Tengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gadis kampung yang jelas jauh panggang daripada api jika mahu dibandingkan dengan Tengku Aeris Naufal. Kegagalan dalam percintaan terdahulu telah mengukuhkan lagi tembok egois dan prejudis Tengku Aeris Naufal.Baginya,cinta hanya berunsurkan materialistik semata mata dan Tengku Aeris juga berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan mudah tunduk pada cinta yang hanya palsu.Mampukah Aleesya Farhanah gadis bersederhana bangkit untuk meruntuhkan tembok ego Tengku Aeris Naufal yang sekukuh dan setinggi tembok cina? " Mungkin lelaki lain diluar sana mampu kau tundukkan tapi hati aku tak semurah diri kau untuk kau tawan dan kau tundukkan ! " " Izinkan Ana untuk memanggil awak dengan panggilan abang walaupun perkahwinan ini hanya satu paksaan"