DRAMA cinta yang ditayang di tv tak berapa menarik minat aku. Tapi bolehlah untuk membuang rasa kebosanan aku.
Memandangkan mereka berenam ada urusan yang hendak diselesaikan jadi mereka takkan datang untuk menganggu aku.
Tiba - tiba perasaan sunyi mula hadir.
Rambutku terasa diusap lembut.
Abang Deel melabuhkan punggung di atas sofa. Betul - betul bersebelahanku.“Mendung aje muka Ayeen hari ni. Tak ceria macam selalu. Bergaduh dengan Rash lagi?” Soal Abang Deel lembut.
Aku menggeleng.
Abang Deel mengerut dahi.
“Jadi, ada sesuatu masalah yang besar melibatkan Ayeen? Abang ada terlepas apa - apa ke?” Soal Abang Deel hairan.
“Ayeen ni bodoh sangat ke?” Soalanku mencuri perhatian Abang Deel.
“Bodoh?”
“Ya, bodoh. Mia kata Ayeen ni bodoh sebab terlalu cepat percayakan dia sedangkan dia hanya nak ambil kesempatan. Kenapa Ayeen fikir semua orang mahu berkawan dengan Ayeen?” Soalku sayu.
Abang Deel tarik kepalaku rapat ke dadanya.
“Ayeen bukan bodoh. Ayeen Hazreen binti Harraz Izzaf ialah seorang perempuan yang sangat baik hati, penyayang, mesra alam dan paling lembut pernah wujud di dunia ini. Perempun tu tak pandai menilai Ayeen sebab itu dia kata macam tu. Dia dengki dengan Ayeen sebab mereka berenam selesa untuk berkawan dengan Ayeen sedangkan dengan dia tidak”. Pujuk Abang Deel lembut.
Aku diam.
“Tapi ada satu masalah pada Ayeen. Ayeen terlalu degil. Tak mahu dengar apa yang Rash beritahu”.
“Mana Abang Deel tahu?” Soalku hairan.
“Abang ni abang Ayeen. Abang dah jaga Ayeen sejak Ayeen keluar daripada rahim mama. Abang tahu baik dan buruk Ayeen”. Balas Abang Deel lembut.
Abang Deel hela nafas.
“Ayeen. Abang bukan nak menyebelahi sesiapa. Tapi, Rash itu tanggungjawabnya ialah melindungi Ayeen. Jadi, kalau dia beritahu dia tak sukakan seseorang Ayeen mesti kena dengar apa yang dia cakap. Kalau dia tak nak Ayeen dekat dengan orang tu bermakna dia ada bahaya. Ya, abang tahu yang Rash itu bukan suami Ayeen. Tapi siapa yang boleh ramal masa hadapan? Abang tak ada kuasa itu. Ayeen pun tak ada kuasa itu. Jadi, tolong hargai Rash. Boleh?”
Aku mengangguk.
Abang Deel tersenyum manis.
“Adik abang ni baik orangnya. Orang yang baik memang ramai orang suka. Cantik pula tu. Untunglah, lelaki yang dapat Ayeen”. Puji Abang Deel.
Aku tampar dada Abang Deel.
Ketawanya terus meletus.
“Jadi, Ayeen termenung sebab Ayeen sunyi? Ayeen rindukan Rash?” Soalan Abang Deel mengundang perasaan maluku.
Rindukan Rash seorang? Mustahil!
“Ay-Ayeen rindukan mereka berenam. Selalu mereka berenam kaki mengusik. Jadi, Ayeen tiba - tiba rasa sunyi sebab mereka tak datang. Mereka kata mereka ada hal yang diuruskan”. Kataku.
Abang Deel senyum.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...