Luqman POV
Sebulan kemudian.
Ingatan aku mulai menghilang. Aku dah tak ingat muka family aku. Bahkan rakan-rakan aku juga aku sudah lupa."Luqman." Clar menyapa aku seperti biasa. Dia meletakkan makanan yang diberi oleh Dato' Mokhtar. Wajahnya sedikit kelat melihat wajah aku yang kini pucat dan hanya mampu tersenyum.
"Kau okey?" Tanya nya. Dia duduk disamping aku. Aku cuma mengangguk.
"Boss ada bagi kau makanan." Dia seperti sebersalah mahu membuka bungkusan itu.
"Nak." Aku cuba sedaya upaya untuk bangun. Racun ini bukan sahaja menghilang kan memori aku tetapi juga membuat aku seperti lemah.
Dia memandangku. Aku tahu dia dah mula rasa bersalah. Tapi ini jalan yang aku nak. So, dia tiada hak.
Selepas dia membasuh tangan dan membaca doa. Dia menyuapku. Tangan ku masih diikat supaya aku tidak lari.
"Hari ni hari jumaat. Jadi aku kena pergi solat Jumaat lah kan?" Tanya Clar ke padaku setelah aku selesai makan.
"Haah." Aku mengangguk. Clar sudah mula ingin bertaubat. Dan aku lah yang menolongnya selama sebulan ini.
"Kau nak ikut?" Tanya nya lagi.
"Haha.. kau merepek apa ni." Aku memandangnya sambil tergelak hambar.
"Aku boleh lepaskan kau sebab aku penjaga kau. Lepastu kau boleh lari daripada sini." Clar memberikan idea.
"Tak nak lah aku. Lagipun aku dah tak ingat apa-apa. Muka family aku pun aku tak ingat. Kau bukannya tahu pun pasal family aku." Selorohku bersahaja.
"Tapi kita boleh cuba kan..." Katanya untuk meyakinkan aku.
"Nope, kau pergilah. Aku solat zohor je kat sini. Dah buka gari aku ni. Aku nak pergi tandas." Dia membukakan gari aku lalu memapahku pergi ke tandas. Setelah itu dia duduk kan aku di atas katil. Setelah sebulan aku disini aku berasa sudah selesa dengan keadaan yang begini.
"Aku tinggal kau sekejap eh, lagi dua jam aku balik." Ujar Clar. Aku cuma mengangguk. Dia mengunci lagi luar.
Sepatutnya aku boleh je lari daripada sini. Tapi aku tidak mahu. Aku rasa lebih baik aku berada disini.
Selepas solat zohor, aku baring dikatil yang disediakan. Aku tunggu lah Clar dalam setengah jam macam tu.
"Kau nak apa-apa ke?" Tanya Clar kepada aku yang terbaring. Aku cuma geleng. Dia menggari aku balik.
Hari-hari aku begini. Hidup di dalam tempat sunyi. Mujur sahaja dia tidak mengurungku di tempat bawah tanah.
Beberapa minggu kemudian.
Ingatan aku dah hilang sepenuhnya...."Jalan lah cepat." Arah Dato' Mokhtar. Aku dibawa keluar daripada tempat itu.
Aku melihat dunia semula. Dunia yang aku dah lama teringin untuk melihatnya kembali. Pagi itu suasana sangat indah bagi aku. Clar berdiri di sebelah aku.
"Kau nak bawa aku pergi mana?" tanya aku kepada Dato' Mokhtar.
"Mana-mana je. Asalkan kau tak menyusahkan aku. Kalau kau nak suruh aku tanam kau hidup-hidup pun boleh je." Katanya sambil tersenyum sinis. Aku hanya diam.
Aku dimasukkan ke dalam kereta Alphard hitam lalu kereta itu pun menyusuri jalan raya yang aku tidak ketahui destinasinya.
Setengah jam kemudian...
BANG!!!
Terdengar bunyi tembakan dari arah belakang kereta itu. Aku ingin menoleh tapi tidak dibenarkan oleh bodyguard² yang berada di sebelah ku.
YOU ARE READING
MY SECRET IDENTITY✓
Ficción GeneralKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...