BEG Rash dipelukku sambil termenung memerhatikan mereka yang sedang berlatih. Jauh disudut hati, aku cukup takut jikalau Raf dan Imdad bergaduh teruk sehingga mereka putus kawan.
Aku menghela nafas.
"Ayeen..."
Aku mengangkat wajah memandang Imdad yang berdiri dihadapanku. Aku menjelingnya.
"Ayeen, aku minta maaf".
Aku diam.
Imdad melabuhkan punggung di sebelahku.
"Ayeen, aku sayang kau macam adik aku. Kau janganlah marah aku macam ni. Kau buat aku takut".
Aku diam.
"Ayeen..."
"Kalau kau anggap aku sebagai adik kau, benda tu boleh jadi satu kebenaran untuk kau nak tampar aku? Abang aku sendiri tak pernah cuba untuk tampar aku tau!" Marahku.
Imdad meraup wajahnya secara perlahan - lahan.
"Ya, aku minta maaf. Aku terlalu ikutkan ego. Aku tak sepatutnya marah perempuan macam kau. Ayeen, maafkan aku". Pintanya sayu.
Aku mencebik.
"Kenapa ni?" Aku dengar suara Rash menegur. Tahu aje dia mesti datang ke sini sebab nampak aku dan Imdad seperti sedang bercakap tentang perkara yang serius.
"Tak ada apa". Nafiku.
"Y-ya, tak ada apa". Balas Imdad seraya mengukir senyuman manis pada Rash.
Kening Rash bertaut.
Aku tahu dia takkan percaya.
"Imdad, kau gantikan aku. Coach suruh kau tukar dengan aku". Ujar Rash.
Imdad mengangguk faham.
Tanpa sebarang bicara dia terus sahaja berlari ke tengah padang. Rash melabuhkan punggung bersebelahanku.
"Masam je muka. Kenapa ni?"
"Tak ada apa". Bidasku pantas.
"Tipulah..."
"Kau tu sengaja kan? Tengok aku bercakap dengan Imdad terus aje minta coach tukar dengan Imdad". Kataku sambil memandang seraut wajah kacaknya.
Rash ketawa.
"Ya, aku mengaku aku buat macam tu. Tapi, bukan sebab aku cemburu. Aku nampak muka kau marah. Aku tahu mesti ada sesuatu yang Imdad buat kau marah". Kata Rash.
"Mana ada".
"Ayeen, kau tu dah macam buku. Perangai kau semuanya aku dah hafal pun. Jangan nak belajar tipu aku". Pesannya. Rash meletakkan topi disebelahnya di atas kepalaku.
"Kau ingat aku novel?"
"Kalau kau tu novel. Seratus kali pun aku sanggup ulang baca tau!"
Aku mencebik.
Rash menghela nafas.
Dia bangun lalu kerusi yang aku duduk tiba - tiba rasa bergerak. Membulat mataku memandang Rash yang bertinggir dihadapanku.
![](https://img.wattpad.com/cover/220732771-288-k244381.jpg)
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...