PADA pagi itu, aku tidak bekerja kerana Encik Que memberikan cuti khas untuk aku tanpa aku sendiri mengerti sebabnya. Jadi, aku hanga meluangkan masa di dalam rumah kerana Nazhan sedang sibuk bekerja.
"Ayeen". Aku pandang papa yang datang mendekatiku.
"Bahu kiri Ayeen tu kenapa? Nampak lebam". Tegur papa risau. Pandanganku jatuh pada baju yang terlorot sedikit ke paras bahu.
Aku terus tarik baju itu tanpa menjawab soalan papa.
Tak penting.
"Ayeen..." Papa pegang tangan aku.
"Papa jangan pegang Ayeen boleh tak? Ayeen bukan budak lagi". Marahku.
Papa nampak terkejut. Dia terus menjauhkan tangannya dari aku.
Meskipun tak salah tapi aku tak tahu kenapa aku jadi cepat marah pada papa. Nafas dihela perlahan - lahan.
"Apa bising - bising ni?" Soal Abang Deel sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam ruangan dapur.
Aku diam.
"Tak ada apa. Papa rasa papa nak bercakap dengan mama". Tutur papa lembut bersama - sama senyuman hambar. Papa terus berlalu keluar dari dapur.
Aku memerhatikan pandangan Abang Deel yang tampak mencerlungku.
"Kenapa Ayeen jadi macam ni?" Soal Abang Deel hairan.
"Ayeen jadi apa?"
"Kurang ajar. Ayeen bukan macam ni".
"Ayeen rimaslah semua orang asyik kawal hidup Ayeen. Papa, mama dan Abang Deel. Semuanya sibuk nak tentukan hidup Ayeen malahan suami Ayeen pun semua nak tentukan. Ayeen nak kahwin dengan Nazhan!" Bentakku.
Air muka Abang Deel berubah.
Dia nampak agak marah.
"Ayeen pergi masuk bilik dan bersiap sekarang". Arahan mengejut Abang Deel membuatkan aku menolak.
"Tak nak!"
"Ayeen Hazreen, pergi bersiap sekarang sebelum abang marah. Ayeen pun tahu yang abang tak suka marah. Jadi cepat!" Gesanya.
Aku merengus geram.
Tanpa sebarang pertikaian, aku terus sahaja berlalu meninggalkan Abang Deel sendirian.
Kenapa semua orang tak suka Naz? Tak kan disebabkan dia tak sehebat Rash itu tak bermakna dia tak sempurna.
Ah, abaikan.
Aku mesti bersiap cepat.
Dan setelah bersiap, aku melangkah turun dari tangga untuk mendapatkan Abang Deel. Namun, langkah aku terhenti apabila melihat Rash menunggu aku bersama - sama senyuman manis.
Kenapa dia ada kat sini?
Aku baru sahaja berura - ura untuk kembali naik ke bilikku. Namun, suara Abang Deel menghentikan langkahku.
"Jangan Ayeen berani nak naik semula ke tingkat atas!"
Aku menghela nafas.
Tubuhku dipusing menghadap Rash. Kemudian, aku membuka langkah menuju ke arahnya.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...