KESEJUKKAN terasa meresap sehingga ke tulang hitam. Aku berusaha untuk mengeluarkan tanganku dari ikatan tali yang terasa ketat.
Air sudah meningkat separas pinggang. Pelbagai jenis bunyi kedengaran.
Takut.
Telefon tiada bersama - samaku. Aku tertinggal di rumah. Tentu sahaja papa, mama, Rash dan Abang Deel risaukan aku.
Sejuk.
Mama... Papa...
Kalau aku mati mesti Betty akan rampas Rash. Betty akan miliki Rash.
Tak.
Aku takkan biarkan.
Aku cuba berusaha membuka tali itu sementara air semakin naik sehingga ke paras dada.
Aku tak tahu haiwan apa yang bakal menyerang. Tapi, aku sangat takut kerana keadaan yang gelap membataskan pandangan aku.
Tali akhirnya terlerai.
Aku membuka ikatan kaki kemudian aku bangun. Memang semuanya nampak berair sahaja. Tiada tanah.
Allah...
Aku takut.
Di tengah hutan sebegini pelbagai perkara boleh terjadi. Apa yang aku nak buat?
Takkan aku nak tunggu sehingga tengah malam? Kebarangkalian air meningkat naik adalah tinggi. Aku boleh lemas atau mati dimakan haiwan yang buas.
Aku membuka langkah penuh berhati - hati.
Tubuhku terasa sejuk.
Tanpa berputus asa aku mencari daratan yang tinggal. Aku nak berehat. Tapi, aku takut.
Cahaya kecil yang berada tak jauh dari sini membuatkan aku membuka langkah menuju ke arah sebuah rumah kecil yang tampak agak usang itu.
Dedaun pintu diketukku.
Tiada sahutan.
Sekali lagi aku mengetuk pintu.
Tiada sahutan.
Agaknya tiada orang di sini. Takut.
Perlahan - lahan dedaun pintu dikuak dari dalam rumah itu. Seorang lelaki yang cukup tua menayangkan wajah dihadapanku.
"Kau siapa?"
"P-pak cik, saya nak tumpang rumah. Tolong". Rayuku.
Pak cik itu memandang aku. Tubuhku yang basah dipandangnya lalu dia menguak pintu membenarkan aku masuk.
Perlahan - lahanku masuk.
Rumah yang persis pondok. Hanya ada katil dan barang di rumah. Senapang juga ada.
Aku telan liur.
Pintu rumah ditutup.
"Kau datang dari mana?" Soal pak cik itu sambil memandangku.
"Saya sesat".
"Kau dah kahwin?" Soal pak cik itu lagi.
Aku menggangguk.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...