“ISNIN, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Datang hari Sabtu, keluar hari Ahad. Lalalala...” Pagi - pagi lagi aku sudah menyanyi girang. Manakan tidak, hari ini hari minggu. Hari aku berehat bersama keluarga dan kawan - kawan.
“Amboi, cerianya dia”.
Aku tersengih apabila papa menegurku. Tubuh papa terus dipeluk dengan penuh rasa sayang.
Papa tersenyum manis.
“Cantik je anak papa ni”. Pipiku kananku ditarik oleh papa.
Aku usap pipiku sambil memuncungkan bibir apabila papa ketawa dengan gelagatku.
“Ayeen”. Aku pandang mama.
“Pergi bukakan pintu. Mama nak hidangkan sarapan”.
“Abang nak ikut”.
Aku yang ditinggalkan di tengah - tengah ruang bersendirian apabila mama dan papa berlalu pergi ke arah dapur.
Langkah terus dibuka menuju ke arah pintu utama rumah.
Tudung yang tersangkut di belakang pintu aku sarung terlebih dahulu. Niaya aje kalau buka pintu nanti lelaki yang ketuk. Tak pasal - pasal dapat free show.
“Kejap!”
Selesai tudung sarungkan tudung, aku terus buka pintu.
“Assalamualaikum, Ayeen!”
Melopong aku dibuatnya apabila melihat mereka berenam berdiri dihadapan pintu rumahku.
Pagi - pagi macam ni?
“Waalaikumusalam”. Balasku.
“Ini hadiah terima kasih untuk kau sebab ikut kami pergi birthday party Mira”. Imdad menghulurkan tiga beg pada aku.
Meskipun terpinga - pinga tetapi aku tetap sambut hulurannya.
“Masuklah”. Aku dengar suara Abang Deen menyambut mereka.
“Terima kasih”. Ucap Raf.
Raf, Rian, Fahim, Rizky dan Imdad melangkah masuk ke dalam rumahku dan Abang Deen mengiring mereka menuju ke arah dapur.
Aku berdiri kaku memandang Rash yang tampak malu - malu denganku.
“Ayeen”. Serunya.
“Ya?”
“Nah!” Sejambak bunga mawar merah dihulurkan kepadaku bersama senyuman malu - malu.
Muka Rash merah.
Telinganya juga menjadi merah.
Secara automatik, kulit wajahku mula terasa membahang.
Malunya.Tapi aku sambut juga huluran Rash itu.
“Terima kas-”.
“I love you”, Ucap Rash lantas dia masuk ke dalam rumah.
Aku terkedu.
Rash baru cakap I love you pada aku?
Aku tak dapat tahan rasa malu yang semakin menebal apabila melihat senyuman nakal Abang Deel.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...