuba untuk membuat Nabila percaya dengan kata-katanya

"Ish, kes berat tu. Hmm, harap-harap kamu tak jumpa dia lagi."

"Hah? tak jumpa? Memang tak bolehlah akak, novel Zaty baru beli tadi ada dekat dia. Zaty tak buka plastik lagi, dia dah rasmikan dulu."

"Amboi, amboi. Harta orang buat macam harta sendiri."

"Itulah pasal. Kalau novel Izaty bukan ada dekat dia taubat kuih samprit tiga kilo Izaty dah tak nak jumpa dia! Hmm, tak apalah akak, akak pergi buat kerja dulu. Zaty nak mandi bersiap apa semua. Nanti Zaty turun tolong akak."

"Okey. Cepat sikit tau. Kenduri malam ni mula pukul sembilan malam. Sekarang dah pukul lapan malam. Cepat sikit okay."

"Yalah, kak. Izaty bersiap sekejap je." Balas Izaty sambil melangkah pergi dengan laju.

"Haiihh.... Ada jugak orang macam tu." Runggut Nabila sorang diri di tangga sambil menggelengkan kepalanya.

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now