HUJUNG baju Jibrael dipegangku erat agar aku tidak ketinggalan jauh darinya. Keadaan pekan yang agak sesak membuatkan aku agak susah untuk mengikuti langkahnya.
"Mari". Aku pandang Jibrael yang menarik lenganku supaya mengikuti langkahnya.
Aku terkebil - kebil melihat Jibrael yang selamba berselisihan bahu dengan perempuan. Malahan, dia juga juga tidak mengendahkan mereka seolah - olah perempuan itu tak wujud.
"Jibrael". Seruku.
"Ya, Ayeen?"
"Perempuan kat sini ramai. Malahan, kau selalu keluar beli barang di sini juga kan?" Soalku lembut.
"Aku memang keluar beli barang kat sini. Kawasan sini je yang dekat dengan hutan tu". Balasnya.
"Habis kenapa awak cakap awak tak pernah jumpa perempuan? Kenapa awak kata saya perempuan yang pertama awak jumpa?" Soalku penuh keliru.
"Aku tak pernah berkomunikasi dengan perempuan. Kau perempuan pertama yang aku berkomunikasi. Kau juga perempuan yang nampak tak kisah dengan kawasan hutan. Malahan, kau sedikit pun tak pertikaikan cara kehidupan keluarga kami". Terangnya.
"Itu sebab awak anak yang baik. Awak jaga mak awak dalam tu. Awak layan dia dengan baik. Memang bertuahlah mak awak dapat anak macam awak".
"Kau buat aku makin kecewa".
Aku terkebil - kebil melihat suara sedihnya.
"Kenapa pula?" Soalku hairan.
"Kau buat aku makin kecewa sebab tak dapat kau". Rungutnya.
"Percayakan saya. Suatu hati nanti awak akan jumpa jodoh yang terbaik untuk awak", Pujukku lembut.
Jibrael menghela nafas.
"Mari masuk". Sebuah pasar raya kecil dimasuki kami. Aku melihat hiasana yang agak antik tetapi kelihatan menarik.
"Jibrael?" Soal seorang bersama - sama senyuman manis.
"Aku bawa dia. Dia sesat". Tubuh kecilku ditolak ke depan lelaki itu. Aku pandang dia bersama - sama senyuman manis.
"Hai. Nama saya, Ayeen!" Sapaku.
"Hai, si cantik. Nama saya, Faiq". Tutur lelaki itu.
"Jadi, kenapa kau bawa dia datang sini? Kau nak bagi dia kat aku ke? Seronoknya. Boleh aku buat dia jadi isteri nombor empat!"
Aku melopong mendengar bicaranya.
Isteri nombor empat?!
"Awak nak kahwin dengan saya tak? Kalau awak kahwin dengan saya... Saya bagi layanan special. Mesti best dapat isteri cantik". Faiq menyeringai suka.
Dia salah faham ni.
"Dia dah kahwin lah bodoh".
Pertama kali aku dengar Jibrael mencarut. Tiba - tiba aku rindukan Rash.
"Lah, dah kahwin ke? Melepas aku". Faiq mula tarik muncung.
"Kalau dia tak kahwin lagi aku memang takkan bawa dia datang sini".
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...