22

54 11 0
                                    

Setahun kemudian.... I mean... Dah nak dekat dua tahun juga...

Yay! Habis doh sekolahnya! SPM habis kau.... Pada masa itu Kirana amat ceria kerana dia sudah merdeka. Dato' Adnan yang menjemput anaknya itu hanya kebingungan.

"Papa!! I'm free!" Kata Kirana sambil melonjak kegirangan. Anak siapa lah tuw.

"Free apanya?" Tanya Dato' Adnan. Dasar ayah yang tidak tahu menahu

"Ish papa ni... SPM dah habis lah...." Kirana membuat-buat nada merajuk

"Owh..." Kata papanya.

"Tu je?" Tanya Kirana

"Yelah, Ana nak apa?" Tanya Dato' Adnan balik. Kirana hanya sabar sahaja melihat telatah ayahnya itu.

"Ish, papa ni kan! Tak faham lah... Baik cakap dengan mama je!" Rajuk Kirana itu. Dato' Adnan cuma menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Sepanjang perjalanan di dalam kereta, mereka berdua senyap sahaja.

Sampai sahaja dirumah....

"Sayang! How your SPM? Ok tak, soalan tadi ada yang susah tak. Tell your mama right now." Kirana baru sahaja mahu membuka pintu kereta mamanya sudah membukanya dulu lalu menariknya keluar. Pintu pula dibiarkan terbuka.

"Okay je. Susah sikit lah. But.... I'm free now!" Kirana bersorak girang. Begitu juga dengan mamanya.

"Hey! Dah buka pintu kereta tu tutup lah balik." Kata Dato' Adnan.

"Awak dah ada kat situ kan. Awak lah tutup kan...." Kata Datin Kairina. Kirana pula hanya tersengih.

"Nak makan tak? Mama masak lauk favorite Ana harini tau...." Kata mamanya.

"Of course lah nak! Saya pergi dapur dulu!" Kirana berlari menuju ke dapur. Tanpa menghiraukan papa dan mamanya. Lapar sangat tu....

Datin Kairina dan Dato' Adnan hanya tersenyum kecil melihat telatah anak mereka yang seorang itu.

Mereka makan bersama-sama. Kirana makan dengan gelojoh macam sudah setahun tidak makan.

"Ana, makan tu elok lah sikit.... Ana tu kan perempuan." Kata mamanya. Dia sudah banyak kali menasihati anaknya yang seorang ini supaya menjadi perempuan melayu terakhir. Ceh, tibeh.

"Mama, mama tahu tak. Ana ni kalau jumpa makanan memang dah tak boleh nak cover sopan dah...." Kata Kirana.

"Oh, habistu nanti kalau jumpa mak mertua buat macam tu lah." Sambung mamanya lagi.

"Kalau jumpa...." Kata kirana semula.

"Kenapa cakap macam tu. Mama tak suka tau." Datin Kairina memarahi anaknya kerana bercakap perkara yang bukan-bukan. Kirana hanya tersengih.

Petang itu, kirana pergi berjumpa dengan abang angkatnya iaitu khairul.

"Hai bakal kakak ipar!" Kata Kirana kepada tunang Khairul yang bernama Farisya itu.

"Hai bakal adik ipar. How are you? Lama kita tak jumpa kan!" Farisya juga bersorak riang. Mereka berpelukan buat seketika.

"Asal jumpa berdua je mesti lupa aku kan?" Tiba-tiba Khairul mencelah.

"Eleh, kau dah dengan kak Isya hari-hari kan. Bagilah aku pula." Kata kirana sambil mencebik.

"Masalahnya, dia tu bakal isteri aku tau..." Kata Khairul. Kirana hanya menjelirkan lidahnya. Farisya hanya ketawa melihat adik beradik angkat itu.

Mereka meluangkan masa bersama-sama. Hari ini adalah hari yang amat dibenci bagi Khairul kerana mengganggu dia dan tunangnya dating. Tapi salah dia juga kerana suruh Kirana datang ketempatnya.

"Kau nak kerja dengan aku lagi ke kau dah masuk ngan bapa kau Ana?" Tanya Khairul.

"Aku dengan bapa aku lah. Senang sikit. Kalau nak pergi sana jauh.... Takut mama aku risau pula." Kata Kirana. Semenjak papanya dah tahu dia kerja sebagai perisik polis, papanya menyuruh dia bekerja di tempat papanya.

"Oh... Nanti ada masa kau ambil barang kau kat sana eh." Arah Khairul. Kirana pula hanya berkata okay.

"By the way, nah ni bagi family kau. Nanti datang tau. Tak datang siap kau." Kata Khairul sambil memberi surat jemputan ke majlis perkahwinan nya.

"Yelah-yelah. Ok lah. Aku balik dulu. Nanti papa risau pula. Bye! Kau jaga kakak aku elok-elok eh. Kak, kau bagitahu aku je kalau si Khairul ni dera kau. Aku belasah dia cukup-cukup." Kata kirana. Dia berjalan ke arah keretanya.

"Macam berani!" Sahut khairul.  Kirana hanya memandangnya tajam.

"Okay dik. Nanti aku inform kau. Dia ni memang selalu kacau aku!" Farisya pula menyahut.

"Kau dengar tu! Siap kau bang. Aku cincang kau 14!" Kata kirana semula. Mereka semua hanya tergelak selepas itu. Kirans terus pulang kerumah.

Sampai sahaja dirumah kirana terus masuk ke bilik. Dia hendak mandi. Selepas itu dia turun ke ruang tamu.

"MAMA! PAPA!" Jerit Kirana.

"Iyalah, mama kat sini. Kenapa?" Tanya mamanya.

"Minggu depan kita pergi majlis kahwin abang Khairul tau." Kata kirana setelah mama dan papanya duduk di sofa yang ia duduki.

"Dah buat majlis dah?" Tanya papanya.

"Haah. Lagi seminggu je. Abang suruh datang. Dia cakap kalau kita tak datang dia tak nak datang rumah kita dah." Kata kirana. Dia punya cerita ayah pin pun percaya.

"Ye je? Yelah-yelah nanti kita pergi. Minggu ni pun jadual papa tak penuh." Kata papanya.

Mereka mula bergurau senda disitu. Maklumlah, dah bahagia.

"Ana dengan Luqman macam mana?" Tiba-tiba papanya menyoal begitu.

"Okay je." Jawab Kirana ringkas.

"Tadi papa jumpa Tengku Kamarul. Dia kata Luqman nak pergi Australia dua minggu." Kata Dato' Adnan

"Tahu... Esok Luqman ajak keluar. Dia cakap nak luangkan masa dengan Ana sebelum dia pergi sana." Kata Kirana.

"Oh, pergilah. Tapi jangan balik lambat tau." Kata mamanya pula.

"Okay mama." Kirana terus memeluk mamanya.

"Peluk mama je? Kesian papa. Cari anak lain lah macam ni." Dato' Adnan pura-pura merajuk dengan anaknya.

"Pergilah cari kalau papa rasa papa nak hilang Ana lagi." Kata Kirana sambil menjeling papanya yang mengada itu.

"Hehe.... Papa gurau jelah. Papa nak peluk juga. Selalu mama je yang dapat." Kata Dato' Adnan terus memeluk anak dan isterinya.

"Mestilah, anak saya kan." Kata mamanya.

"Saya yang buat kan?" Dato' Adnan membidas.

"Saya yang lahirkan kan?" Datin Kairina juga tidak mahu kalah.

"Saya yang belikan susu dengan lampin dia eh." Dato' Adnan masih cuba untuk menang sedangkan dia tahu memang dia tidak boleh menang dengan isterinya.

"Eh, awak buat tu je. Saya yang masakkan dia. Basuh berak dia. Mandikan dia. Buat susu dia. Mandikan dia. Banyak lagi tau. Dan lagi satu, syurga tu di bawah tapak kaki ibu." Datin Kairina tersenyum sinis setelah membicarakan ayat itu.

"Ha,, yelah-yelah... Awak je nak menang..." Dato' Adnan sudah menjauh dari anak dan isterinya. Dia merajuk lagi.

Tiba-tiba leher Dato' Adnan ditarik oleh Kirana. Kini Kirana memeluk mama dan papanya.

"Sorang nak merajuk, sorang nak menang. Kalah Ana yang budak-budak ni." Kata Kirana sambil cemberut.

"Ey! Comellah." Kata Dato' Adnan dan Datin Kairina serentak. Kirana hanya mampu tersenyum kesal melihat telatah mama dan papanya itu.

To be continued
________________________________

Ko sabar jap. Lagi bape chapter je nak ending. Typo abaikan

MY SECRET IDENTITY✓Where stories live. Discover now