BUKU sejarah yang dipegangku tak mampu menjadi tumpuan apabila aku melihat Widya melintasiku.
Rash kata aku boleh tegur Widya kalau dia ada. Tapi, aku lihat Widya kelihatan merajuk sekarang ini.
Apa salahnya jika aku menegur dia?
Memandang sekeliling mencari kelibat Rash. Tak kelihatan. Aku terus sahaja bangkit lantas membuka langkah menuju ke arah Widya. Lengannya dicapaiku lembut.
Widya memusingkan tubuh memandang seraut wajahku. Dia nampak terkejut.
"Hai, Widya!" Sapaku.
"Apa awak buat kat sini? Rash mana?" Soalnya hairan. Tentu saja dia hairan kerana Rash pasti akan berada di mana aku berada.
"Rash pergi tolong cikgu sekejap. Awak nak pergi ke mana? Muka nampak berangin aje". Tegurku.
Widya merengus geram.
"Raf. Suka cari pasal dengan saya. Sakit hati tau, Ayeen. Saya cemburu juga dengan awak dia boleh cakap lembut - lembut. Tapi, bila dia bercakap dengan saya serupa nak cari gaduh aje. Benci betul dengan bad boy tu!"
Aku menyimpulkan senyuman hambar.
Raf ni...
"Saya rasa-".
"Raf berlembut dengan Ayeen sebab Ayeen bebola kapas. Raf berkasar dengan kau sebab dia cintakan kau. Diri Raf yang sebenar kasar bukan lembut. Kau patut bersyukur sebab Raf cintakan kau". Aku dengar suara Rash menyampuk.
Pandanganku dan Widya tertumpu ke arah Rash yang memandang geram seraut wajahku.
Aku tersengih.
Widya menghela nafas.
"Saya pergi dululah. Jumpa lagi". Pamitnya lantas melangkah pergi meninggalkan kami.
Rash mendekatiku.
"Ayeen Hazreen yang degil. Berapa kali aku nak pesan pada kau supaya tunggu aku?" Soalnya geram.
"Aku nampak Widya mendung. Aku kesian jadi aku tegurlah dia". Balasku.
Rash menghela nafas.
"Aku tak percayakan Widya". Tuturnya ringkas.
"Mana boleh. Kau kena percayakan Widya juga. Kau yang cakap aku boleh berkawan dengan perempuan kawan baik kau. Jadi, Widya perempuan Raf. Aku boleh berkawan dengan dia".
Bibir Rash mengukir senyuman senget.
"Habis kau perempuan aku lah kan?" Soal nakal.
Mataku membulat. Wajahku membahang.
Apa yang Rash merepek ni?!
"Kau-gila!" Gumamku lantas aku berura mahu berlalu dari situ. Rash lebih pantas menahan tanganku.
"My love".
"Rashhhhh!" Aku menjerit geram.
Rash ketawa kuat.
Rash memang tak guna. Sengaja nak mengusik aku!
+++
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...