Tujuh tahun kemudian...
SAMA seperti tujuh tahun yang lalu. Aku masih lagi Ayeen Hazreen binti Harraz Izzaf. Namun, sekarang usia aku menjangkau dua puluh tahun jadi aku memilih untuk bekerja di kafe ini kerana ianya salah satu cita - cita aku untuk menjadi pengurus kafe.
Hampir tiga tahun juga aku dan Rash tidak bersua muka kerana dia masih sibuk belajar untuk mencapai cita - citanya menjadi seorang guru. Manakala Fahim, masih juga belajar untuk mengejar cita - cita menjadi seorang doktor haiwan. Rizky pula masih berlatih untuk menjadi juru gambar perkahwinan yang terhandal. Raf, masih belajar di luar negara untuk menjadi doktor. Mungkin setahun atau dua tahun lagi dia akan pulang dan Rian...
Hmmm....
Aku sendiri tak tahu apa kerjaya Rian kerana dia seorang lelaki yang sangat misteri.
"Selamat datang!" Sambutku dengan penuh mesra kepada pelanggan yang hadir. Senyuman mereka merupakan kekuatan aku untuk terus bekerja di sini. Aku suka melihat mereka tersenyum.
Mereka mengambil tempat duduk sambil memerhatikanku.
"Jadi, encik nak makan apa?" Soalku lembut.
"Manisan istimewa?"
"Manisan istimewa untuk hari ini ialah truffles chocolate bersama - sama aiskrim pudina yang dibuat khas oleh pembuat dessert istimewa di kafe kami". Balasku.
"Kau tak ada dalam menu?" Soal mereka nakal.
Aku blur.
"Apa maksud encik?" Soalku keliru.
Salah seorang daripada mereka menggenggam tanganku membuatkan aku spontan mahu menarik semula tanganku namun mereka masih memaksa aku merapati mereka bersama - sama ketawa jahat.
Zap!
Tangan lelaki yang memegangku itu digenggam kuat.
Mereka terpana.
Aku juga mengangkat wajah memandang seraut wajah majikanku yang tampak serius.
"Lelaki tak guna kalau berkeras terhadap perempuan. Pekerja aku bukan untuk kau orang kacau atau buat dia macam mainan. Dia perempuan dan dia dilindungi di sini". Ujar majikanku senada.
Aku lihat dia menggenggam kuat tangan lelaki itu sehingga lelaki itu berdesis.
"Lepaskan tangan Ayeen". Arahnya.
Lelaki itu akur.
Aku bingkas mengundur selangkah menjauhi mereka.
Majikanku mengukirkan senyuman manis ataupun senyuman membunuh.
"Sekarang buat pilihan. Sama ada nak makan di sini atau kau nak mengganggu pekerja aku". Tegasnya.
"M-makan".
Majikanku melepaskan tangan lelaki itu dan dia mengundur selangkah.
"Pilihan yang bijak. Naufal, serve mereka!" Arahan majikanku dipatuhi oleh Naufal. Pekerja yang seringkali dipuji orang kerana sikap dedikasinya.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...