TAK tahu kenapa aku rasa teruja sangat bila sampai di sini. Tapi, melihat kemeriahan zoo ini membuatkan aku tak sabar mahu melihat pelbagai jenis haiwan.
"Nampaknya, hello kitty kita teruja". Tegur Rian.
Aku memandang Rian yang tersengih memandangku. Aku hanya biarkan Rash mengenggam tanganku janji dia biarkan aku melihat sekeliling zoo.
"Eyy, balon!" Aku menjerit teruja apabila melihat belon hello kitty yang dijual oleh seorang lelaki.
Rash memaut pinggang aku. Menghalang aku dari berlari.
"Ayeen, berhati - hati".
"Aku nak belon hello kitty tu! Cepatlah Rash!" Aku tarik tangan Rash supaya mengikuti langkahku.
Fahim ketawa melihat Rash yang redha mengikutiku.
"Hai!" Tegurku tatkala tiba dihadapan lelaki itu.
"Cik nak belon yang mana?" Soalnya.
"Saya nak yang hello kitty tu satu!" Kataku. Bibir mengukirkan senyuman teruja tatkala lelaki itu menghulurkan belon hello kitty kepadaku.
Rash mengusap lembut kepalaku.
"Berapa?"
"Berapa umur adik en-".
"Dia isteri aku. Bukan adik aku. Sekali lagi kau tanya macam itu aku akan pastikan kau terapung macam belon". Pesan Rash dingin.
Aku tarik tangan Rash. Melarang Rash daripada bertindak agresif.
"Jadi, berapa? Aku akan bayarkan belon tu untuk dia". Soal Fahim.
"D-dua ringgit".
Fahim menghulurkan lima ringgit kepada lelaki itu.
"Simpan bakinya. Aku bagi sebagai tanda maaf atas keganasan kawan aku. Dia seriau bila ada lelaki lain cuba nak mengurat isteri dia". Tutur Fahim tenang.
Rash menjeling lelaki itu dan dia menarik aku pergi dari situ.
"Belon hello kitty yang cantik!" Nyanyiku.
Rash menggeleng perlahan sambil tayang muka pasrah.
"Aku rindu betul tengok Ayeen yang versi comel ni". Kata Rian bersama - sama ketawa.
"Ya. Ayeen yang obses dengan hello kitty". Tokok Fahim.
"Ayeen!" Aku memandang Rizky yang datang ke arahku. Topi hello kitty yang berwarna hitam diletakkan di atas kepalaku dan dibetulkan oleh Rash.
Aku yang paling pendek diantara mereka berempat. Jadi, jika orang tak tahu tentang persahabatan kami tentu saja akan menganggap mereka sebagai abang - abang aku.
"Comelnya topi". Tegur Fahim.
Rizky tersengih.
"Sesuai dengan kau". Pujinya.
"Berapa harga topi ni?" Soal Rash.
"Aku belanja. Lagipun, dah lama tak keluar sama - sama dengan Ayeen".
![](https://img.wattpad.com/cover/220732771-288-k244381.jpg)
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...