PERLAHAN - lahan aku membuka mata tatkala terasa tubuhku dipeluk Rash dengan begitu erat. Sepasang mataku memandang cecair asid yang tertumpah mengenai pokok berdekatan manakala Rian sedang menahan lelaki yang cuba menyimbah aku dengan asid itu.
"R-Rash..." Bergetar suaraku menyeru Rash. Tubir mata terasa hangat.
Aku takut sangat.
Rash memandang aku.
"Ak-aku okey kan? M-muka aku tak apa - apa kan?" Soalku perlahan. Rash menyentuh lembut seraut wajahku.
Rash mengukirkan senyuman manis.
"Kau sangat cantik. Cantik macam selalu".
Kami melihat beberapa orang pengawal keselamatan datang ke arah Rian. Lelaki itu ditangkap mereka dan dibawa menuju ke balai polis yang berdekatan.
Rash membantu aku bangun. Lutut aku masih terasa lembik dan badan aku menggeletar.
Aku betul - betul takut.
Allah lindungi aku.
"Rash..." Aku menangis. Rash menahan pinggangku dari jatuh.
Rian membuka langkah mendekati kami.
"Kau tak apa - apa?" Soalnya risau.
"Aku tak tahu. Aku takut sangat. Kenapa lelaki tu nak simbah asid? Apa yang aku dah buat?" Soalku bersama - sama tangisan.
"Ayeen..." Rash memujukku.
"Aku tak pasti. Tapi, selalunya kalau ada orang buat perangai macam ni tentu mereka cemburu. Rasanya, ada orang upah lelaki tu untuk simbah asid pada muka kau sebab dia cemburu kau sangat cantik".
"T-tapi..." Aku mengemam bibir.
Secara jujurnya, aku tak pernah langsung bangga dengan wajah yang aku miliki. Aku tak minta pun nak jadi cantik. Kenapa perlu dengki sedangkan setiap perempuan ada tarikkan yang tersendiri?
"Nasib baiklah aku ada kat sini". Rian menghela nafas.
Dia meraup wajahnya.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Rash hairan.
Betul juga. Rian jarang nak datang ke pasar raya besar tanpa ibu dia.
"Aku, ehem. Aku nak beli barang sikit. Aku nak beli barang siap - siap untuk masak esok". Balasnya. Sepasang matanya dilarikan supaya tidak bertentang dengan mata kami berdua. Melihat renungan kami, telinga dan wajahnya bertukar merah.
"Rian..." Seru kami meleret.
"Kau jangan cakap kau datang sini sebab kau nak beli barang untuk Widya?" Soal Rash.
"M-mana ada!" Nafi Rian.
"Muka kau merah. Kau nak cermin?" Soalku pula.
"F-fine. Aku be-beli barang untuk Widya. Tapi kau orang jangan salah faham. Aku bukan nak rampas dia dari Raf. Aku cuma nak happykan dia je". Bidas Rian.
Rash tersengih kecil.
Aku tersenyum nipis.
"Tak apa kalau niat kau baik. Tolong jangan rosakkan persahabatan kau orang macam dulu ya? Aku sayang persahabatan kau orang. Aku tak suka tengok kau orang bermasam muka". Pesanku lembut.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...