HARI minggu aku begitu dicorakkan dengan keceriaan enam orang lelaki. Keletah mereka yang tak ubah seperti budak - budak kecil membuatkan papa dan mama sangat senang dengan kehadiran mereka. Perkara yang aku takkan lupa, Imdad ajak berkelah di belakang rumah keluargaku.
Mujurlah pagar itu bertutup dengan jambangan bunga mawar merah dan putih. Apatah lagi, rumah keluargaku agak jauh kalau hendak dibandingkan dengan rumah orang lain. Jadi, papa dan mama pun melayan aje perangai tiga suku mereka berenam.
Perangai mereka berenam yang sememangnya masuk air ditambahkan pula dengan Abang Deel dan Abang Deen yang sentiasa suka menyakat dan juga papa dan mama yang jenis melayani setiap lawak yang masuk air memang membuatkan perkelahan di belakang rumah menjadi begitu meriah.
Sejujurnya, aku sangat bersyukur dan bahagia kerana dipertemukan dengan mereka.
“Hai Ayeen”. Aku memandang Mia yang menegurku.
Aku datang awal sangat. Sementara menunggu kehadiran enam orang budak tu aku memerhatikan orang yang baru datang ke sini.
“Tunggu bad boys?” Soalnya mesra.
Aku tersenyum nipis dan mengangguk.
“Kenapa Ayeen tak nak jumpa Mia? Sampai hati Ayeen kan? Sebelum cuti beria - ria beritahu yang Ayeen nak luangkan masa dengan Mia. Tapi Ayeen langsung tak angkat bila Mia call Ayeen. Ayeen dah sombong”. Rungut Mia.
Aku terdiam.
Bagaimana aku hendak terangkan pada Mia bahawa nombornya yang ada pada telefonku di’block’ dan dipadam oleh Rash?
“Ayeen minta maaf”.
“Perkataan maaf tak cukup, Ayeen. Mia fikir Ayeen tak macam perempuan yang lain. Boleh berkawan rapat dengan Mia. Boleh layan perangai Mia. Tapi sebenarnya Mia silap. You just like a typical girl I just meet”. Sinis Mia.
Aku hela nafas.
“Ayeen memang ikhlas nak minta maaf. Ayeen sibuk”.
“Mia ni kawan Ayeen! Mana janji Ayeen nak kenalkan Mia pada kawan - kawan Ayeen?” Soalnya kasar.
Aku kemam bibir.
Kenalkan Mia pada mereka berenam?
Aku tak rasa selepas Mia berani buat Rash marah mereka berenam mahu berkawan dengan Mia. Aku pasti Rash tentu akan marah kalau aku kenalkan Mia pada mereka berenam. Takkan aku nak bergaduh lagi?
Aku tak nak bermasam muka dengan Rash.
Sakit...
“Ayeen minta maaf. Tapi Ayeen tak boleh bu-”.
“Mia tak nak kawan dengan Ayeen. Perempuan teruk!” Hinanya sebelum aku sempat menghabiskan bicaraku. Lantas, dia membuka langkah meninggalkan aku sendirian.
Aku menghela nafas.
Mia...
+++
PADA hari pertama aku ke sekolah ini secara jujurnya aku tidak suka sekolah di sini kerana pandangan semua pelajar terhadap diriku tampak begitu prejudis dan menakutkan. Tetapi, selepas mengenali kawan - kawan rapat Rash, aku menjadi semakin selesa bersekolah di sini. Bukan kerana aku suka berkawan dengan lelaki. Sebaliknya, aku sangat lega kerana tiada sesiapa yang berani menganggu aku waima pelajar senior sekalipun.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...