23

58 9 0
                                        

Let it go~
Let it go~

Terdengar lagu frozen berbunyi di telefonnya.

"Ha, hello. Kau kat mana. Dah nak gerak ke?" Soal Khairul setelah Kirana mengangkat telefonnya.

"Aku nak siap-siap ni. Kejap lagi otw. Kau dengan kak Isya dah sanding ke?" Tanya Kirana pula.

"Belum, majlis belum start lagi. Aku saja je telefon kau. Berdebor doh. Sheram titew." Kata Khairul sambil membuat suara gedik.

"Kau punya nervous en aku rasa kalau tok kadi tu nak salam kau dengan dia dia sekali pengsan." Kata Kirana sambil membuat muka meluat walaupun dia tahu Khairul tidak akan dapat melihatnya.

"Hehe... Kau gerak dengan siapa nanti." Tanya Khairul semula.

"Aku dengan family aku. Tengku Kamarul dengan bini dia." Ya, keluarga Luqman juga dijemput untuk datang ke majlis pernikahan Khairul.

"Oh... Okay lah. Aku nak practice lagi ni. Takut salah baca pulak." Kata Khairul. setelah mengucapkan salam dia terus mematikan talian.

Kirana dan keluarganya terus masuk ke kereta dan pergi ke majlis tersebut. Suasana di dalam kereta itu sunyi sahaja.

Ay yai yai pak jamil makan petai~

Terdengar Ringtone Dato' Adnan berbunyi menandakan ada orang menelefonnya. Ringtone tak rilek...

"Hello!" Kata Dato' Adnan. Dia punya jerit macam satu lebuhraya tu nak dengar suara dia.

"Aku follow kau tau. Aku dah tak ingat jalan dia." Kata Tengku Kamarul yang berada dalam talian.

"Ha ok. Kau dah sampai mana." Tanya Dato' Adnan.

"Aku dekat lepas tol ni. Nanti kau hon lah." Jawab Tengku Kamarul.

"Ha ok. Bye. Assalamualaikum!" Kata Dato' Adnan dan terus mematikan talian.

Lepas sahaja di tol, Dato' Adnan terus menekan hon di keretanya. Tengku Kamarul yang perasan itu terus mengikuti belakang kereta kawan karibnya itu.

Sampai sahaja di rumah pengantin perempuan. Mereka mendapati majlis akad nikah akan berlangsung. Kirana masuk dan terus menyalam tetamu disitu.

Khairul yang melihatnya hanya memberikan senyuman nervous. Kirana hanya mengatakan 'you can do it' secara berbisik.

"Muhammad Khairul bin Mohd Malik." Kata tok kadi setelah Khairul bersedia.

"Ya saya." Sambut Khairul.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Farisya binti Mohd Faris dengan mas kahwin dua ratus ringgit tunai." Kafa tok kadi.

"Aku terima nikahnya Farisya Nur bin Mohd Faris dengan mas kahwinnya dua puluh ringgit tunai." Khairul pula mengucapkan ayat itu. Selepas mengungkapkan ayat itu dia berkerut seperti ada yang salah. Nervous sangat...

Kirana mahu tergelak apabila melihat kekalutan abang angkatnya itu. Tok kadi juga sudah berkerut mendengar sebutir demi sebutir perkataan yang Khairul ucapkan. Tetamu juga ada yang sudah tergelak.

"Ni dah sedia ke belum?" Tanya tok kadi semula.

"Dah tok, ada yang salah ke?" Tanya Khairul semula.

Tok kadi hanya mampu tersenyum pahit. Farisya pula sudah menahan malu.

'Ey bakal suami aku ni! Ni dah ready ke belum...' kata Farisya dalam hati.

"Banyak yang salah sebenarnya...." Kata tok kadi itu.

"Jadi kena ulang balik lah ni?" Tanya Khairul semula. Kirana yang sudah tidak tahan untuk ketawa menepuk dahinya. Khairul yang perasan hanya berkerut sahaja melihat adik angkatnya itu. Farisya juga sudah tidak senang duduk.

"Ya lah. Kena ulang balik. Kan ada salah tadi." Kata tok kadi semula. Tetamu yang cuba untuk menahan diri daripada ketawa. Manakala Kirana dah terbahak-bahak mengetawakan abangnya itu.

"Oh... Okay." Kata Khairul semula.

"Muhammad Khairul bin Mohd Malik."

"Ya saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Farisya binti Mohd Faris dengan mas kahwin dua ratus ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Farisya binti Mohd Faris dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai...." Khairul mengucapkan ayat itu dengan berhati-hati.

"Alhamdulillah!!!" Kata Tok kadi itu.

"Sah?" Tanya tok kadi itu. Semua tetamu mengucapkan sah

Mereka membaca doa maka bermulalah sesi pembatalan air sembahyang.

(Nak diingatkan, yang pasal majlis ni aku hentam je tau. Sebab aku tak tahu sangat sebab jarang ikut mak pergi kenduri. Jadi aku tulis macam yang kat dalam drama je lah ya.)

Kirana mengambil gambar abang dan kakaknya. Mereka terlihat sangat romantis. Kirana pula yang tersengih-sengih melihat itu. Setelah selesai tetamu di jemput makan.

Keluarga Kirana dan  keluarga Tengku Kamarul duduk di satu meja yang sama. Mereka makan dengan berselera.

Setelah beberapa minit pengantin pula keluar untuk menjamah santapan pada tengahari itu. Sambil-sambil makan, mereka juga bergambar.

Pada petangnya... Kirana dan keluarganya pun pulang. Tengku Kamarul sudah lama pulang.

Sampai sahaja dirumah Kirans terus berbaring di sofa. Dia terlalu penat untuk berjalan.

"Ana, pergi lah mandi. Dah busuk tahu tak." Kata Datin Kairina kepada anaknya.

"Nantilah ma... Penatlah...." Kata kirana sambil menutup matanya tanda mahu tidur.

"Ana, pergi mandi dulu. Lepastu baru tidur." Sambung papanya pula.

"Ish... Yelah-yelah...." Kata kirana. Dia menghentak kakinya tanda protes lalu naik ke bilik.

Setelah dia mandi terus di tidur diatas katilnya yang empuk itu.

45 minit kemudian.

Let it go~
Let it go~

Terdengar telefon Kirana berbunyi. Dia mendengus kasar kerana ada orang yang menggangu tidurnya. Terlihat nombor dari luar negara.

"Yeoboseyo....” kata Kirana dengan keadaan mamai. Tiba-tiba masuk korea.

"Hello babe!" Sapa seseorang di atas talian.

"Hurm... Hello...." Ucap Kirana dengan keadaan masih mamai.

"Kenapa ni... Macam baru bangun tidur je." Kata orang yang berada di atas talian itu.

"Haah.... Baru bangun tidur...." Jawab Kirana.

"Aku kacau kau ke ni?" Tanya orang itu lagi.

"Tak pun.... Kenapa call?" Tanya Kirana.

"Aik? Nak call girlfriend sendiri pun tak boleh ke?" Rupa-rupanya Luqman yang menelefon Kirana....

"Tak, tanya je." Jawab Kirana.

"Tak rindu aku ke?" Tanya Luqman.

"Rindulah... Bila nak balik." Rengek Kirana.

"Sabarlah, lagi seminggu aku balik lah...." Kata Luqman.

"Lamanya.... Nanti kalau tak dapat jumpa macam mana?" Kata Kirana tiba-tiba.

"Ish.... Kenapa cakap macam tu. Tak baik tau. Kita akan jumpa juga...." Kata Luqman semula.

"Hmm...." Kirana hanya mampu berkata begitu.

Mereka berbual antara satu sama lain. 10 minit kemudian Kirana meminta diri untuk mematikan telefonnya.

Dia menunaikan solat maghrib dan juga isya' lalu tidur kembali. Malam itu dia merasakan dirinya sangat penat.

To be continued....
________________________________

Keep voting

MY SECRET IDENTITY✓Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang