“AKU sendiri pun, ada masalah. Daddy dan mummy aku tak pernah layan aku macam mana parents yang lain layan anak dia orang. Mereka buat aku dan kakak aku macam hamba. Nak jodohkan aku dengan anak kawan baik dia sebab nak majukan syarikat dia dan jadikan keluarga kami lebih terkenal. Huh, semua tu membosankan. Kakak aku pun dilayan serupa tak ada maruah. Daddy mana yang sanggup suruh anak dia tidur dengan jantan keparat semata - mata untuk duit?! Jadi, aku ambil keputusan untuk jauhkan diri dan sibukkan diri dengan urusan aku sendiri”, Raf tersengih nipis.
“Kakak kau?” Aku tanya dia semula.
“Kakak aku, dia dah kahwin dengan abang kepada future wife aku. So, aku tak ambil pusing sangat tentang hal dia sebab aku tahu yang abang ipar aku tu boleh tolong jagakan kakak aku”. Katanya.
Aku mengangguk.
Kesian Raf.
“Aku tak ada mak dan ayah. Aku sendiri tak boleh nak kawal nafsu marah aku. Sebab perkara ni, aku pernah bunuh orang. Aku pernah bunuh orang yang menyebabkan aku lahir ke dunia ini. Tapi aku tak menyesal”. Ringkas sahaja bicara Rian.
Rizky hela nafas.
“Keluarga aku lebih kurang macam Raf aje. Tapi lainlah sikit. Bezanya, kehendak aku tak penting dan aku perlu turutkan setiap satu arahan bunda dan ayahnda aku. Biasalah golongan warak. Suka suruh aku buat itu dan ini. Mereka tak sedar yang aku ni bukanlah seperti mereka. Aku cuma lelaki biasa yang mahukan keseronokkan. Setakat solat lima waktu dan buat semua perkara yang wajib aku masih boleh lakukan lagi. Tapi kalau sampai mahu tunangkan aku dengan perempuan asing aku memang masih belum bersedia”. Terang Rizky.
Aku kemam bibir.
“Fahim, kau?” Rizky siku lengan Fahim.
Fahim nampak terpinga - pinga. Wajahnya memerah.
Aku simpulkan senyuman manis.
Comelnya, Fahim.
“Ceritalahlah tentang diri kau”. Pintaku.
Fahim diam.
Sebenarnya, agak susah untuk aku berinteraksi dengan Fahim kerana aku ini ialah seorang perempuan. Apatah lagi dia sedang cuba untuk mengenali diriku.
Tak apalah...
“Fahim, kau ceritalah atau kau nak aku tolong?” Soalan Rizky mengundang decitan halus Fahim.
Aku senyum nipis.
“Macam ini Ayeen...” Suara Rian menarik perhatian aku.
“Fahim ni masalah terbesar dia ialah perempuan. Sebenarnya, dia nak berkawan dengan kau. Tapi dia malu”. Terang Rian.
“Rian!” Aku nampak Fahim pandang Rian.
Bila Fahim perasan aku pandang dia terus dia tertunduk malu.
Wajah Fahim bertukar menjadi merah padma.
“Kawan tak apalah. Kalau cuba - cuba nak rampas Ayeen aku, memang tak lah aku nak biar”. Suara dingin Rash tiba - tiba memecahkan keheningan.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...