Luqman kehulur kehilir. Dia sedang menunggu keluarganya di luar wad kecemasan. Perasan cemasnya memuncak. Dia hampir menangis.
Dia dapat tahu bahawa keluarganya pergi ke tempat penculikan itu. Dia tahu sebenarnya penculik sebenar itu adalah Arfan. Tapi dia sembunyikan.
Selama ini dia menyiasat sendiri tentang kes ini. Dia juga tahu bahawa Sarah juga diculik. Ya! Dia tahu segala-galanya. Cuma dia sembunyikan supaya keluarganya tidak berada dalam bahaya. Tapi malangnya ini yanv terjadi.
Semasa mendapat berita tersebut dia terus membeli tiket flight dan terus balik ke Malaysia. Hatinya memang rasa tidak sedap hati. Dan sekarang, dia berada di hadapan wad kecemasan.
Dia menyesal, sangat menyesal kerana dia lambat untuk selamatkan ahli keluarganya sendiri. Dia anak tak guna!
Luqman menenangkan dirinya. Dia cuba menahan air mata.
"Hey." Sapa seseorang.
"Kau dah sampai, macam mana dengan diorang." Tanya Luqman. Khairul yang menyapanya tadi. Setelah menyelesaikan semua kes, Khairul pula bergegas ke hospital.
"Diorang okay. Arfan pula, dia mengalami tumpahan darah yang banyak. Jadi dia dirawat dekat hospital yang berdekatan dengan Balai Polis." Jawab Khairul.
Sebenarnya Luqman dan Khairul yang menyiasat kes ini. Kerana memikirkan terlalu bahaya untuk semua orang tahu, jadi mereka sembunyikan. Tapi tak sangka jadi macam ni.
"Kenapalah dia tak mati je eh? Kalau mati lagi aman dunia." Luqman berkata begitu dengan api kemarahan yang membuak-buak.
Tiba-tiba seorang doktor lelaki keluar daripada wad kecemasan itu. Luqman terus bangkit dari duduknya. Manakala Khairul pula memandang doktor itu.
"Erm... Saya cuma nak cakap.... Tengku dan Dato' selamat. Mereka telah pun sedar dan akan dipindahkan ke wad biasa. Cik Kirana pula akan dipindahkan ke wat i.c.u buat masa sekarang kerana dia mengalami tumpahan darah yang banyak." Ucap doktor itu lalu beredar dari situ. Khairul dan Luqman pula hanya terdiam.
Mereka melihat dua tubuh yang berbaring di atas katil hospital itu sambil ditarik oleh nurse-nurse yang ada. Muncul sedikit senyuman oleh Luqman kerana lega bapanya selamat.
Mereka mengekori jururawat itu. Setelah sampai mereka membiarkan jururawat memeriksa pesakit. Setelah selesai, mereka masuk ke dalam bilik wad itu.
"Hai pa."
"Hai Dato' dan tengku."
Khairul dan Luqman menyapa mereka yang terbaring. Walaupun mereka dah sedar, tetapi mereka tidak boleh bergerak terlalu agresif.
Dato' Adnan dan Tengku Kamarul hanya tersenyum. Beberapa minit kemudian, Datin Kairina dan Puan Umairah pula sampai. Mereka terus ke suami masing-masing.
"Abang okay?" Tanya Puan Umairah kepada Tengku Kamarul.
"Okay je...." Jawab Tengku Kamarul.
"Awak, macam mana boleh jadi macam ni...?" Manakala Datin Kairina sudah menangis teresak-esak.
"Ni semua salah kami...." Kata Luqman dan Khairul serentak. Semua orang memandang mereka.
Khairul dan Luqman terus menceritakan perkara yang sebenar.
Habis je cerita, Datin Kairina semakin teruk menangis. Baru sahaja dia ingin bahagia bersama anaknya kini perkara begini pula terjadi.
Luqman hanya memandang Datin Kairina dengan perasaan sebersalah. Sayu sahaja bilik itu.
Tiga hari kemudian....
Kirana sudah dipindahkan ke wad biasa tetapi dia masih tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
MY SECRET IDENTITY✓
General FictionKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...