AKU pergi ke kerja hari ini dengan nafas yang baru dan kehidupan yang baru sebagai isteri Rash. Kami mulakan kehidupan biasa sementelah konflik antara kami berakhir.
"Selamat datang!" Ucapku mesra tatkala menyambut tetamu yang hadir. Aku perlu bersemangat supaya pelanggan yang datang ke kafe ini juga gembira.
"Selama-". Aku mengundurkan langkah apabila beberapa orang lelaki yang masuk ke dalam kafe mendekatiku.
Apa yang aku dah buat?
"E-encik?" Soalku gugup.
"Cantik".
"Kami tak jual perempuan". Suara Encik Que menghentikan tindakkan salah seorang lelaki yang mahu memegang wajahku.
Encik Que mendekatiku. Tubuhku ditarik ke belakangnya.
"Kalau tuan - tuan semua tak mahu menjamu selera di sini tolong keluar. Dia bukan untuk dijual". Tegas Encik Que.
Encik Que sememangnya majikan yang baik. Dia sentiasa bertanggungjawab menjaga kami di sini.
Mereka tersengih sinis.
"Kami datang nak makan. Takkan datang ke restoran ni pun tak boleh kan?"
Mereka ketawa.
Aku telan liur tatkala melihat mereka memandang ke arahku. Sedikit pun Encik Que tidak takut melihat mereka.
"Tapi, kami nak perempuan itu yang serve".
"Kau-".
"T-tak apa, Encik Que. Saya boleh serve mereka". Pujukku lembut. Aku tak mahu mereka buat kacau di kafe ini sekali gus menjatuhkan imej kafe ini.
"Ayeen..."
"Saya boleh".
"Saya akan bantu awak serve mereka". Bicara Encik Que membuatkan aku hanya akur. Dia majikan dan aku pekerja. Lebih bagus jika Encik Que ada.
"Silakan naik ke tingkat atas". Gamit Encik Que.
Aku membiarkan Encik Que membawa mereka semua. Masing - masing serupa mafia.
"Jumpa nanti". Salah seorang dari lelaki itu mengenyit nakal ke arah aku.
Aku diam.
"Ayeen!" Aku lihat Naufal dan Iqbal datang ke arahku. Mereka nampak risau.
"Awak okey?" Soal mereka.
Aku tersenyum.
"Saya okey. Kenapa mereka boleh sesat datang ke sini?" Soalku hairan.
"Masa kau cuti ada seorang lelaki makan di sini. Dia sukakan menu istimewa yang Encik Que buat. Aku rasa sejak tu ramai juga jenis dia datang di sini". Terang Iqbal.
Aku mengerut dahi.
"Mereka macam mafia. Tapi, aku rasa lelaki yang datang dua hari lepas memang mafia. Dia ada dua orang lelaki ikut dia".
Mafia?
Aku sekarang dah masuk cerita mana ni?
"Kau orang buat apa tu?" Seru Fawaz.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...