40

5.4K 235 1
                                    

Mereka berdua diberi kebenaran untuk masuk melawat Tasha, tanpa membuang masa lagi Izaty terus pecut selaju yang boleh demi melihat keadaan kawan baiknya itu.

Sesampainya dia di hadapan katil Tasha, dia terkaku hanya nafasnya sahaja turun naik sambil matanya tepat memandang ke hadapan.

Dalam beberapa saat, Rafiq baru tiba di belakang Izaty dengan nafas turun naik.

Mereka berdua terkaku melihat Tasha. Suasana sepi dalam beberapa saat. Izaty kelu tidak terkata. Tasha tersenyum sambil memegang seorang bayi yang sedang nyenyak tidur.

"Tash..." Izaty hilang kata-kata. Hanya mampu tersenyum.

"Yes, my baby..." Kata Tasha lantas, tersenyum sambil mencium lembut dahi bayinya itu.

"Baby..." Ada sedikit senyuman di bibir Izaty.

"Baby boy..." Balas Tasha dengan suara serak.

"Alhamdullilah..." Ucap Izaty perlahan. Sejuk jiwanya manandang bayi yang berwajah polos itu tidur nyenyak dalam dakapan ibunya.

Izaty mengalihkan pandangannya ke arah Rafiq. Izaty tersenyum ke arah Rafiq, Rafiq turut tersenyum sama ke arah Izaty. Alhamdulillah, dengan pertolongan Rafiq, Tasha selamat.

Mata Tasha henti memandang Rafiq yang hanya tersenyum sambil memeluk tubuh dari jauh. Kacak orangnya. Sejuk mata memandang.

"Hai... Rafiq..." Rafiq mengangkat sebelah tangan lalu dilabai olehnya perlahan ke arah Tasha sekadar untuk memperkenalkan dirinya.

Mata Tasha memandang ke arah Izaty pula dengan senyuman 'ada makna'.

"Apa?" Izaty tersenyum ke arah Tasha sambil matanya dibulatkan.

"Rafiq, tolong azankan anak aku." Kata Tasha dengan nada serius.

Rafiq terkedu. Izaty turut terkedu jugs setelah mendengar apa yang keluar dari mulut Tasha sebentar tadi.

Rafiq dan Izaty saling berpandangan antara satu sama lain.

Masing-masing tertanya-tanya.

"Hmm. Boleh ke tidak?" Tasha bertanya lagi dengan senyuman dibibirnya.

Suasana di dalam bilik itu sunyi hanya dengan bunyi kipas berpusing. Sangat tenang dan nyaman.

"Bo.. Boleh." Rafiq teragak-agak terjawab.

'Aku boleh je nak tolong azankan, tapi mana suami dia?' Kata Rafiq dalam hati, tapi dia tidak sampai hati untuk bertanya. Apa salahnya membantu, azan sahaja bukan apa pun.

Perlahan-lahan dia mendekati bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur itu. Rafiq mengulurkan tangannya lantas, Tasha menyerahkan bayinya. Rsfiq memeluk bayi itu dengan lemah lembut, sempat lagi Tasha mencium dahi bayinya sebelum menyerahkan bayinya kepada Rafiq untuk diazankan.

Bayi itu kelihatan seperti tersenyum apabila ada dalam dakapan Rafiq. Jiwa Rafiq menjadi tenang setelah melihat bayi itu. Dia mudah tersentuh apabila melihat bayi ataupun budak kecil.

Tanpa menunggu lama, Rafiq pun mula mengalunkan suaranya di telinga bayi itu.
Izaty merapatkan tubuhnya ke Tasha sambil memegang erat tangan Tasha. Mereka saling tersenyum.

Sayu sahaja suara Rafiq mengalunkan azan.

Izaty tersenyum tenang ke arah Rafiq. Jiwanya juga tersentuh melihat sifat seorang ayah yang ada kepada Rafiq walaupun Rafiq masih lagi bujang. Matang, serba boleh, baik pula tu orangnya. 100% lelaki jenis ini adalah idaman setiap wanita. Siapa yang tidak mahu lelaki seperti Rafiq ini? Sempurna orangnya.

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now