Keesokan harinya... Pada awal pagi...
Kirana pergi ke bilik disiplin dengan langkah yang malas. Beberapa minit kemudian dia telah sampai ke bilik itu.
Tok.. tok..
Dia mengetuk pintu itu. Tanpa sebarang sahutan di dalam, dia terus masuk."Assalammualaikum. Cikgu... Cikgu kat mana" Kirana terus duduk di tempat yang disediakan di bilik itu.
Dia menoleh ke arah suatu bilik dengan berkerut. Dia mendengar ada suara orang di dalam bilik itu. Tiba2 pintu itu terbuka. Dia melihat Lara yang membuka pintu.
"Kau buat apa kat dalam tu?" tanpa salam atau kata sapaan dia terus menyoal Lara.
Lara kelihatan terkejut selepas melihat Kirana yang berada di bilik itu. Tanpa menjawab soalan Kirana dia menanya "Bila kau sampai sini?" dengan riak terkejut.
"Kenapa kau tak jawab soalan aku? Aku tanya kau, kau buat apa?" Soal Kirana dengan sedikit marah.
"Kau tak perlu tahu lah. Bukan hal kau pun" Lara membela diri.
"Aku akan cari tahu apa yang kau buat kat situ dan aku akan pastikan kau melutut kat aku sama macam kawan kau si Sarah tu" sinis kirana.
"Awal korang sampai. Dah sedia terima hukuman ke?" Kata2 cikgu Hanif mengejutkan mereka.
Lara menunduk dan Kirana melihat kearah cikgunya dengan muka tak bersalah.
"Haah cikgu. Kitorang tak sabar nak dapat denda. Apa dendanya cikgu?" Tanya Kirana sambil tersenyum manis.
Cikgu Hanif duduk di tempatnya dan mengeluarkan dua helai kertas. "Baiklah, kalau macam tu, korang kena buat tugasan dalam kertas ni. Aku nak hari last sekolah benda ni ada kat atas meja aku dan ada dua helai macam sekarang. Dan aku akan pastikan korang ikut arahan. Aku akan perhatikan korang. Faham?" Cikgu Hanif berkata dengan tegasnya.
"Okay cikgu" kirana mengambil kertas itu dan keluar diikuti Lara yang masih menunduk. Kirana melihat kertas itu, disitu ada 10 kerja yang dia dan Lara harus lakukan. Antaranya... minta maaf sama2, berbaik dan macam2 lagi. 'Are you serious. Berbaik? Lambaaat lagi. Aku hanya akan pura2 baik jer dengan kau Lara
Rehat.. di kantin...
Kirana pergi ke meja Lara yang sedang makan. "Jadi kau nak berbaik ke?" Kirana tersenyum sinis.
"Cikgu suruh kan? Jadi kita kenalah berbaik. Lagi pun Sarah takde. Jadi aku takde kawan. Jadi kenalah buat baik dengan orang kan?" Lara menyuap makanan nya lagi.
"Okay" Kirana menghulurkan tangannya ke arah Lara tanda berbaik. Lara pun menyambut tangan itu dan tangan mereka berpaut. Selepas berapa saat Kirana melepaskan tangannya dan berlalu pergi.
"Jangan lupa esok" sambil berjalan meninggalkan Lara. Ya, diorang rancang nak buat semua tu esok. 'Kau akan dapat balasannya Lara...'
____________________________Lara masuk ke keretanya lalu pergi ke satu tempat, yang penting bukan rumah dia.
"Kenapa aku macam kenal si Farhana tu. Ish!! Sakit kepala aku. Dah lah dia hampir nampak apa yang aku buat dekat bilik tu tadi. Kalau dia tahu camne" kata Lara sambil berkerut memikirkan hal tadi.
FLASHBACK... LARA POV
Aku masuk ke bilik peribadi cikgu Hanif. Aku menyelak beberapa buah buku. "Aku nak tahu kenapa si Farhana tu sama macam Kirana. Mesti ada apa2 maklumat kan kat sini. Sebab cikgu Hajar pernah cakap maklumat form 1 sampai 3 cikgu Hanif yang pegang. Tiba2 ada orang yang masuk ke dalam bilik ni.
Aku keluar dan terkejut melihat Farhana ada disini. 'SH*T!! Habis rancangan aku' kataku dalam hati'.
END FLASHBACK AND POV
____________________________Luqman keluar dari keretanya dan pergi ke sebuah cafe. Dia duduk di satu yempat yang sedikit tersembunyi. Dia ingin berjumpa dengan seseorang.
"Assalammualaikum bro. Dah lama ke sampai" tiba2 datang seorang lelaki sbil menghulurkan tangannya ke arah Luqman.
Luqman menyambut huluran itu. Lelaki tersebut pula duduk di depan Luqman. "Eh, tak lah. Aku pun baru sampai"
"So, apa yang kau nak bagitahu aku?" Soal Aiman iaini sepupu Luqman. Dia adalah hacker dan penyiasat yang paling bagus.
"Aku nak kau siasat sorang budak ni. Nama dia Kirana Adriana. Aku dah dapat banyak info pasal dia. Cuma...." Kata2 luqman tersangkut.
"Cuma?" Kerut Aiman. " Okey, camni cerita dia. Aku diberi tugas oleh bapak aku untuk siasat sorang budak perempuan ni. Bapak aku cakap dia dah lama menghilang. Aku dah dapat info pasal sekolah dan nama dia yang baru. Jadi aku nak kau tolong aku untuk cari siapa yang tolong dia selama ni and banyak lagi lah. Aku rasa dia dah tahu aku siapa. Jadi, aku perlukan pertolongan kau. Boleh?" Kata Luqman panjang lebar.
"Jadi kau ada tak gambar or anything yang aku boleh detect dulu?" Soal Aiman.
Luqman mengeluarkan sekeping beg kertas. Di dalamnya banyak perkara tentang Kirana. "Dalam ni ada gambar dia dan banyak lagi" kata Luqman. Aiman cuma menganggukkan kepalanya.
Selepas itu, mereka pun berbual kosong.
To be continued...
____________________________Sorry kalau tak best. Abaikan typo kalau ada.
Jangan lupa vote ya..
Sayonara...
YOU ARE READING
MY SECRET IDENTITY✓
General FictionKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...