SEJADAH yang digunakanku tadi disimpan semula ke dalam almari. Aku mengukir senyuman apabila melihat seraut wajah Ayeen yang sedang lena.
4.30 pagi.
Masih awal untuk aku tidur.
Aku bersila menarik kerusi belajar Ayeen lalu aku melabuhkan punggung di atas kerusi itu sambil memerhatikan seraut wajah jelitanya.
Ayeen yang ini nampak sedikit suram pandangannya. Bibir dia juga menjadi pucat.
"J-jangan!" Aku mengerutkan dahi melihat Ayeen mula ketakutan. Dia berpeluh - peluh seakan dia menghadapi sesuatu yang ngeri.
"J-jangan dekat!" Kali ini aku mula dengar dia menangis.
"Ayeen?" Seruku lembut.
Aku menyentuh pipinya. Panasnya! Bahunya juga dipegangku. Perlahan - lahan aku melorotkan baju yang dipakainya separas bahu.
Lebam. Sangat teruk.
Kenapa suhu badan kau jadi panas sangat ni?
"T-tolong".
Pendek kata seluruh tubuhnya menjadi sangat panas secara mendadak.
Tak boleh jadi.
Aku mencempung tubuh Ayeen dan membawanya keluar dari bilik. Pintu bilik Abang Deel diketukku bertalu - talu sehingga dia keluar dari bilik.
"Kenapa ni, Rash?" Soalnya mamai.
"Tolong. Ayeen panas sangat". Aduku risau.
Abang Deel menyentuh lembut dahi Ayeen. Air mukanya mula berubah. Aku nampak Abang Deel mencapai bajunya lalu disarung pada tubuhnya.
Tubuh kecil Ayeen dicempung Abang Deel.
"Abang rasa kena bawa Ayeen berubat sekarang ni juga". Katanya.
Aku risau.
"Rash tolong panggilkan papa". Arahan Abang Deel tidak dipertikaiku. Aku membuka langkah menuju ke arah bilik papa dan mama. Pintu itu diketukku perlahan.
Dedaun pintu dikuak dari luar.
"Kenapa ni Rash?" Soal papa hairan. Mama turut menjengul di daun pintu sambil mengikat rambutnya.
"Ayeen tiba - tiba demam. Abang Deel ajak papa pergi bawa Ayeen berubat pagi ni juga". Kataku.
"Ayeen demam?!" Papa kalut mahu keluar bilik.
"Tukar lah seluar dulu. Takkan nak pakai kain pelikat kut?" Tegur mama.
Papa masuk ke dalam bilik. Mama yang keluar dari bilik lalu pintu bilik di tutup.
"Kamu tak tidur ke?"
"Rash bangun. Rash nak tengok Ayeen. Risau".
Mama mengukirkan senyuman manis. Belakang tubuhku diusapnya lembut.
"Bagus menantu mama. Pandai Mai didik anak dia". Puji mama.
Aku tersengih.
Bangga pula rasanya bila kena puji dengan mak mentua. Heheh.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...