BERMANJA dengan papa dan mama? Sudah! Mengganggu ketenteraman Abang Deel dan Abang Deen? Sudah. Jadi, aku merebahkan tubuhku di atas katil sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak.
Ting!
Aku terus membuka telefon bimbitku apabila bunyi notifikasi telefon masuk.
+60 13-498 0633 invite you to Bad Boys
Aku kerut dahi.
Terus aku bangun daripada pembaringan.
Group apa pula ni? Siapa yang pandai - pandai masukkan aku ke dalam group ni?
Kau invite siapa masuk ke dalam group ni, Raf?- +60 13-807 1774
Entah Raf ni. Aku check profile gambar anak kucing lagi - +60 16-446 5356
Ayeen? Macam mana kau dapat nombor Ayeen hah? @60 13-498 0633 - Rash
Aku terkebil - kebil.
Jadi, ini group khas mereka berenam?
Raf masukkan aku ke dalam group ini?
Nombor Ayeen ke? Save cepat! - +60 16-754 1444
Rizky! - Rash
@hatimilikAllah Hai, Ayeen! Ni Imdad tau - +60 10-845 1990
Jangan save, Ayeen - Rash.
Aku tersengih melihat gelagat mereka.
Di dalam whatsapp pun boleh bergaduh juga?
Assalamualaikum semua. Aku dialu - alukan disini? - You
Aku sengaja mahu melihat jawapan yang dihantarkan oleh mereka.
Waalaikumusalam, Ayeen! Kau sentiasa dialu - alukan - +60 16-754 1444
Waalaikumusalam - +60 13-807 1774
Waalaikumusalam. Betul apa yang Rizky cakap. Kau sentiasa dialu - alukan kecuali masuk ke dalam hati kami. Nanti @Rash cemburu pula! Betulkan, Raf, Rian, Rizky and Imdad? - +60 16-446 5356
Grrr - Rash.
Tak dapat dinafikan lagi - +60 13-498 0633
Haah - +60 10-845 1990
Nombor mereka disimpan aku satu demi satu agar tiada seorang pun yang tertinggal. Secara jujurnya, melihat nombor yang begitu banyak membuatkan aku pening kepala untuk membezakan mesej yang dihantar oleh mereka.
Ting!
Assalamualaikum, Ayeen. Aku dah mula berkawan dengan Widya - Raf
Aku tersenyum apabila membaca mesej yang dihantar oleh Raf.
Baguslah, jika dia sudah berkawan dengan Widya. Harapnya, Widya akan lebih memilih Raf berbanding Imdad.
Sampai hati kau cuma baca mesej aku. Balaslah - Raf
Waalaikumusalam. Baguslah, kau dan Widya dah berkawan. Jangan kasar sangat dengan Widya. Dia perempuan - You
Raf itu memang seseorang yang kasar. Aku harap sangat yang Widya mampu untuk bertahan dengan perangai kasar Raf. Meskipun Raf kasar, Raf seorang lelaki yang baik dan sangat melindungi kawan - kawannya.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...