TERASA hangat tubuhnya memeluk aku. Kepalanya dilabuhkan pada bahu kananku. Manakala, tangannya memeluk pinggangku.
"Rash..."
"Kenapa kau diam je bila Betty kacau aku?" Soal Rash sebaik sahaja melihat aku menutup buku novel yang dibacaku.
"Aku..."
"Kau tak cemburu?" Soalnya lagi.
Aku memandang seraut wajah kacak Rash. Sepasang matanya itu memandang aku penuh harapan.
"Aku tak nak cemburu..."
"Kenapa? Kau tak cintakan aku ke? Kau tak kisah kalau mana - mana perempuan kacau aku? Aku je yang beria suka kat kau ke?" Soalnya sayu.
Aku pula yang rasa serba salah.
"Rash, aku tak nak kau rimas dengan aku kalau aku cemburu. Aku tak nak buat kau rasa terkongkong. Aku tahu kau setia. Tapi, aku rasa aku macam tak berhak nak cemburu". Terangku lembut. Aku memeluk pinggang Rash dan kepalaku dilabuhkan pada dadanya.
"Kau isteri aku. Kau berhak cemburu. Aku suka kau cemburu. Aku suka kau control hati aku". Kata Rash.
Aku menghela nafas.
"Apa hubungan kau dengan Betty? Kenapa kau layan dia dingin? Bukan dulu kau berdua bercinta ke?" Aku mula tukar topik. Tak mahu Rash terus menyentuh perihal cemburu.
"Aku bercinta dengan Betty? Ya Allah, Ayeen. Bila pula aku ada masa nak bercinta dengan dia? Kalau ada masa pun buat apa aku nak bercinta dengan dia? Minah tu sewel kut. Gila. Gelap masa depan aku".
"Jadi, kau tak pernah bercinta dengan Betty?"
"Tak pernah dan takkan sesekali aku lakukan. Buat apa aku nak cari Betty kalau kau yang ada dalam hidup aku? Kau perempuan yang paling aku cinta". Tuturnya lembut.
Aku tersenyum manis.
"Cemburulah bila perlu, Ayeen. Aku teringin nak rasa kau tak mahu hilang aku". Bisiknya.
Aku biarkan Rash memeluk aku pada malam itu.
Sebenarnya, tak perlu cemburu pun aku sudah takut kehilangannya. Rash lelaki yang berjaya buat aku rasa selamat selain papa dan abang - abang aku.
+++
RASH kata aku boleh cemburu. Tapi, aku rasa serba salah mahu cemburu kerana haknya yang satu itu pun aku tak mampu berikan lagi. Layak ke aku nak cemburu sebagai isteri?
Barang - barang basah diambilku.
"Eh, jumpa kau lagi?" Aku menoleh memandang Betty yang memandangku penuh prejudis. Bermula dari atas sehingga ke kaki dia memandang aku.
"Pakaian yang kolot. Baju yang besar. Tak menarik langsung. Aku tak faham macam mana Rash boleh suka kau". Rungutnya.
"Saya tak nak tambah dosa dia supaya saya dan dia boleh sama - sama masuk syurga". Balasku tenang.
Betty menjeling aku.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...