"PA-" Tak sempat aku nak menegur papa sudah bergaduh dengan abi tentang nama puteri aku dan Rash yang baru lahir semalam.
Aku pun tak tahu nak berpihak pada siapa. Dua - dua aku sayang. Aku tak mahu sakitkan hati papa atau abi.
"Nama Aynaa lebih manis berbanding dengan nama Hannani!" Bidas papa pada abi.
"Apa masalah kau ni, Zaf? Bagilah aku namakan cucu sulung aku. Hannani tu memang aku nak bagi pada dia. Dengar bunyi macam honey - honey je".
"Tak payah. Ayeen tu satu - satunya anak perempuan aku. Jadi, aku yang patut namakan cucu aku!"
Urgh...
"Papa, abi..."
Bak!
Bak!
Dua biji buah epal dibaling tepat pada belakang kepala papa dan abi.
Aku nampak mama dan umi datang.
Mama memegang plastik yang berisi epal, tomato dan timun. Manakala, umi menghidangkan makanan untuk aku.
"Terima kasih, umi". Ucapku lembut.
Umi mengukirkan senyuman manis.
Aku kembali memandang mama yang memandang papa dan abi. Mama nampak marah.
"Ayeen tu baru je bersalin. Dia nak berehat. Boleh pula kau berdua buat perangai kat depan ni ya?!" Marah mama.
"Ala, sayang. Am ni yang salah. Sepatutnya biar abang bagi nama pada cucu kita tu". Rungut papa pada mama. Papa memuncungkan bibir sambil menggosok belakang kepalanya.
Sakitlah tu kena baling dengan buah epal.
"Aku nak namakan cucu sulung aku. Mana aci semua cucu kau nak kawal!" Rungut abi.
"Aci kat India!"
"India kepala lutut kau!"
Bak!
Bak!
Kali ni mama ketuk papa dan abi dengan timun. Masing - masing merengus sakit.
"Reen apa pukul aku macam ni? Maira marah kau nanti".
"Siapa kata? Pukul je dia, Reen". Umi mencelah sambil merenung kosong wajah abi.
"Maira, sampai hati". Abi mula sebal.
"Sayangggg".
"Abang ni pun sama. Buat perangai. Mengalah dengan Am tak boleh ke?" Soal mama pada papa.
"Abang nak bagi nama tu pada Aynaa".
"Aku nak namakan cucu aku!"
"Aku lah!!" Papa tak mahu kalah.
"Cukuplah". Aku akhirnya bersuara apabila melihat mama seakan mahu naik hantu. Sebelum kepala papa dan abi benjol dek mama lebih baik aku meleraikan keadaan yang makin tegang.
Papa, mama, umi dan abi memandangku.
"Macam ini. Ayeen dah buat keputusan yang muktamad. Ayeen akan pilih nama Aynaa..."
YOU ARE READING
#Rasheen - Takdir yang Terukir [ɌȺSĦ]
Romance-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi apa yang bermasalahnya apabila perangai gatal Rash yang terus muncul sebaik sahaja mere...