[Budak Setan : Farish Adham] Aku budak setan. Kebanyakkan orang di Golden Teen memandang hina terhadap aku kerana gelaranku. Bagi mereka, aku ini berbahaya. Bagi mereka, aku ni membawa derita. Aku bahagia dengan hidup aku dek hidup aman tidak terganggu. Semua itu hanyalah sementara sehingga aku berkahwin dengan seorang perempuan 'murahan'. Di usia muda begini, aku tidak pernah terfikir aku bakal menjalani kehidupan sebagai suami orang. Sesungguhnya kejadian itu hanya membuatkan aku semakin membencinya. Bagiku itu hanyalah perangkap yang dipasang perempuan murahan sepertinya. Aku bukannya kaya, aku bukannya tampan mana. Mengapa mesti dia muncul di dalam hidup aku sebagai seorang perempuan bergelar isteri? Aku keliru. Aku buntu melihat jalan hidupku. Walau akal mendesak membenci, namun hati menolak kata tidak. Tanpa disedari, lama kelamaan aku jatuh cinta padanya. Layakkah manusia seperti aku bercinta? [ The Winner of Young Adult Genre 2019 ]
57 parts