TERUK sangat agaknya aku marah pada Rash. Kenapa dia pula jadi mangsa kemarahan aku kerana aku sakit hati dan cemburu?
Aku keluar dari bilik mandi.
Rash tampak bersahaja tanpa baju dan berseluar pendek. Dia baring di atas katil sambil membelek telefon aku?
"Kau buat apa dengan telefon aku?" Soalku sebaik sahaja menyangkutkan tuala pada ampaian mini.
"Kau marah aku sebab ni kan?" Gambar yang dihantar oleh Betty di dalam telefon aku dilayangkan. Kenapa aku lupa nak padam?!
Aku diam.
"Ayeen..." Rash meletakkan telefon di atas katil lalu dia bangun mendekatiku. Pinggangku ditarik merapatinya.
"Aku tak tahu bila Betty tu tangkap gambar tu tapi aku tampar dia lepas dia peluk aku macam tu". Tutur Rash.
Mataku membulat.
"Kau apa?"
"Aku tampar dia. Aku dah pesan jangan peluk aku. Tapi, dia degil juga. Dada flat dia tu dia gesel pada lengan aku. Kemudian, sengaja peluk - peluk aku. Bila tangan dia nak raba kat baby aku, aku tamparlah dia". Terang Rash.
Jadi, Betty memang bersungguhlah mahu menggoda Rash? Dia memang nak rampas Rash dari aku.
"Baby kau tu apa?" Soalku polos.
"Tak payah tahu. Nanti kau malu".
"Kenapa? Dia nak pegang punggung kau ke?" Soalku naif.
Rash ketawa.
"Tak lah. Dia nak pegang sini". Tangan aku dipandunya ke arah satu daerah. Terus pipiku membahang dan bibirku melopong.
"R-Rash..."
"Aku dah cakap kau akan malu".
Aku terus tarik tangan aku dari dipegangnya. Huhu... Tak suci tangan aku kerana Rash.
"Apa pun aku tak nak kau cemburu yang bukan - bukan. Nak cemburu boleh tapi janganlah pulaukan aku. Kau kena kesiankan aku".
"Aku tak cemburu". Nafiku.
"Kau cemburu, Ayeen. Kau marah aku sebab Betty peluk aku. Itu tandanya kau cemburu bila ada perempuan lain cuba nak rampas aku".
"Kau marah aku ke? Aku minta maaf..." Balasku perlahan.
Takut.
Rash peluk aku dengan begitu erat.
"Mana ada aku marah. Aku suka! Tak sangka kau jadi sangat comel bila cemburu. Geram aku tengok!" Katanya seraya mencium ubun - ubunku.
Aku membalas pelukan Rash.
"Aku minta maaf, Rash".
"Aku maafkan kau setiap saat. Lagipun, kita kan Rasheen". Kata Rash padaku.
Aku mengangkat wajah memandangnya.
"Rasheen?" Soalku semula.
Rash tersengih.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...