SENYUMAN riang Rash dan Su dipandangku penuh rasa. Kenapa aku tak senang melihat keakraban mereka sedangkan aku tak ada apa - apa perasaan pada Rash. Suka atau cinta? Semuanya kosong. Hanya, perasaan sayang sahaja yang terselit itupun sayang yang tak melebihi seorang kawan.
Bahuku terasa disentuh lembut.Aku memalingkan wajah memandang wajahnya yang tampak mesra. Aku pasti dia hampir seusia dengan mama.
“Ayeen Hazreen kan?” Soalnya.
Aku mengangguk perlahan - lahan.
Wanita itu tersenyum teruja.
Tubuhku dipeluknya seerat mungkin. Sungguh, aku terkejut apabila tiba - tiba dipeluknya.
Pipiku ditekup.“Ya Allah, cantiknya Ayeen ni. Padanlah Rash selalu memuji. Persis bidadari orangnya. Ayeen mesti ramai peminatkan?” Tak terjangka aku bila mendengar bicara wanita itu.
Rash selalu puji aku?
Biar betul?
“Mak cik, Ayeen biasa - biasa aje. Tak lah cantik mana pun. Peminat seorang pun tak ada. Lagipun, siapa nak perempuan macam Ayeen?” Bidasku lembut.
Aku tak nak terlalu makan dengan pujian.
Aku tak lah secantik bidadari yang mak cik itu katakan.
“Janganlah panggil, mak cik. Panggil aje ibu”.
Aku tersenyum.
“Ya, ibu. Ayeen tak cantik mana pun. Rash berkawam dengan Ayeen pun mungkin sebab Ayeen tak ada kawan yang lain”. Terangku perlahan.
Aku hanya ada Rash.
Ketika kami masih kecil sehinggalah sekarang, Rash masih kekal menjadi kawan baik aku.
“Mungkin Ayeen yang rasa sebegitu rupa. Tapi bukannya Rash”. Pipiku dielusnya lembut.
Ketawa Rash dan Su mencuri perhatianku.
Aku kerut dahi pandang Rash yang tampak begitu akrab dengan Su.
Rash menekup lembut pipi Su lalu bibir merah milik Rash menyinggah pada hidung dan pipi Su membuatkan gadis manis itu ketawa kuat. Rash pun turut ketawa juga. Seronok sangat.
“Ayeen...” Aku pusing pandang ibu.
“Su tu anak ibu”. Katanya.
Aku angguk.
Aku dah sedia maklum apabila aku melihat Su begitu rapat dengan ibu.
“Su itu anak ibu dan Rash itu anak susan ibu”.
“Rash anak susuan ibu? Tapi macam mana?” Soalku keliru.
Rash tak pernah cerita apa - apa pada aku. Setahu aku juga, Uncle Am dan Aunty Mai tak ada masalah. Takkanlah?
“Waktu itu, ibu keguguran. Kebetulan, Maira ummi kepada Rash itu baru aje lahirkan Rash. Ibu sedih bila melihat semua orang punya anak sendiri tetapi ibu tak ada anak. Jadi, Maira benarkan ibu menyusankan Rash. Lagipun, Maira kata waktu itu susunya masih sedikit. Lama - kelamaan, ibu makin sayang dengan Rash. Rash selalu juga datang ke sini untuk tinggal bersama ibu. Tapi, lepas ibu mengandungkan Su, ibu dah tak larat sangat mahu menjaga Rash. Jadi, Rash pun sibuk dengan urusan sekolahnya sampailah dia sekolah menengah. Hubungan dia dan Su tak pernah renggang”. Kata ibu bersama senyuman manis yang masih meniti dibibirnya.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...