20

7.3K 274 7
                                    

Majlis perkahwinan Raja Azreen dan Asmida berjalan dengan lancar. Kedua-dua mempelai itu kelihatan sangat gembira. Jelas menunjukkan mereka itu sama padan bagai pinang di belah dua.

Dalam sebak, Izaty turut berasa gembira kerana dapat melihat kawannya yang dahulu musuh itu kini sudah hidup bahagia dengan penuh rasa cinta.

'Semoga mereka bahagia dunia dan akhirat.' Doa Izaty dalam hati sambil tersenyum.

Izaty menghempaskan tubuhnya ke atas tilam, suis kipas disebelahnya terus ditekan.

Serta-merta rasa agak selesa sedikit. Peluh di dahinya mula kering
.
"Hmm... Leganya. Hilang sakit kepala ni." Izaty menghela nafas panjang.

Telefon Iphone 6s miliknya sudah hampir kehabisan bateri kerana sakan berfoto tadi sebagai tanda kenang-kenangan. Dia membuka album gambar. Dia tersenyum melihat gambar yang diambil tadi.

Sungguh kacak Raja Azreen memakai baju melayu berkain satin berwarna Royal Blue, warna kegemaran Raja Azreen. Wajahnya kelihatan begitu tenang dan berseri-seri dengan janggut kambingnya itu. Wahh... Kacaknya. Mukanya putih itu langsung tidak berminyak walaupun cuaca panas. Panas-panas pun nampak kacak lagi. Mungkin mulutnya yang merah bak delima dan kulitnya yang putih gebu itu membangkitkan lagi seri wajahnya.

Asmida juga kelihatan begitu cantik dengan makap nipis yang dialas ke wajahnya. Baju pengantin dia juga cantik ditaburi labuci-labuci berkilauan.

'Asmida kalau tak mekap pun dah cantik.' Puji Izaty dalam hati. Selama ini Asmida hanya salah make-up sebab tu dia nampak tak cantik. Disebabkan kepakaran yang Izaty ada, Izaty pandai mengubah cara make-up Asmida dengan profesional sekali. Hanya perlu cari tone yang sesuai dan apa yang penting sekali teknik make up. Pakailah make up Chanel sekali pun tapi tiada teknik mestilah kelihatan tidak cantik juga.

Zaty menghela nafas lagi sambil matanya melihat ke arah jarum jam yang tertera pada skrin telefon Iphone 6s miliknya itu. Jam menunjukkan tiga petang. Perlahan-lahan dia menutup mata dan terus tertidur kerana keletihan.

~~~~~•~~~~~

Izaty membuka matanya. Suasana sangat gelap. Dia meraba-raba telefon bimbitnya yang bateri hanya tinggal 10% lagi. Dia terlupa untuk mengecasnya tadi.

"Wuish... Dah pukul 7.40 malam lah. Patutlah gelap." Kata Izaty sendiri dalam ke adaan yang masih mamai. Dia mengurut-urut kepalanya yang sakit itu. Mana taknya, tidur sampai maghrib.

'Hmm... Lepas mandi, solat mahgrib dan isyak aku terus nak terus tidurlah.' Niatnya dalam hati.

Dia terus mengecas telefon Iphone 6s-nya dengan langkah Lemah-longlai dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

~~~~~•~~~~~

Izaty menyikat rambutnya di hadapan cermin. Dia rasa lega sedikit selepas solat isyak. Rasa sakit kepalanya semakin berkurang setelah menelan dua biji panadol.

Tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Kak Nabila di skrin telefon bimbitnya. Segera dia menjawab.

"Waalaikumsalam, ya kak ada apa hal ni?... Hah? Kenduri kat rumah kakak?... Bila?... Cuti seminggu nanti?... Hari ahad?... Rumah kakak yang mana satu ni? Rumah akak ada banyak.... Owh... Yang di Kedah tu ke? Yang baru buat tu?.... In sha Allah saya pergi bawak mak dengan adik sekali... Baiklah... Waalaikumsalam..." Izaty terus menamatkan panggilan.

"Mak!!! Mak!!!" Jeritnya dari dalam bilik. Malas nak keluar.

"Apa!" Jerit maknya kembali dari bilik sebelah.

"Nanti cuti seminggu kak Ila ajak kita semua pergi rumah dia. Ada kenduri! Rumah baru dia kat Kedah tu!"

"Ya ke! Haa... Tapi mak malulah. Mak tak kenal sangat dia tu!" Balas maknya.

"Alah! Zaty pon malu jugak tapi dia dah ajak jom jelah. Kita duduk dua tiga hari dahlah."

"Balik hari tak boleh ke?!" Tanya maknya.

"Tengoklah dulu macam mana. Janji mak eh? Kita pergi!"

"In sha Allah! Apa-apa nanti roger lain!" Jerit maknya lagi.

"Orait komando! Hahaha..." Izaty ketawa berdekah-dekah.

"Eh! Mak! Mak! Aiman dengan Syazwan takde aktviti ke kat sekolah?"

"Entahlah..." Balas maknya perlahan.

"Woi, woi, woi... Apa ni sebut nama kita orang."

Datang Syazwan sambil bersandar di tepi pintu, disusuli oleh Aiman kemudiannya sambil membuka songkok. Mereka baru sahaja pulang dari menunaikan solat isyak di masjid.

"Haa... Bagus pun korang dah balik. Cuti seminggu nantikan, korang ada aktiviti apa-apa tak yang nak buat?"

"Kenapa kak?" Tanya Aiman sambil mengerut dahi.

"Nak pergi rumah Kak Nabila nanti dekat Kedah."

"Kak Nabila?" Syazwan mengerut dahi sambil memandang ke arah Aiman. Aiman turut mengerut dahinya.

"Siapa tu?" Mereka berkata serentak seperti pasangan kembar sahaja gayanya.

"Alah... Yang kakak duduk rumah dia selama ni. Dialah yang tumpangkan akak duduk rumah dia selama akak belajar. Korang pun pernah jumpa dia sekali dulu."

"Owh... Ingat-ingat lupa." Kata Syazwan. Baju melayunya di tanggalkan. Jelas kelihatan abs diperutnya yang putih itu.

Aiman juga membuka baju melayunya. Sekarang dia hanya bersinglet putih. Jelas nampak otot-otot di lenggannya. Badan dia juga sasa. Abang sado katakan... Hee...

"Kalau korang takde aktiviti apa dekat sekolah jomlah ikut. Mak pun ikut sekali. Kalau korang tak ikut tak pasal mati kebulur korang tu. Bukannya pandai masak! Hahaha..."

"Syazwan okey je kak. Aiman kau macam mana?"
Syazwan memandang tepat ke arah Aiman.

"Aku pun okey je." Aiman juga memandang ke arah adiknya, Syazwan.

"Haa.. Kalau okay tu bolehlah kan nanti? Nanti kita pergi tau. Jangan buat hal last minute kata tak jadi. Tak pasal kaki kakak sampai kat muka korang tu." Kata Izatu sambil mengangkat kakinya sebelah ke atas seperti buat yoga.

"Hahaha... Okay-okay..." Kata Aiman.

Syazwan hanya ketawa dan terus menuju ke bilik mereka. Kemudian diikuti Aiman dari belakang.

"Haih... Budak-budak ni. Hmm.." Kata Izaty sambil menggelengkan kepala. Makin lama makin handsome pulak Izaty tengok adik-adik dia ni. Muka macam model. Eloklah kakak dia pun model juga sekarang ni. Boleh sambung legasi nampaknya kalau macam ini. Haha.

KATAKAN SAYANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now