TAK lama juga Rash duduk di rumahku. Selepas aku belasah dia guna bantal mini dan biarkan dia minum milo yang Abang Deel buat, dia terus aje ajak aku keluar tatkala melihat mood aku rosak disebabkannya.
Aku menghela nafas perlahan.
Tudung yang terlorot ke bawah dibetulkan semula. Namun, masih jatuh. Aku mencebik geram.
"Mari aku buat".
Aku mengangkat wajah memandang Rash yang datang mendekatiku. Tapak tangannya dihulurkan kepadaku. Meminta kerongsang yang dipegangku.
"Kau bukan pandai pin tudung". Rungutku.
"Aku tak reti? Hey, don't judge this handsome man by his gender okey? Walaupun aku lelaki tak semestinya aku tak reti nak tolong kau kerongsangkan tudung". Bidasnya penuh yakin.
Aku mencebik.
"Nanti kau pin kena kulit aku".
"Tak. Aku akan hati - hati. Bagi cepat sebelum aku pegang tangan kau". Paksanya.
Aku berikan kerongsang itu kepadanya. Rash mendekatiku. Agak tidak selesa namun aku tahankan sahaja apabila melihat dia gigih dan berhati - hati.
Aku mengerling memandang seraut wajah kacak Rash dari sisi.
Rash dari dulu sehingga sekarang masih sama. Rash yang agak gangster dan selamba. Namun, dia juga yang menjaga dan melindungiku. Dari dulu.
"Ayeen ialah Rash yang punya. Rash cop Ayeen dulu!"
"Umur lima tahun mana boleh kahwin".
"Nanti dah besar kita kahwin lah".
Bibirku menguntum senyuman.
"Siap!" Rash tersenyum penuh bangga seraya mencipta jarak denganku.
Aku membelek kerongsang itu.
Ya, memang elok aje Rash buat. Kemas.
"Kau memang pandai kerongsangkan tudung ke?" Soalku hairan.
"Well. Umi suruh aku buat. Kemudian, kau jangan tanya berapa kali aku kena pinkan tudung Fia. Dia asyik tukar tudung kalau dia rasa dia tak cantik". Terangnya bersama - sama muka pasrah.
Aku ketawa.
Rash tersengih.
"Cantik". Pujinya.
Aku terkebil - kebil memandangnya. Hilang terus ketawaku tadi.
"Siapa cantik?" Soalku hairan.
Rash diam.
Aku membelek beg tangan baru yang dibelikan oleh papa. Beg hello kitty ni ke?
"Beg ni memang cantik kan? Papa beli untuk aku masa dia balik kerja. Papa kata papa teringat kat aku jadi papa be-".
"Aku tak cakap pasal beg tu, Ayeen. Aku cakap pasal kau. Kau cantik sangat". Tukasnya.
Oh...
Aku hilang suara untuk membalas. Buntu dan malu.
"Kau tahu? Setiap kali kita pergi ke mana bersama - sama aku akan pastikan kau dekat dengan aku dan sentiasa berada bersama - sama aku. Aku cemburu bila tengok lelaki lain rapat dengan kau. Aku tak suka bila orang lain boleh buat kau tersenyum sedangkan selama ini dunia kau hanya ada aku". Aku terdiam lagi.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...