CERIA aku hari ini kerana keluar membeli belah bersama - sama Rash, Raf dan Widya. Malahan, Widya juga mengandung seperti aku jadi Raf tentu sahaja akan mengikuti setiap permintaan Widya.
Aku memeluk erat lengan Widya sementara kedua - dua suami kami berjalan di belakang. Oleh kerana Widya mengandung kembar tiga jadi dia agak perlahan sedikit. Perutnya juga kelihatan besar namun itu tidak membataskan Widya untuk keluar berseronok dengan aku.
"Larat lagi ke nak jalan, itik katik?" Tegur Raf.
Kebanyakkan orang pasti akan pelik melihat cara layanan kasar Raf terhadap Widya. Tetapi sebenarnya Raf sangat mengambil berat tentang isterinya. Bukan dia tak faham Widya bagaimana.
Degil + keras kepala.
Mereka berdua memang pasangan yang sepadan.
"Oi!" Raf menarik lembut baju Widya.
"Orang boleh jalanlah. Janganlah tarik - tarik baju wifey!" Marahnya seraya menampar tangan Raf.
Raf mencebik.
Rash ketawa kecil.
"Nanti kalau Widya tak larat Widya cakap tau. Ayeen risau". Pesanku.
Widya memandang aku.
"Widya okey. Ayeen jangan risau". Pujuknya.
Memang aku akan risau. Widya itu sudah sarat. Tapi degilnya tak pernah berkurang.
Apa Raf tak bagi itu juga yang dia nak buat.
"Ayeen. Awak nak tak jadi besan kalau anak kita dah besar nanti?" Soal Widya padaku.
Aku memandang Widya.
"Kau nak anak kita kahwin ke?" Soal Rash pula.
"Yelah. Aku nak jadi mak mentua anak kau juga. Kalau dia perempuan mesti dia cantik macam Ayeen. Kalau dia lelaki mesti dia nakal macam kau". Ujar Widya seraya menyentuh perutku.
Aku tersenyum.
Aku tak kisah.
Aynaa atau Ayyaz yang dilahirkan. Tapi, aku tak mampu berjanji dengan Widya untuk menyatukan anak kami. Perasaan mereka perlu diutamakan juga.
"Kalau yang lahir ni perempuan aku nak cop jadi menantu aku. Kau tak boleh pass kat lelaki lain". Pesan Raf.
"Suka hati akulah". Bidas Rash.
Raf menjuih bibir.
"Saya mama. Awak ummi. Eyy, tak sabarnya!" Aku peluk pinggang Widya.
Widya gelak.
"Saya pun teruja!"
Grow~
Mataku membulat tatkala perutku jelas berkeroncong lapar.
Mereka bertiga memandangku.
Wajahku terus sahaja bertukar rona. Ah, perut kenapa mesti mengganas sekarang?
"Love lapar ya?" Soal Rash.
Raf dan Widya ketawa bila nampak aku malu.
"Lapar". Aku melepaskan pelukan lalu aku menyembamkan wajah pada dada Rash. Malu! Malu!
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...