"ABANG mana gula? Sayang nak masak macam mana kalau abang tak beli gula?!" Suara garang mama membuatkan papa kalut mencapai bajunya lalu kunci kereta dicapainya.
"Abang nak belilah ni. Tadi abang lupa". Balas papa kalut.
Seram agaknya melihat mama keluar dari dari dapur sambil memegang sudip. Muka mama merah padma menahan geram dengan perangai papa.
Aku ketawa.
Papa dan mama datang ke rumah aku untuk menjagaku. Setelah mengandung aku terus berhenti kerja. Rash tak nak aku kerja lagi. Dia mahu aku jadi suri rumah sepenuh masa.
Abang Deel pula sedang fokus dengan kerjayanya. Abang Deel telah bertunang dengan seorang perempuan yang mama pilih kerana Abang Deel gagal mencari perempuan.
Aku pula bahagia dengan Rash.
Raf dan Widya juga bakal menimang cahaya mata. Aku dan Widya bakal melahirkan anak pada tahun yang sama!
"Love!"
Aku mengangkat wajah memandang Rash yang menegurku. Rash melabuhkan punggung di sebelahku.
"Abang bercadang nak belikan barang hello kitty untuk bakal anak kita. Love rasa sesuai tak?" Soal Rash.
"Tak sesuai". Rungutku.
"Eh, kenapa pula?" Soal Rash hairan.
"Tak tahu. Tapi saya tak suka hello kitty". Semenjak mengandung aku rasa yang aku bencikan hello kitty. Kartun kucing itu menyemakkan ruang mataku.
Rash terkebil - kebil memandangku.
"Love..."
"Saya tak nak gambar kucing. Abang belilah perabot gambar lain".
"Tapi, love..."
Tubir mataku mula menghangat.
"Abang dah tak sayang saya? Abang tak mahu kisahkan saya suka apa". Aku menangis.
Rash nampak kalut memujuk aku.
"Okey, okey. Abang beli corak lain". Katanya lembut.
Tubuhku ditarik ke dalam pelukan Rash. Aku membiarkan dia menenangkanku.
Aku suka Rash peluk aku.
"Baby papa mesti geng hate-kitty. Tak sama macam mama". Ujar Rash seraya mengusap lembut perutku.
Aku memerhatikan tangan kekarnya.
"Baby kita nakal. Suka tendang - tendang. Tak selesa saya nak tidur". Aduku.
Jika malam aku akan menjadi tak selesa maka Rash akan menjagaku dan memelukku sehingga aku mampu tertidur. Aku nak dia tahu macam mana susahnya jaga perempuan mengandung nemandangkan dia yang nak sangat aku mengandung.
"Anak papa jangan nakal - nakal. Kesian mama. Mama dahlah manja. Makin manja mama jadi sebab anak papa". Ujar Rash lembut.
Bila rasakan tendangan Rash tersengih suka.
"Ala dia dengar cakap papa. Lahir dengan sihat nanti. Papa tak sabar nak tatang kamu". Bisik Rash lembut.
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...