"Aku dekat belakang bangunan ni. Kau dah kat mana." Tanya kirana kepada kawan sekerjanya.
"Aku dekat blok atas. Semua clear." Balas rakannya itu.
"Okay, tapi mana dorang semua? Asal bangunan ni macam kosong, ke diorang dah lari dulu." Kata Kirana sambil memerhatikan kawasan itu.
"Ana." Dato' Adnan pula yang memanggil.
"Ya tuan." Kirana gunakan bahasa formal pada ketika itu.
"Take care of yourself. Jangan sampai diorang tahu kau kat situ." Kata Dato' Adnan.
"Baik tuan." Kata kirana.
"Polis datang ke nanti?" Tanya Kirana pada rakannya tadi.
"Tak, diorang cakap diorang tak nak ambil kes ni." Balas rakannya.
"Boleh eh macam tu...." Kata kirana.
"Diam. Aku dengar langkah kaki orang." Kata Tengku Kamarul.
Sebenarnya mereka sedang menyiasat kes penculikan 16 orang remaja. Mereka ditugaskan untuk menangkap penculik itu. Kini mereka berada di tempat penculikan.
Mereka semua diam setelah Tengku Kamarul berkata begitu. Kirana sudah mendengar tapak kaki musuh berbunyi.
"Aku pun." Kata Kirana juga.
"Hati-hati semua." Arah Dato' Adnan. Mereka semua memegang senjata yang dibawa.
Kirana mengacukan senapangnya ke arah semak-samun yang berada disekitarnya.
Bang!!
Terdengar bunyi tembakan dari dalam bangunan.
"Oh, shit!!" Carut Kirana. Dia terus masuk ke dalam bangunan.
Suasana malam itu menyukarkan mereka untuk melihat sekeliling. Terlihat seseorang sedang mengacukan pistol ke arah bertentangan dengan Kirana.
"Aku jumpa sorang." Kirana memberitahu kepada mereka yang ditugaskan menyelesaikan misi itu.
"Aku jumpa dua orang." Kata seorang lagi ejen disitu.
"Tangkap." Arah Tengku Kamarul dan Dato' Adnan.
Kirana menuju kearah sekujur tubuh yang berdiri tegak itu. Dia meletakkan senapangnya dengan berhati-hati.
Kirana berlari seperti ninja untuk menangkap orang itu. Tetapi malangnya orang itu lebih pantas darinya.
Bunyi tembakan menyusup ke telingan Kirana. Ruangan itu sangatlah bising. Sampai sahaja betul-betul di hadapan orang itu kirana mencapai pisau yang dia bawa di dalam poket dan terus mengelar leher orang itu sedikit.
Orang itu menjerit lalu pengsan. Kirana mengambil gari yang disimpan lalu menggari lelaki itu.
Kirana mengheret lelaki itu sehingga sampai di tepi tingkap. Tingkap itu dibuka.
"Neil ada kat bawah tak?" Tanya Kirana kepada kawannya.
"Ada, belah mana?" Tanya Neil semula.
"Belah kiri hujung." Ucap Kirana.
Setelah terlihat tubuh Neil, kirana mencampak jasad yang dia heret tadi. Neil menyambutnya dengan cekap.
Kirana naik lagi ke tingkat atas. Dia juga membawa senapangnya yang di campak tadi. Terlihat Tengku Kamarul sedang bersembunyi disebalik dinding. Dia melihat beberapa orang sedang berkumpul di ruangan itu.
'Target. Lock!" Kata Kirana dalam hati. Dia menembak lima orang musuh disitu. Tengku Kamarul pula terkejut dengan kedatangan Kirana.
"Kenapa uncle tak ambik senapang?" Tanya Kirana sambil mendekat ke arah tengku Kamarul.
"Tadi ada orang serang. Tu yang lupa nak ambik balik." Jawab Tengku Kamarul. Mereka mendekati mayat-mayat yang ditembak oleh Kirana. Dua orang wanita dan tiga lelaki terbunuh.
Kirana mengarahkan Neil dan kumpulannya menyambut mayat-mayat itu.
"Polis tak nak buat sangat kan.... Hancur bangunan ni aku kerjakan." Kata Kirana sambil tersenyum sinis. Ya, sebenarnya mereka ini dalam fasa cuti. Tetapi tiba-tiba mereka dipanggil untuk menyelesaikan misi ini. Sepatutnya polis yang buat. Kirana apa lagi, bengang lah... Dia nak tengok cerita korea pun tak senang.
Terdengar jeritan dari tingkat atas. Tengku Kamarul dan Kirana bergegas untuk melihat. Sesampai je mereka di sana....
"Dah sampai?" Kata seseorang. Dia adalah ketua penculik itu.
"Pulangkan mereka! Berapa banyak nyawa yang kau dah ambik!" Kirana bersuara lantang.
"Baru sikit... Daripada kau..." Kata ketua itu. Kirana pula sudah berkerut.
"Apa kau merepek ni?" Kata Kirana tak puas hati.
"Kau dah lupa aku ke? Kau nak aku ingatkan balik ke? Okay, let me tell you who I am okay. I'm Arfan. Rizq Arfan bin Dato' Mokhtar. Ingat?" Kata Arfan. Dia tersenyum sinis.
"Kau.... Kau abang kandung lara?" Kirana terkejut mendengar nama itu..
"Haha... Your answer was right." Arfan ketawa denagn sangat kuat selepas itu.
"Kenapa kau buat semua ni?!" Kirana sudah bengang.
"Untuk balas dendam untuk bapak aku. And one more thing. Sebab kau Lara dekat hospital gila sekarang kau tahu tak?!" Arfan terus mencekik Kirana. Mereka yang disitu cuba untuk melawan, tapi malangnya mereka tewas.
"Suruh lah bapak kau tu tuntut bela! Sebab bapak kau tu, aku tak dapat jumpa oranv yang aku sayang kau tahu tak?!" Kirana mula menendang kaki Arfan. Mereka sama-sama jatuh.
Kirans berlari mengambil pedang kepunyaan Arfan lalu menyerang anak-anak buah Arfan. Kumpulan Kirana yang sudah tidak sedarkan diri hanya mampu berdiam sahaja.
Mati. Itu sahaja yang kirana fikir sekarang. Tempat itu penuh dengan kesan darah. Dia mula mengenal pasti budak-budak yang diculik. Mereka selamat. Cuma luka-luka sedikit.
Kirana terkejut selepas terlibat muka Sarah. Dia terus memandang Arfan.
"Why? Terkejut kenapa kawan baik Lara ada kat situ? Sebab aku tak suka Sarah ni berkawan dengan Lara!" Mereka mula bertumbuk. Badan mereka penuh dengan kesan lebam.
Arfan mengeluarkan pisau yang berada di poket seluarnya lalu menikam Kirans. Kirana yang tidak perasan itu tidak sempat mengelak. Dia pun terbaring disitu. Tapi sebelum dia memejam kan mata dia mendengar bunyi tembakan.
"Sayang!!" Ucap Luqman setelah menembak dada Arfan. Dia bergegas ke arah Kirana.
Terlihat Kirana sudah tidak sedarkan diri. Dia cepat-cepat mencabut pisau itu lalu mengoyakkan bajunya dan mengikat perut Kirana untuk menghalang darah mengalir lagi.
"Hello, khai! Ada ermegency weyh. Bapak kau....." Luqman menelefon Khairul. Khairul yang terkejut cuba mengesan lokasi yang diberi oleh Luqman. Dia bergegas kesana nak mengarahkan anak-anak buahnya. Pergi ke tempat itu.
Manakala Luqman dan kumpulannya menyelamatkan kumpulan bapanya. Mereka bergegas ke hospital.
Dia telah menelefon Khairul supaya menyelamatkan orang-orang yang diculik. Dia meninggalkan beberapa orang anak buahnya disitu untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan penculikan itu.
To be continued
________________________________Hero lambat datang. Heroin kena tikam. Pastu apa pulak ni. Orang cakap kalau dah akhir-akhir banyak ujian dekat sesuatu novel tu maksudnya cerita tu end dia adalah.......
Malas aku nak cakap, korang lah teka sendiri.
Keep voting
YOU ARE READING
MY SECRET IDENTITY✓
General FictionKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...