Di sekolah...
Kirana duduk di kantin pada pagi itu untuk menunggu Lara. Ya, harini mereka dah mula untuk melakukan hukuman yyang diberi.
"Dah lama ke kau sampai?" sapa Lara.
"Tak lama jugak lah. Dalam 10 minit gitu" jawab Kirana.
Mereka pun pergi ke kelas beriringan. Sampai sahaja di kelas, mereka masuk bersama-sama. Pelajar2 di kelas itu daripada bising terus krik2.... Mereka duduk di meja yang bersebelan. Pelajar lain berkerut.
Ada yang berbisik "Bila masa diorang berbaik ni?" "Alah, Sarah takde kut diorang berbaik". Dan ada yang "Weh betul ke tu Lara ngan Farhana. Cam pelik jer" "Tulah aku pun pelik".
Mereka hanya menghiraukan kata2 oleh mereka.
Waktu rehat...
Diorang berjalan beriringan. Semua pelajar yang berada di situ ada yang tercengang, terkejut dan banyak lah ter nya.
Mereka duduk di satu meja bersebelahan dengan tempat duduk geng2 Luqman.'Apasal lah minah ni nak duduk kat sini' kata Kirana dalam hati. Ya, Lara yang nak duduk situ.
"Hai Luqman. Awak buat apa tu?" Gedik Lara.
Luqman yang mendengarnya hanya membalas dengan lambaian tangan.
'Dia lambai jer. Macam aku ni tak wujud jer. Takpe kau, aku tahu apa nak buat' geram Lara.
'Siannya dia, takde orang nak layan' gelak Kirana dalam hati.
"Awak ni sombong lah, cuba lah bercakap ngan orang sikit" cuba Lara lagi.
"Kalau kau tak suka, blah lah. Buat semak jer kat sini. Lagi satu aku tak suka perempuan macam kau ngan kawan lagi satu tu kacau aku. Sape nama dia eh geng?" Sindir Luqman. Manakala kawan-kawannya pula menyebut nama Sarah apabila ditanya oleh Luqman sebentar tadi.
"Sana sikit" suruh Lara kepada Kirana kerana terasa dengan kata2 Luqman.
'Aku pula yang dihalau ke sini' kata Kirana dalam hati.
Luqman yang perasan Kirana berada di sebelahnya menoleh ke arah Kirana. "Hi awak" sapa Luqman. Kirana hanya membalas dengan senyuman nipis lalu menganggukkan kepalanya.
Lara yang melihat adegan itu terasa cemburu dengan Kirana. 'Apa kurangnya aku dengan dia' geram Lara lalu dia beredar ke tempat lain.
Kirana dan geng Luqman yang berada di meja itu hanya melihat pemergian Lara.
'Aduh minah ni. Apasal lah dia pergi camtu jer. Ke dia jealous sebab tadi Luqman layan aku tapi tak layan dia' kata Kirana dalam hati.
"Eh dah lah. Aku gi dulu" ujar Kirana sambil berlari mengejar Lara yang perangaiacam budak2 tu.
"Diorang dah berbaik ke?" Tanya Aiman iaitu rakan Luqman. Yang lain hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Pada waktu balik. Kirana dan Lara jalan bersama-sama hingga ke parking kereta mereka. Mereka berpelukan sebelum balik. Mereka buat begitu kerana Cikgu Hanif berada disitu. Kalau tidak, tak mananya nak berpeluk bagai.
____________________________Kirana terus pulang ke rumahnya. Harini dia malas nak pergi menyamar. Penat woi! Dia memberi salam lalu masuk ke rumah nya. Mak Jah yang berada di dapur keluar pergi ke ruang tamu.
"Hana dah balik. Camne sekolah harini?" Tanya Mak Jah.
"Ok jer" balas Kirana lalu duduk di sofa.
"Tadi mama datang kat rumah ni" ujar Mak Jah selamba.
"Hah!! Pastu Mak Jah cakap kat mama. Mama ada tanya pape tak. Dia ada jenguk atas ke Mak Jah" tanya Kirana risau.
Mak Jah yang melihat gelagat Kirana hanya ketawa kecil. Kirana yang melihat Mak Jah ketawa berkata "Mak Jah kenapa ketawa. Mak Jah cakap lah betul2. Ni tak lawak tau" murung Kirana.
"Tak lah. Mama jenguk Mak Jah ngan orang2 kat sini. Dia adalah tadi jenguk atas. Pastu dia nak buka bilik kamu, tapi mak jah tak bagi. Mak jah cakap bilik tu berkunci. Kunci nya pulak tak jumpa. Jadi dia tak bukak. Nasib baik Hana takde, kalau tak apalah Hana nak jawab nanti.
"Thank you mak jah sebab selamatkan Hana dan rancangan hana ni. Sayang Mak jah.." Kirana membuat suara manja.
"Tapi sampai bila Hana nak buat semua ni?" ayat itu membuatkan Kirana tersenyum.
"Sampai Hana dapat apa yang Hana nak" jawab Kirana ringkas. "Ok lah Mak Jah, Hana masuk tidur dulu. Good night" kata Kirana lagi.
____________________________"Kau keluar dari rumah ni. Aku taknak tengok muka kau lagi!!" Kata seorang lelaki lalu menolak seorang gadis ke luar rumah.
"Papa, tolong lah. Ana tak buat semua tu. Percayalah..." Rayu si gadis.
"Kau dah jatuhkan maruah kitorang. Kau tak layak duduk sini. Pergi!!" Marah lelaki itu lalu menutup pintu.
"Papa!! Ana baru 12 tahun. Ana nak duduk mana. Ana minta maaf. Tapi sumpah Ana tak buat semua tu. Percayalah papa..." Kata gadis itu sambil menangis teresak esak dan cuba untuk membuka pintu yang dikunci oleh lelaki itu.
"Mama, tolong Ana mama. Ana taknak kena macam ni. Tolonglah..." Pohon gadis kecil itu lagi. Manakala mamanya hanya melihat sambil menitiskan air mata.
"Mama!!" Jeritan Kirana membuatkan Kirana tersedar. Dia melihat sekeliling lalu ternampak wajah mak jah yang kelihatan risau.
"Hana. Hana okey" tanya mak jah risau. Dia melihat wajah Kirana yang penuh dengan air mata itu.
Kirana terus memeluk mak jah sambil menangis. "Hana teringatkan kejadian tu lagi" esak Kirana.
Mak jah menenangkan Kirana yang teresak esak itu sampai dia tertidur.
To be continued...
**************************
Hello. Sorry kalau tak best.
Abaikan typo kalau ada ya. Jangan lupa vote and comment. Bye
YOU ARE READING
MY SECRET IDENTITY✓
General FictionKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...