19

62 11 3
                                    

Setahun kemudian.... Tibeh, tapi kena percaya.

No more revenge
No more friendship
No more love
No more memory's
But, the truth is on the way to finished

Kirana sudah naik ke tingkatan empat dan Luqman juga sudah berpindah atau kata lainnya sudah berhenti sekolah. Setelah kejadian Dato' Mokhtar yang telah meninggal dunia, Luqman tidak lagi bersekolah di situ. Cikgu² pula memberitahu bahawa Luqman sudah dipindahkan ke tempat lain.

Pagi itu, Kirana ke sekolah macam biasa. Dia juga sudah berbaik dengan Lara tapi tidak berkawan rapat. Dia masuk ke kelas dan duduk di mejanya. Sarah dan Lara juga tidak mengganggunya. Tapi dia pelik kerana Sarah dan Lara tidak lagi bersama. Broken kut...

Pagi itu matapelajaran matematik. Didalam kelas dia hanya menguap dan tidak fokus. Dia berasa sangat letih kerana semalam Kirana menemani Khairul melamar buah hatinya. Sudah tiba masanya Khairul itu berkahwin. Mungkin Kirana akan keseorangan selepas ini.

Pulang dari sekolah terus sahaja dia balik. Malas mahu pergi ke tempat lain. Sampai sahaja dia dirumah, Mak Jah sedang menjamu selera. Dia balik lambat harini. Tu yang Mak Jah makan dulu.

"Hana nak makan, Mak Jah boleh ambilkan." Tanya Mak Jah lembut. Dia melihat Kirana makin hari makin susut. Dia juga sudah jarang makan. Lebih suka terperap dalam bilik.

"Nantilah Mak Jah.  Hana boleh ambil sendiri." Jawab Kirana sambil memberi senyuman kelat. Mak Jah hanya mengangguk.

Dia masuk ke dalam bilik lalu merebahkan dirinya di atas katil. Dia mengambil handphonenya. Tiada yang menarik untuk dilihat. Dia memutuskan untuk mandi dan solat lalu bercadang untuk tidur sebentar.

Setelah selesai solat, dia merebahkan semula dirinya di atas katil.

Let it go~
Let it go~

Terdengar lagu Frozen yang berbunyi di telefonnya. Lagu itu dijadikan Ringtone telefonnya.

"Hello." Ucap Kirana setelah menekan tombol hijau yang berada di handphonenya.

"Hi sayang, rindu aku tak?" Sapa seorang yang berada di talian. Korang rasa siapa??

"Siapa ni?" Tanya Kirana.

"Tak ingat aku ke, dear? Cepatnya kau lupa aku. Tak sayang aku lah tu." Ujar orang yang di atas talian itu.

"L-Luqman??" Tekanya sambil tergagap-gagap. Terus duduk dia di atas katil itu. Air matanya hampir keluar, tapi diseka.

"I miss you, babe... Kita jumpa nak." Kata orang itu lagi.

"Ni Luqman ke?" Tanya Kirana lagi untuk kepastian.

"Ye sayang... Ni aku, your love iaitu Luqman." Kata Luqman sambil tergelak.

"Luqman...." Air mata Kirana terus mengalir deras.

"Babe, asal nangis ni. Aku ada jelah kat sini. Janganlah nangis. Dah cepat siap. Setengah jam lagi aku jemput kau kat rumah. Cepat tau. Bye sayang." Talian itu terus dimatikan. Kirana pula masih terkejut.

"Nombor baru dia ke?" Soal Kirana kepada diri sendiri. "Yekot...."

Setengah jam kemudian.

"Hana, nak pergi mana tu?" Tanya Mak Jah.

"Nak keluar kejap, jumpa kawan." Jawab Kirana dengan senyuman lebar. Mak Jah hanya senyum.

Terlihat sebuah kereta mewah yang berada di hadapan rumahnya.

'Bapaklah, tu ke kereta dia?!' Kirana amat terkejut melihat kereta itu.

Orang yang berada di dalam kereta itu terus keluar. Kirana terus berdiri statik disitu. Terdiam sebentar. Wajah yang sudah lama dia rindui kini muncul kembali. Air matanya kembali mengalir.

"Sayang... Kenapa nangis ni. Tak moh lah sedih².” Luqman membukakan pintu kereta untuk Kirana lalu menarik lengan bajunya masuk kedalam kereta.

Masuk sahaja Luqman didalam kereta dia mengambil sapu tangannya dan mengelap air mata Kirana.

"Dah, jangan sedih². Aku kan dah ada depan mata kau." Kata Luqman sambil memberikan senyuman.

(Bongoklah cite ni. Aku yang tulis aku yang jeles. Aku nak jugak cam tu 🙃)

"Kita nak pergi mana?" Tanya Kirana.

"Entah, aku pun tak tahu. Kau nak pergi mana?" Tanya Luqman balik.

"Nak pergi pantai boleh?" Tanya Kirana.

"Jom!" Sorak Luqman.

"Kita makan aiskrim nak." Tanya Luqman semula.

"Nak! Aku nak aiskrim strawberi boleh?" Sorak Kirana semula.

"Boleh..." Luqman tersenyum melihat gelagat Kirana. Tapi senyumannya mati kembali kerana teringatkan hal yang ingin diberitahu kepada Kirana nanti.

(Please help me. Aku yang dah nak cair ni)

Sampai sahaja di tepi pantai, mereka duduk di sebuah pondok kecil yang berdekatan.

"Kenapa kau tiba-tiba nak jumpa aku?" Tanya Kirana

"Aku nak bagitahu kau something." Jawab Luqman.

"Apa dia? Nak bagitahu kau sebenarnya anak tengku yang menyamar jadi orang biasa sebab nak intip aku untuk bagitahu kat bapak aku yang aku masih wujud kat dunia ni.” kata Kirana mendatar. Luqman agak terkejut buat masa itu.

"Kau tahu?" Tanya Luqman yang tidak percaya.

"Yes, I know it. Aku kenal bapak kau and aku pernah nampak kau dengan dia. And kita tak sebaya. Kenapa kau buat semua tu. Kenapa kau kena bazirkan masa kau dengan buat semua ni?" Nada Kirana sedikit terkilan.

"Aku buat tu ada sebab. Lagipun aku dapat kenal dengan kau. Dendam aku pun dah terbalas. He miss you so much Kirana Adriana." Buat pertama kalinya Luqman menyebut nama betul Kirana.

"Kalau dia rindu aku, kenapa dia tak cari aku guna tenaga dia sendiri. Kenapa kena gunakan kau." Aiskrim yang ditangan Kirana kini meleleh ke tangannya kerana tidak di makan.

Luqman mencapai aiskrim itu dan dia mengelap tangan Kirana yang basah terkena aiskrim. Dia menyuakan kembali aiskrim itu.

"Dia dah penat cari kau. Bila dia dah nak jumpa je kau. Kau lari." Jawab Luqman.

"Penat, aku tak pernah nampak pun effort dia nak cari aku. Sedangkan aku ada je depan mata dia. Hidup dia makin senang aku rasa." Kirana sudah mengalirkan air matanya.

"Riana..... Kau kena faham. Dia ada je cari kau. Dan dia tahu. Setiap kali dia dapat petunjuk yang kau berada di mana, tapi mesti petunjuk tu hilang balik. Jadi dia tahu kau sentiasa dekat dengan dia." Luqman berginjak daripada tempat duduknya lalu duduk di sebelah Kirana.

"Kenapa kau sebut nama aku guna Riana....?" Tanya Kirana. Kerana setahunya kawan rapat waktu kecilnya itu sahaja yang memanggilnya dengan gelaran Riana.

"Mesti kau dah tak ingat aku kan. Kau tak ingat ke aku lah Luqman yang selalu main dengan kau waktu kecil dulu. Yabg teman kau time mak bapak kita pergi outstation." Ujar Luqman. Makin deras tangisan air mata Kirana.

"S-seriouly?” tanya Kirana tidak percaya.

"Ye sayang...." Luqman menyandarkan kepala Kirana ke bahunya.... Macam dulu mereka buat. Kirana masih menangis disitu..

"Tapi jangan risau, aku tak bocorkan lagi raksia kau. Kau tak bagitahu bapak kau pun aku dapat jumpa kau." Kata Luqman.

"Dia tak syak apa-apa ke?” tanya Kirana.

"Tak, sebab dia tahu anak dia ni suka main lari-lari." Kata Luqman sambil mencuit hidung Kirana.

"Dah, kau tak payah nak nangis-nangis. Tak comel tahu tak." Ujar Luqman. Kirana hanya tersenyum kecil.

Selepas setengah jam melihat laut, mereka pun pulang. Luqman menghantar Kirana lalu dia pulang ke banglo keluarganya.

To be continued
________________________________
Seems like cerita dah nak tamat🤔

MY SECRET IDENTITY✓Where stories live. Discover now