21

63 11 4
                                    

Kirana pengsan kerana terlalu terkejut apabila melihat ibu bapanya ada di hadapan matanya. Macam kau nak hantar homework yang dah berbulan tak siap pastu tiba-tiba cikgu yang minta dulu. Auto berdebor wey!!

"Luqman balik dulu lah. Nanti ada masa Luqman singgah." Setelah meletakkan Kirana di katilnya Luqman berhajat untuk pulang kerana dia telah melihat bakal bapa mertuanya (berangan!) itu menatap tajam mukanya.

"Dah nak balik dah, sekejap nya." Kata Dato' Adnan pula. Adui, orang dah cakap jangan ditegur. Terus pucat muka Luqman.

"A-ada kerja nak buat.... U-uncle dengan a-auntie duduklah sini...." Kata Luqman tergagap-gagap. Tak harini esok kau mati man.

"Duduk sini. Uncle nak bincang something." Dato' Adnan bercakap dengan tegas dan hampir marah. Luqman hanya akur walaupun dia tahu sebenarnya dia akan dikelar sekejap lagi.

"Ye, uncle. Uncle nak bincang apa?" Tanya Luqman.

"Kenapa sorokkan benda ni? Ni penting bagi kami tau. Ini anak kami!" Ha sudah, rimau dah bangun dah. Habiskau Luqman.

"S-saya nak siasat dulu. Lagipun, kenapa uncle dah buang Riana tapi uncle nak dia balik. After dia berjuang sendiri kenapa uncle nak dia balik. Uncle yang buang dia. Kenapa? Uncle menyesal. Menyesal sebab buang dia. Sebab uncle dah tahu cerita sebenar. Macam tu?!" Kini apa kemarahan dua orang lelaki itu sudah memuncak.

"Berani kamu ya. Aku ni bapak Ana. Aku tahulah." Bengang Dato' Adnan.

"Bapak? Apa erti ayah dalam hati uncle. Uncle ingat uncle boleh buat macam tu kat Riana sebab uncle ni bapak dia ke?! Uncle lebih pentingkan pengkhianat yang racun uncle tu daripada anak sendiri!" Nada Luqman naik seoktaf. Dia marah. Marah sebab semasa Kirana dihalau Dato' Adnan masih lagi bekerjasama dengan lahanat tu.

Mereka sudah mula bertumbuk dan bergaduh. Mak Jah cuba hentikan mereka tapi tidak berjaya.

"Kau lebih percaya orang lain daripada family kau! Kau ingat orang luar tu baik sangat ke! Kau ingat kawan kau tu nak sangat berkawan dengan kau ke! Dia cuma nak harta kau jelah Dato' Adnan!" Marah Luqman. Tiada lagi kata-kata hormat yang berada dalam mulutnya.

"Apa kau tahu pasal keluarga sedangkan abang aku pun halang aku daripada berjaya!" Ya, selama ini dia memang berdendam dengan abangnya sendiri iaitu pak long Kirana.

"Sebab dia tak nak kena tipu. Dia tak nak tertipu dengan kekayaan!" Luqman pula membalas penumbuk yang Dato' Adnan berikan pada perutnya. Darah mula memercik di bibir mereka. Mata pula sudah lebam. Pergaduhan antara bakal menantu dan bapa mertua yang sangat dahsyat ya.

"ENOUGH!!!" kata seseorang lalu menyepak kedua-dua perut dua lelaki yang bergaduh itu.

"Cukup! Tak puas lagi ke korang sakitkan aku dan sekarang nak bergaduh dekat tempat aku pula!" Kirana yang terbangun kerana mendengar bunyi bising terus keluar lalu memberikan tendangan padu kepada dua orang itu

"Ana. Ana dah bangun." Mamanya memeluknya. Datin Kairina sudah menangis disitu. Luqmna dan Dato' Adnan pula sudah terbaring lemah.

"Hisyhh! Tak cukup lagi ke kacau hidup aku sampai nak bergaduh kat sini!" Marah Kirana. Dia baru sahaja melepaskan beban kini ada beban baru pula. Dia menarik tangan kedua-dua orang yang berbaring itu untuk disuruh duduk.

Mak Jah yang sudah mengambil First-Aid itu menghulurkan bekas itu kepada Kirana. Kirana membuka belas itu lalu dikeluarkan ubat-ubat yang berada didalam. Suasana menjadi hening seketika.

Kirana menyapu ubat kepada papannya dan Luqman. Ditenyeh-tenyeh sedikit kuat untuk melepaskan geram yang terbuku.

"Janganlah kuat sangat... Sakitlah...." Rengek Luqman. Dato' Adnan yang mendengar hanya berkerut melihat mereka berdua.

"Tahu pun sakit! Tadi time gaduh tak sakit pulak!" Makin ditonyohnya kuat. Apa lagi, meraunglah si Luqman tu. Ibu bapa mereka yang melihat adegan itu hanya mampu tersenyum.

"Ish... Sakitlah. Buatlah slow-slow... Tak sayang kita lah tu." Maki. Mengada-ngada pula....

"Nak makan pelempang ke?" Kirana memandang Luqman tajam. Luqman hanya menggeleng. Setelah siap Kirana meninggalkan mereka semua.

Luqman terus pergi ke arah Dato' Adnan. Dato' Adnan pula kelihatan bingung.

"Uncle, saya minta maaf. Saya hilang hormat tadi. Saya terikut amarah saya. Saya cuma bengang je time tu. Maafkan saya sangat-sangat." Kata Luqman sambil menyalam tangan bakal bapa mertua. Dato' Adnan pula hanya terdiam disitu.

Kirana datang semula sambil membawa satu beg plastik. Dia mencampakkan bag itu kearah Luqman.

"Oi, jangan campak. Rosaklah nanti." Kata Luqman sambil menyambut beg yang berisi barang itu.

"Ada aku kisah.... Dah kau pergi balik sana. Nanti dah sampai rest betul-betul. Kalau penat esok tak payah jumpa aku. Kau pergi je class kau." Arah Kirana. Luqman sekarang sedang belajar di universiti.

"Okay...." Luqman menyalam kesemua disitu kecuali Kirana. Lalu berjalan ke pintu. Kirana pula mengikut Luqman ke arah pintu.

"Bye, take care." Kata Kirana.

"You too, babe. Bye sayang. I love you." Kata Luqman sambil mengusap rambut Kirana yang terdedah itu. (Dah kena tendang pun still nak bersweet. Sakit pulak hati kita😤)

Kirana hanya tersenyum sahaja.

"Sweet nya lahai!!" Laung Mak Jah yang melihat aksi itu.

"Mana ada!" Kirana menafikannya sedangkan dalam hati.....

"Papa!" Kirana berlari kearah papanya.

"Ada sakit kat mana-mana tak. Kuat tak mamat tu tumbuk papa. Sian papa Ana...." Tanya Kirana melihat setiap inci tubuh papanya....

"Papa okaylah, tak kuat mana pun. Tendangan Ana tadi yang sakittttt sangatttttt." Dato' Adnan memerli anaknya sendiri.

Kirana hanya tersengih. Dia memeluk mamanya. Air mata terkeluar sedikit kerana sebak.

Mereka  berbual untuk melepaskan rindu.

"Jadi Ana nak tinggal sini dulu lah ni?" Tanya papanya. Kirana hanya mengangguk.

"Ya. Ana nak duduk sini sampai habis sekolah lepastu baru duduk dengan mama and papa." Jawab Kirana.

"Ana tahu tak yang uncle Mokhtar dah tiada." Tanya papa Kirana.

"Tahu." Itu sahaja yang mampu dia ucap buat masa itu.

"Papa rasa senang hati pula bila dia dah tiada. Rasa tenang. Papa tak sangka selama ni papa dah kena tipu dengan dia." Dato' Adnan sedikit kecewa pada nada yang diucapkannya.

Kirana hanya diam. Dia tidak tahu mahu cakap apa pada waktu itu. Dia cuba untuk menyembunyikan raut wajah nya yang mula memucat.

"Ana okay? Kenapa pucat je ni?" Mamanya menyoal dirinya pula. Aduh mama ni. Tak boleh ditipu lah.

"Okay je. Cuma sejuk sikit." Kata kirana.

"Kalau macam tu pergi masuk bilik sana. Papa dengan mama tidur sini harini." Kata mamanya pula. Kirana hanya membuat simbol 'ok'

Selepas bersalaman bersama mama dan papanya. Kirana masuk ke bilik. Dia tidur dengan nyenyak pada malam itu.

To be continued
________________________________

Serious aku rasa cerita ni dah nak habis.
Siapa yang rajin nak comment cer cakap korang nak sad ke happy ending. Sebab aku dah ada idea aku sendiri. Tapi mana tahu dengan pilihan korang aku boleh ubah idea kan....

MY SECRET IDENTITY✓Where stories live. Discover now