AMANAH yang diberikan oleh papa kepada Rash untuk menjaga aku diterima Rash dengan seikhlas hati. Sejujurnya, aku percayakan Rash. Aku sangat yakin bahawa dia takkan biarkan apa - apa terjadi kepadaku kerana dia pelindungku sejak aku kecil lagi. Hanya dia satu - satunya lelaki yang setia berdamping denganku sejak dari dulu.
Aku blur apabila melihat empat orang lelaki sibuk memujuk Raf.
Aku agak bahawa Raf tak mahu pergi ke majlis hari lahir itu. Tapi kenapa mereka nampak begitu bersungguh mahu memujuk Raf?
Anehnya.“Banyak kali dah Mira hantar kad jemputan hari lahir dia pada kami. Dia suruh kami datang ke sana untuk memeriahkan majlis hari lahir dia. Pada mulanya kami tak nak pergi. Tapi, lepas Mira petik nama kau... Kami berlima terus setuju nak pergi”. Terang Rian secara tiba - tiba.
Keningku bertaut.
Petik nama aku?
“Kenapa dia libatkan aku?” Soalku hairan.
Rian senyum senget.
“Kalau kau nak tahu kami tak pernah pergi mana - mana jemputan yang dianjurkan. Sebenarnya, malas. Tapi semenjak Rash bawa kau datang ke sini, rasa macam seronok pula kalau kau ada sekali dalam semua aktiviti. Itu yang Imdad ajak buat kerja gila bila Mira jemput kami datang ke majlis hari lahir dia. Syaratnya, kau sebagai tetamu istimewanya dan dia setuju”. Ujar Rian.
Aku terdiam.
Padanlah cara kad jemputan itu lain macam sangat gayanya.
Wajib pergilah.
Punya beria mereka ajak aku pergi semata - mata mahu rasa seronok keluar meraikan majlis hari lahir?
Allahu, kenapalah lima orang lelaki ini perangai tak semegah dengan muka mereka? Pening aku dibuatnya.“Aku tak nak pergi!” Suara Raf mencuri perhatian aku.
“Apa ni Raf? Macam mana kami nak hidup kalau kau tak ada?” Rungut Rizky.
“Kau tak payahlah nak takut sangat. Bukannya dia boleh buat apa - apa pada kau. Lagipun, kau juga yang untung nanti dapat benda free”. Kata Rash bersama senyuman senget.
Dia?
Siapa dia?
“Aku tak nak masalahnya”. Rengus Raf.
“Pergi ajelah. Lagipun bukan selalu. Hari lahir dia juga. Layan ajelah dia macam princess untuk sehari. Tak payahlah nak kedekut sangat”. Bidas Imdad.
Oh, ‘dia’.
Aku sudah dapat tangkap apa yang sedang dibicarakan oleh mereka.
Raf tak mahu pergi mungkin kerana Miranda suka padanya. Boleh jadi, Miranda akan berkepit dengan Raf sepanjang majlis itu berlangsung. Bila aku lihat dari segi gaya Raf, aku tahu tiada sesiapa yang mampu menambat hatinya melainkan perempuan yang buat dia jatuh suka.
“Perempuan tu pelik! Aku tak suka”.
“Kau tu pun pelik juga. Jomlah Raf. Kau tak kesian ke pada Ayeen yang dari tadi tunggu kau?” Tiba - tiba Fahim heret aku masuk di dalam topik utama mereka.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Roman d'amour-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...