51

4.8K 206 0
                                    

Selepas sahaja dia menunaikan solat subuh, dia terus bertolak dari rumahnya. Matahari masih belum kelihatan.

Izaty mengenakan baju blause putih dan seluar jeans hitam. Dipadankan pula dengan tudung berwarna meroon. Di cantikkan lagi dengan kasut sneakers baru yang dibelinya minggu lepas. Tas tangan jenama Chanel turut melengkapkan gayanya.

Dia kelihatan sangat teruja. Yalah, nak pergi jumpa tunangkan, mestilah. Siapa sahaja yang tak suka? Dari tadi tak henti dia tersenyum seorang diri.

Semalam pun dia tak cukup tidur kerana sibuk siapkan kuih karipap kegemaran Rafiq. Rafiq tidak henti-henti puji kuih karipapnya yang manis tak sama macam di kedai. Tepungnya juga lembut dan gebu. Selepas sahaja solat subuh tadi terus dia goreng panas-panas dibantu oleh Mak Ijah.

"Mak, Izaty pergi dulu." Jerit Izaty dari dalam kereta.

"Haah, elok-elok." Balas Mak Ijah dengan lantang juga.

"Mak, Kak Izaty nak pergi mana?" Tanya Syazwan sambil menggosok-gosok kelopak matanya kerana masih mengantuk.

"Jumpa buah hati dia lah."

"Errgh! Jauhnya." Kata Aiman pulak sambil menguap.

"Hmm, biarlah dia." Kata Mak Ijah seraya melangkah masuk ke dalam rumah dengan hati yang senang.

Dengan Bismillah dia mulakan perjalanan. Radio di pasang kuat oleh Izaty kerana radio keretanya baru diperbaiki. Yalah, banyak jugak duit Izaty habis menservis keretanya ini. Nak pergi jauh katakan. Kenalah bersiap sedia. Takut juga kereta kancil ini nak bawa pergi KL, yalah mau tercabut tayar tak ke naya?

Lagu Hang Pi Mana nyanyian Khalifah kuat berkumandang di radio. Sambil mengangguk-angguk kepala Izaty melayan lagu itu.

"Aku nak pi jumpak tunang akulah woi! Hahaha!" Balas Izaty kepada radio itu.

Sesekali dia memegang juga telefon pintarnya.

"Err? Perlu ke aku telefon dia? Hmm.. Tak payahlah. Biar dia terkejut kucing bila aku sampai. Hehe.." Kata Izaty lagi seorang diri.

~~~~~•~~~~~

Sesampainya dia di hadapan Syarikat Rafiq dia mula tergamam. Matanya pula tidak berkelip langsung.

"Fuyooo!!! Besarnya!" Izaty jadi jakun melihat syarikat 'bakal' suaminya sebesar ini.

Dia sendiri tidak sangka bakal suaminya ada syarikat macam ini dan! Dia tidak pernah menyangka ada jejaka kaya yang mahukan dia yang tidak seberapa ini. Dia langsung tidak menyangka takdirnya jadi seperti ini.

Semuanya bagaikan mimpi baginya. Lelaki kacak kaya suka kepadanya dan inginkan dia menjadi isteri kepadanya? Wow! Macam dalam novel klishe!

'Oh No!! Mimpi ke aku ni?' Kata Izaty dalam hati. Tiba-tiba pula dia rasa seperti tidak layak dengan Rafiq. Apa yang Rafiq nampak padanya pun entahlah.

Tanpa membuang masa lagi di tengah panas terik kota ini dia melangkah masuk dengan memegang sebekas karipap.

Malu jugaklah orang tengok. Teruk sangat budak kampung ni siap bawak kuih karipap lagi, tapi dia kisah apa? Yang penat masak dia sampai tak cukup tidur. Itu perasaannya sahaja, padahal orang tengok dia sebab bau makanan di tangan Izaty itu menyelerakan sangat. Dari jauh dah boleh bau baunya.

"Excuse me, cik saya nak jumpa Encik Rafiq?" Kata Izaty kepada seorang perempuan di pintu masuk.

"Cik ada buat temu janji dulu tak dengan Encik Rafiq?" Tanya perempuan itu kembali.

"Tak, tapi saya nak jumpa dia sekejap je. Tolonglah." Rayu Izaty dengan muka kesian.

"Er, tak boleh cik lagipun Encik Rafiq tak ada."

"Takkan tak ada kot."

"Maaf, tak boleh." Perempuan itu masih melarang.

'Alamak, macam mana ni? Dia ni pun satu hal, cakap aku tunang Rafiq kang, baru nak terkangkang kau nanti.' Kata Izaty dalam hati.

'Eh, tapi takkan orang dalam pejabat ni tak cuba nak ngorat Rafiq kan? Yalah handsome kot' Merapunya seorang diri.

'Ah! Redah jelah!' Kata Izaty dalam hati dengan kakinya terus terjah masuk ke dalam ruangan itu dengan pantas, sepantas kucing dikejar anjing.

"Eh! Eh! Cik! Jangan! Kan saya dah cakap Encik Rafiq tak ada!" Laung perempuan itu dari jauh. Tergamam dia lihat perangai Izaty yang pelik semacam itu.

'Ah, lantak kaulah! Janji aku boleh jumpa Rafiq aku!' Kata Izaty dalam hati lagi. Kakinya terus terjah masuk ke dalam satu bilik ini yang ada tulis nama Rafiq di hadapan pintu dengan bibir penuh senyuman.

!!!!!!!

Izaty tergamam.

"Ra... Rafiq.. Apa awak buat ni?" Kata Izaty terketar-ketar. Lemah kakinya melihat 'Rafiq' yang tengah berada di hadapannya ini melakukan sesuatu yang tidak senonoh. Serta-merta bekas yang dipenuhi karipap itu jatuh ke lantai.

Matanya sudah bergenang dengan air mata.

Rasa seperti ingin sahaja rebah ke bumi, air mata ini pula seperti ingin membasahi pipi, tidak kuat Izaty menahan pedih seperti dihiris dengan pisau tajam lalu ditabur pula dengan garam dan perahan limau. Ya, begitulah apa yang dia rasakan sekarang ini.

Jantungnya seperti berhenti berdegup dalam sesaat lalu, berdengup kencang.

Dia melihat 'Rafiq' dengan perempuan lain sedang gelak ketawa dengan mesranya sekali. Sebaik sahaja mereka berdua terlihat Izaty di depan muka pintu terus mereka berdua melepaskan peganggan tangan mereka.

"Rafiq! Apa awak buat ni! Awak dah tak sayang saya ke?!" Kata Izaty separuh menjerit dengan penuh rasa kecewa.

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now