BEGITU cepat masa berlalu. Sedar aje lagi sebulan kami bakal menamatkan sekolah sebagai tingkatan satu dan tak lama lagi kami akan menjadi senior kepada adik - adik tingkatan satu juga.
Sebenarnya, aku agak gusar kerana memikirkan tentang hubungan persahabatan mereka berenam. Manakan tidak, pelajar tingkatan satu pada tahun hadapan akan datang ke sekolah ini untuk menduduki ujian yang menentukan kelayakan untuk mereka memperolehi kelas hadapan.
Raf, Rian dan Imdad.
Mereka bertiga sukakan perempuan yang sama.
Ya Allah...
Ya, aku sendiri tak nafikan bahawa Widya itu cantik orangnya. Tingkah lakunya yang tampak pendiam membuatkan orang tertarik dengan dirinya.
“Ayeen!”
Aku pandang mereka berenam yang datang ke arahku.
“Ya?”
“Jomlah, usya bakal awek aku”. Ajak Imdad ceria.
Aku memandang wajah Raf yang hanya menayangkan wajah selamba. Aku tahu, sebaliknya dia pasti berkecil hati ataupun terselit rasa cemburu.
“Jomlah!” Gamit mereka lagi.
“Aku nak study...” Balasku.
Aku tak sanggup nak lihat mereka bertiga sebegini rupa. Walaupun hubungan masih rapat tapi tak mustahil akan bergaduh kerana melibatkan seorang perempuan.
Aku tahu bahawa Widya tak bersalah. Tapi, aku tak nak mereka bertiga putus sahabat.
“Ayeen, jomlah!”
Aku tayang muka pasrah apabila mereka menggesa aku untuk mengikuti mereka.
Aku pandang muka Raf dan Rian yang hanya tampak biasa - biasa.
Manakala, aku nampak muka Imdad begitu teruja dan berseri - seri. Tentu Imdad sangat sukakan Widya.Rash tarik aku berjalan bersama - samanya.
Aku pandang Rash.
“Jangan munculkan diri depan Widya. Kita tak tahu dia baik ataupun tak”. Pesan Rash.
Aku terkebil - kebil.
“Jadi, aku tak boleh berkawan lagi dengan Widya?” Soalku polos.
“Tak boleh”.
“Baik”.
Aku hanya akur sahaja.
Lepas apa yang terjadi padaku kerana kes Mia hari itu, aku langsung tak berani untuk membantah. Aku dah faham. Apabila Rash melarang tentu akan ada sebab. Rash takkan menyekat aku dengan sengaja.
Aku pandang Widya yang sedang fokus membaca buku dibawah sebatang pokok. Disebelahnya ada seorang lelaki yang agak segak.
“Mata kau tu jaga sikit”. Tegur Rash geram.
Aku tersengih kecil.
Aku cuma memerhatikan lelaki itu.Mustahil lelaki itu ialah ayah kepada Widya. Mungkin lelaki itu ialah abang kepada Widya.
“Ayeen!”
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...