17 (Luqman)

76 12 1
                                    

PAST

Dia berlari selaju yang mungkin. Kini dia dikejar oleh sekumpulan penjahat yang inginkan dirinya. Takut. Dia berasa amat takut.

Mereka masih dibelakang. Mengikutinya dengan membawa senjata. Malahan dia, hanya menyandang beg sekolah yang ada buku yang berat didalamnya.

Tiba² dia tersungkur jatuh ke tanah akibat tersadung ranting kayu. 'Asal lah time² macam ni benda ni ada!!' Amuk Luqman. Dia sudah penat dengan semua ini.

Dia terbaring di situ. Kaki nya sangat penat pada masa itu. Dia tidak dapat berlari lagi. Selepas beberapa minit kemudian, beberapa orang yang dia tidak kenali mengangkutnya ke sebuah gudang.

Dia hanya mengikut lemah. Dan tiba² matanya tertutup rapat.

Selepas beberapa jam pengsan. Dia bangun daripada pengsannya itu. Tangannya sudah diikat rapi. Kini, dia duduk di sebuah kerusi berserta tangan dan kakinya diikat.

Gudang itu sudah usang, jadi dia nampak manakutkan bagi Luqman.

"Dah bangun?" Sapa seseorang.

"Siapa kau?!" Bentak Luqman yang cuba melepaskan dirinya.

"Aik, dia yang buat salah aku pula yang kena?" Balas orang itu lagi.

"Lepaskan aku!!"

"Kalau aku taknak?"

"A-aku m-minta m-maaf. A-aku t-tak s-segaja t-tengok k-kau m-masatu." Ucap Luqman terketar-ketar. Ini semua salah dia, jika dia tidak pergi ke lorong itu mungkin dia tidak akan ditangkap seperti ini.

"Aku dengar... Kau anak tengku tu kan?" Soal dia. Luqman hanya diam.

"Jawablah!!!" Orang itu menampar luqman dengan sekuat hati. Luqman hanya mampu angguk.

"Oh, jadi inilah anak dia yang pandai sangat tu eh. Sama je macam bapak dia. Menyusahkan aku!!" Marah lelaki itu.

"Apa jadi kalau kau mati eh?" Dia bertanya soalan yang bagi luqman agak pelik. 'Dia nak bunuh aku ke?' Luqman menjadi takut untuk seketika.

"Kau tahu tak, sebab bapak kau tu lah aku tak dapat nak curi duit syarikat kawan aku tu tau. Kau dengan dia sama² menyemak!!! Kau dengar tak!!" Luqman dapat merasakan yang sebenarnya lelaki itu mental.

Lelaki itu membuka sarung yang terpasang di mukanya. Terlihat jelas mukanya di hadapan Luqman. Luqman sangat-sangat terkejut.

Dato' Mohktar.....

Ya, Dato' Mohktar yang membawanya ke sini. Kawan bapanya yang tak serupa sahabat. Dia memang benci akan Dato' Mohktar.

"U-uncle...?" Luqman masih terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"Haha... Uncle? Siapa uncle kau?! Aku Dato' Mohktar lah!! Orang yang paling berkuasa dekat sini!"

Luqman seperti layang² yang putus talinya. Dia pasti yang dia akan mati tidak lama lagi. Kerana Dato' Mohktar adalah ketua penjual dadah yang terkuat di Malaysia. Dan dia boleh buat apa sahaja yang dia mahukan.

Dato' Mohktar memberikan dia sebiji pil yang agak pelik. Dia sudah menjangka itu adalah racun. Dia pernah melihat ubat itu.

Luqman menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Tapi apa kan daya, dia tidak mampu membuat apa². Dato' Mohktar terus menyumbat pil itu kedalam mulutnya. Dan dia pengsan disitu buat kali yang kedua.

Keesokan harinya...

Luqman terasa kepalanya sangat sakit. Dia cuba membuka matanya.

'Aik? Sejak bila aku kena alih dengan pak cik tua kerek tu'  Ujar luqman dalam hati. Tak padan dengan kena culik, ada je yang ingin dikatakan. Kalau yang baik tu tidak apa lah juga. Ni, siap mengata bagai.

MY SECRET IDENTITY✓Where stories live. Discover now