Tiba2....
"SPLASH!!"
"Kau pahal!!! Tak puas hati ngan aku sangat kenapa. Eh pompuan kau ingat kau tu bagus sangat ke hah!! Eyy!! Aku sebenarnya dah lama nak lempang muka kau yang cantik molek tu tau. Tapi tulah aku kesian nanti acik kleaner kena bersihkan satu sekolah ni sebab tepung yang kau pakai tu!!". Kata Kirana dengan marah dan terus menolak Sarah sehingga jatuh."Padan muka kau. Tulah suka sangat sakitkan hati kawan aku kan. Mendapatlah jawabnya. Dah segar dah cik Kirana yang acah baik ni" kata Lara kawan baik Sarah a.k.a orang yang fitnah Kirana. So kat sini readers dah tahu apa kaitan Lara dengan Kirana.
"Kau diamlah betina. Sebelum aku cili mulut kau guna cili makcik kantin, baik kau diam!!" Jerit Kirana kepada Lara. Tengoklah berapa bencinya si Kirana ni dengan Lara. "Masalahnya yang kau tolak tu kawan aku. Kau faham tak!!" Kata Lara. "Korang ni kan....."
"PANG!!!"
"Sakit lah bodoh!!" kata Sarah dan Lara serentak. "Baru padan muka kau. Kau tak kenal lagi aku yang sebenar. Tapi korang memanggil dia untuk datang" kata2 terakhir Kirana sebelum pergi meninggalkan kantin.
'Bodoh punya betina. Habis baju aku basah. Lagi satu, si Lara tu pahal lah menyibuk sangat. Sabar Kirana, dia akan dapat balasan dia sebab dia buat kau macam ni'.
____________________________Di rumah.....
"Assalamualaikum, Mak Jah. Hana dah balik...." Kata Kirana. "Waalaikumsalam, ni kenapa ni. Badmood jer. Okey ke tak ni?" kata Mak Jah risau. "Takde pape lah. Tadi kat sekolah ada orang cari pasal. Tu yang badmood" kata Kirana seperti anak mengadu kepada ibunya.
"Lepastu Hana buat apa?" Soal Mak Jah "Hana balas lah balik" jawab Kirana sambil tersengeh. Mak Jah menggelengkan kepalanya dengan perangai Kirana.
____________________________"Kenapa aku macam kenal si Farhana tu eh? Dia macam kisah silam aku. Tapi siapa? Siapa kau Farhana Natasya....." Monolog Lara sambil menunggu seseorang.
"Hello sis, termenung apa tu...." Kata si Sarah. Ya, Sarah yang ditunggunya lagi tadi. "Hish kau ni, lain kali bagi lah salam" Kata Lara terkejut. "Kau tak jawab lagi soalan aku.... Kau menung apa tu Lara oi" Usik Sarah lagi. "Tak de papelah. Sibuk je kau".
"Alah, kita kan BFF. Bagitahulah...." kata Sarah dengan nada manja.
'Huh, BFF lah sangat. Kau masih tak perasan ke Sarah yang aku ni pergunakan kau jer'. "Sibuklah kau, dah jom starbucks" kata Lara. "Jom!!!" Kata Sarah girang.
____________________________"Dah lama aku tak main benda ni. Kita nak main lagu apa eak? Memories lah" monolog Kirana sambil memegang piano yang berada di salah satu bilik di rumahnya iaitu dia panggil bilik muzik. Rumah Kirana ni banyak bilik antaranya, bilik dia, bilik bibik, bilik muzik, bilik gim, banyaklah lagi.
Readers semua boleh scrool dia atas untuk menyanyi tak pun mengetahui lirik nya....
Selesai bermain piano, Kirana pon bergerak ke biliknya. Sampai sahaja dibiliknya.....
"Hmm.... Rindunya mama.... Agak2 mama masih ingat aku tak eh. Takpe ma, Kirana akan tunjukkan segala-galanya satu hari nanti. Lara, kau kena terima balasan atas apa yang kau dah buat!!!" Jerit Kirana seorang diri.
"Hana, okey tak tu. Kenapa jerit2 ttu" kata Mak Jah yang terdengar jeritan Kirana. "Ok, jer Mak Jah. Takde pape. Cuma nak hilangkan stress.
"Yelah.... Lain kali jangan jerit macam tu tau. Risau Mak Jah". "Yelah Mak Jah. Good night Mak Jah"
"Jangan lupa baca doa tidur ya". "Ya, Mak Jah"
____________________________Keesokan harinya.... Pada waktu rehat disekolah.
Kirana pov....
Aku berjalan menuju ke taman bunga sekolah. Sampai sahaja di disitu, aku duduk di bangku yang disediakan. Aku pun menikmati pemandangan dan udara yang segar disitu sambil menangkap gambar beberapa jenis bunga di handphone ku. Sekolah aku ni sekolah orang kaya, tu yang boleh bawak phone. Uniform sekolah pun boleh tahan cantik.
Sedang aku ralit menangkap gambar, aku ditolak oleh seseorang.......
To be continued....
**************************
Heyyo!!!! Wahai para readers cerita 'MY SECRET IDENTITY' author mintak siapa yang rajin sila vote dan komen ya. SAYA ULANGI!!! SIAPA YANG RAJIN SAHAJA DAN BERMINAT DENGAN CERITA INI, TAPI SIAPA YANG NAK VOTE, VOTELAH. TITEW TAK KISAH. Bye semua!!
YOU ARE READING
MY SECRET IDENTITY✓
Fiksi UmumKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...