DAHIKU dicium Rash. Cincin yang disarungnya tadi membuatkan aku rasa mahu mencabutnya. Apatah lagi bahu aku bertambah sakit sekarang ini.
"Kau pentingkan diri!" Kutukku.
Rash mengukirkan senyuman senget.
"I'm not selfish, my love. Apa aku buat ni demi kau. Aku nak kau ikut Abang Deel balik Johor. Aku nak Abang Deel bawa kau berubat dengan ustaz kat sana".
"Apa kau merepek ni?! Aku tak sakit. Kenapa aku nak pergi jumpa ustaz?!" Soalku kasar. Memang betul kata Nazhan yang mereka semua ni dah tak betul. Suka hati aje menuduh aku sakit!
"Kau sakit".
"Aku tak sakitlah bodoh".
Rash cuma senyum.
"Aku maafkan kau". Balasnya tenang.
Cincin emas yang tersarung pada jari manisku dicium Rash.
"Aku cintakan kau dengan ikhlas. Aku pilih kau sebab kau ialah Ayeen Hazreen yang manja. Aku akan tunggu kau yang asal pulang semula ke pangkuan aku". Tuturnya seraya mencium pipiku.
Bahu kiriku terasa makin sakit. Aku menolak Rash dengan kasar.
Aku terus bangun menjauhinya.
"Kau sakit bila dekat dengan aku sebab kau cintakan aku, Ayeen. Kau jadi marah bila dekat dengan keluarga kau sebab kau sayang mereka. Kau selesa bila Naz sentuh kau sebab kau bencikan dia. Jadi, kau kena percaya apa yang aku buat ni demi kebaikkan kau". Katanya padaku.
Aku merenung tajam seraut wajahnya.
"Kau sengaja nak fitnah Naz. Kau tahu kau rasa baik sedangkan Naz lagi baik dari kau".
"Dia baik?" Soal Rash semula dengan pandangan sinis.
"Ayeen. Kalau betul dia lelaki yang baik dia takkan cuba cium kau. Dia takkan raba kau. Dia cuma nak kau. Nak badan kau!"
"Tipu!"
"Aku tak tipu. Aku kenal Naz tu. Sebelum aku belajar untuk sampai ke tahap ini, aku terserempak dengan seorang perempuan yang nampak sangat pucat. Dia merayu pada aku supaya aku bawa balik dia pada ayah dia yang semasa itu imam masjid di sana. Aku rasa apa yang dia kena sama macam kau cuma kau belum teruk macam dia. Naz tu berdendam dengan aku sebab aku dah lepaskan perempuan yang dia nak. Dia tu kumpul perempuan yang cantik sebagai milik dia. Aku tak tahu kenapa sebelum ini dia tak kahwin dengan semua perempuan tu dan tiba - tiba dia nak kahwin dengan kau. Tapi, kau tetap akan jadi tempat dia puaskan nafsu, Ayeen. Dah ramai perempuan terperangkap dalam permainan dia. Kau pun tak terkecuali. Sebelum terlambat, aku nak kembalikan kau yang dulu". Terangnya penuh lembut.
Aku diam.
"Cuba kau beritahu aku. Macam mana kau boleh terima Naz sebagai teman lelaki kau?" Soalnya.
"A-aku tak tahu..."
"Ayeen..." Serunya lembut.
"Ja-jangan dekat, Rash. Bahu aku sakit. Aku merayu Rash. Aku betul - betul tak larat nak berdiri. Tolong jangan dekati aku". Rayuku bersama - sama tangisan. Tak akan ada sesiapa yang faham perasaanku. Betapa sakitnya bahu ni.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...