KAMI berlima menjamu selera di Kitty's Cafe. Aku tahu jika Raf ada tentu dia akan cuba mengelak dari masuk ke sini. Bagi Raf ini tempat seksaan. Tapi, bagi aku ini tempat penuh haiwan berbulu!
Geram!
Rash memegang erat tanganku. Kami jalan bersama - sama.
"Terima kasih sebab belanja aku. Aku betul - betul hargai. Nanti aku buatkan puding untuk kau orang sebagai balasan". Kataku ceria.
"Puding? Aku nak rasa dulu!" Tukas Rash.
Rian mencebik.
"Kau satu rumah dengan Ayeen kan? Mesti kau dapat dulu. Tu pun nak sibuk bersaing". Rungutnya.
"Suka hati akulah. Ayeen aku". Balasnya. Tubuhku ditarik rapat ke tubuhnya.
Aku tersengih melihat mereka berempat. Rapat persis adik beradik.
"Kau orang bila nak bagi anak angkat untuk kami?" Soalan Rizky membuatkan aku menggaru pipi.
Aduhlah...
Kenapa Rizky tanya macam itu pula?
"Aku memang nak bagi. Masalahnya Ayeen yang lari".
"Rashhh!" Aku kembungkan pipi bila dengar dia membocorkan rahsia kami.
Ketawa mereka meletus.
"Ayeen memang suka lari. Dia kan lembut. Kau kena layan dia dengan lembut supaya dia cair". Bidas Rian nakal.
"Kan? Dah cair bolehlah kita dapat anak buah cepat - cepat". Sokong Rizky bersama - sama wajah gatal.
Rash ketawa miang.
Pipiku mula menghangat.
Grrr!
Aku lepaskan tangan Rash lalu aku tarik lengan Fahim yang berlapik baju supaya mengikutiku meninggalkan mereka bertiga. Hanya Fahim aje yang membisu. Sekurang - kurangnya dia tak segatal mereka bertiga. Hmph!
"Ayeen nak pergi mana?!" Soal Rash.
Aku tak layan Rash.
"Eh, kau nak heret aku pergi mana ni?" Soal Fahim hairan. Namun, dia hanya mengikuti langkahku menuju ke arah sebuah gerai yang menjual aiskrim.
Wajah hairannya terus bertukar dengan ketawa.
"Alala, kau memang comel. Marah kat Rash terus ajak aku beli aiskrim. Kau beritahu aku. Kau nak aiskrim apa?"
Aku lepaskan tanganku dari memegang Fahim.
"Kau nak belanja aku ke?" Soalku semula.
"Ya, aku nak belanja. Cakap je kau nak aiskrim apa?"
"Aku nak aiskrim crunch". Pintaku.
Fahim mengukirkan senyuman manis.
"Aiskrim crunch satu". Pinta Fahim pada seorang perempuan yang dari tadi memandang kami.
"Ini dia encik". Perempuan itu menghulurkan aiskrim itu kepada Fahim. Mengelakkan sentuhan, Fahim hanya meletakkan duit di atas kaunter lalu aiskrim diambil dan diberikan kepadaku.
![](https://img.wattpad.com/cover/220732771-288-k244381.jpg)
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...