Kat atas tu Ayeen♡
---
TAKDIR yang terukir.
Aku tersenyum memikirkan bicara romantis yang diucapkan Rash saban hari. Papa dan mama sememangnya pasangan yang sepadan manakala kami berdua pasangan yang saling memerlukan. Jika tiada Rash atau Ayeen bagaimana perkataan Rasheen boleh terjadi kan?
"Meowyeen". Aku menggeliat geli bila bibir basah mencium leherku. Tangan kekarnya memeluk pinggangku.
"Rash". Aku memeluk erat tubuhnya.
Rash tersengih.
"My love". Bisiknya.
Aku mengukirkan senyuman manis bila dengar dia kata begitu. Sudah semestinya aku bahagia!
"Hari ini Jibrael boleh cuba mata baru. Kau nak pergi jumpa dia tak?" Soalnya.
"Mestilah nak!" Jawabku penuh semangat.
Aku nak tengok Jibrael gembira.
"So, bersiap cepat". Rash melepaskan tubuhku lantas dia melangkah menuju ke tandas kami.
Aku bingkas mencapai tudung hitam yang sudah digosokku. Kemudian, aku lilit ala - ala kadar saja.
Baju yang aku pakai sudah sesuai untuk pergi melawat Jibrael.
Aku mencapai topi yang berada di atas meja belajarku. Topi yang Rash belikan untuk aku.
"Rash, aku dah siap". Aku ketuk pintu tandas.
Tak lama kemudian Rash membuka pintu tandas. Rambutnya nampak kemas.
"Betulkan rambut?" Soalku nakal.
"Mestilah. Aku kena nampak lagi handsome dari Jibrael". Balasnya tak mahu kalah. Meskipun Rash tahu yang Jibrael takkan rampas aku dari dia tapi perasaan cemburu itu tetap ada.
"Jomlah. Kita pergi ambil Mak Cik Maryam sekali". Kataku.
"Tak perlu. Aku dah suruh Rian tolong bawakan sekali. Lagipun, Mak Cik Maryam kan menumpang rumah Rian?" Balasnya.
Aku mengangguk perlahan.
Mak Cik Maryam tak mahu tinggal dengan kami sekeluarga mungkin kerana dia risau mama tak selesa atau menyusahkan. Namun, Mak Cik Maryam menerima pelawaan Rian bila Rian mengajak Mak Cik Maryam tinggal bersama - samanya. Lagipun, Rian hanya tinggal berdua dengan ibunya. Tentu tidak menjadi masalah kerana ibunya pasti mempunyai kawan.
Pipiku terasa ditarik.
"Awww, Rash!" Aku tampar tangannya.
Rash ketawa.
"Termenung pula kau ya? Aku kan ada kat sini. Kenapa nak termenung lagi? Jangan berani nak fikirkan lelaki lain. Aku cemburu". Pesannya.
"Aku tak termenung. Aku cuma berfikir aje. Jomlah kita pergi!" Handbag hello kitty dicapaiku lalu aku menarik tangannya keluar bersama - samaku.
"Ayeen Hazreen dah tak malu dengan Firash Amril. Ini perkara yang hebat". Usiknya nakal.
Aku menampar dadanya.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...