9

123 15 1
                                    

Aku berjalan secara perlahan, ku lihat ada beberapa orang sedang masuk ke dalam sebuah banglo usang yang berada di sebalik hutan yang tidak tebal itu. Aku tersenyum sinis lalu melihat kearah sebuah tingkap yang berada di luar banglo itu. Aku menarik nafas dan menghembusnya lalu pergi ke arah banglo itu.

"Ana kau dah sampai belum?” kata Pia dengan nada kerisauan.

"Dah" jawab Kirana sepatah.

"Ok, pergi kat semak tu dulu. Bagi aku check ada orang tak kat situ" kata Pia seraya mendengar jawapan Kirana. Kirana hanya mendiamkan diri.

"Ok, takde orang lagi kat dalam bilik tu tapi dekat pintu ada pengawal. Macam mana kau nak masuk? Aku rasa ada cctv kat bilik tu" tanya Pia lagi.

"Boleh tak kau hack sistem dalam rumah ni?" Tanya Kirana.

"Boleh, tapi makan masa" balas Pia.

"Kau suruh Khairul tolong" kata Kirana.

Sofiea hanya membalas 'okey' lalu berkata "Bagi aku 15 minit" Kirana hanya diam tidak membalas.

"Okey siap" kata pia lagi.

Kirana berjalan lalu masuk ke banglo itu menggunakan jalan rahsia yang dibuat di rumah itu. Sampai sahaja di satu bilik, Kirana terus menyelongkar bilik itu. Dia mencari sebuah fail yang berharga baginya.

"Ana cepat, kau ada masa 10 minit lagi" risau Pia dalam talian.

5 minit selepas itu, Kirana telah jumpa apa yang dia cari lalu tersenyum sinis.
"Aku dah dapat" katanya.

"Okey, cepat" kata Pia dengan gembira.

Sebelum meniggalkan bilik itu, Kirana menyelitkan satu lambang di bahagian fail2 tersebut lalu pergi.
____________________________

"Ni" kata Kirana sambil mencampakkan fail yang 'dicuri' tadi.

Khairul merenung fail itu lalu diambilnya dan dibaca. Dia menconteng sedikit fail itu untuk dijadikan maklumat.

Kini semua ahli di dalam villa itu sudah duduk di depan ketua mereka termasuklah Kirana. Mereka merenung ketua mereka dengan pandangan puas hati.

"Ok, aku dah semak semua maklumat kat dalam ni. Aku akan serahkan fail ni dekat Amelia dan Amir untuk copy benda penting. Dan aku nak korang semua jangan datang kat sini dalam beberapa hari. Kalau nak datang juga korang tak boleh keluar. Faham" kata Khairul tegas. Dia adalah ketua bagi kumpulan mereka.

Semua mengangguk tanda faham. Kirana berdiri lalu mengambil beg nya yang berada di sofa.

"Aku blah lu" kata Kirana terus keluar dari villa itu.
____________________________

Seorang lelaki memasuki bilik yang dimasuki oleh Kirana tadi. Membuntang matanya apabila melihat biliknya itu bersepah. Dia berjalan keluar lalu memanggil orang suruhannya.

"Korang jaga betul² tempat ni?!" Kata lelaki itu dengan muka bengisnya. Semua yang berada di situ takut untuk melihat muka boss mereka yang macam hantu nak makan orang tu.

"B-betul lah boss kitorang jaga" kata salah seorang orang suruhan di situ dengan tergagap-gagap.

"Jaga amende nya!!" Kata lelaki itu lalu menarik beberapa orang suruhannya ke biliknya. "Cuba korang terangkan apa yang korang jaga lagi tadi!!" Tengkingnya lagi.

"Aku nak korang kemas tempat ni dalam masa 45 minit. Tak siap lagi aku pancung kepala korang. Faham!!" Kata lelaki itu. Mereka hanya menganggukkan kepala.

Lelaki itu keluar lalu pergi ke bawah tanah untuk memeriksa orang tahanannya. Dia membuka mangga yang mengunci pintu di ruang bawah tanah itu lalu menolak pintu itu dengan kasar.

MY SECRET IDENTITY✓Where stories live. Discover now