14

96 14 5
                                    

Dia berjalan di koridor sekolah ingin menuju ke kelas. Dia tersedar seseorang sedang mengekorinya. Dia berhenti. Orang itu juga turut berhenti. Dia berjalan kembali. Perkara sama diulangi dekat tiga kali.

Dia memusingkan badannya ke arah belakang. Terlihat seorang remaja lelaki yang dia kenali sedang tersenyum kecil melihat dia pusing ke belakang.

"Kau buat apa ikut aku ni?" Tanya Kirana.

"Mana ada aku ikut kau. Kita sekelas kan. Memang kena guna jalan ni." Jawab Luqman.

Kirana terdiam mendengar ayat Luqman. Ya tak ya juga kan, diorang sekelas. Dan ini sahaja jalan yang boleh menuju kearah kelas mereka. Kirana hanya mengganguk.

Sampai di kelas, Kirana melihat ada dua makhluk yang berada di tempat duduk nya sambil membuat operasi di mejanya. Kirana mmengeluh kecil.

Lara dan Sarah melihat Kirana datang ke arah mereka. Mereka hanya tersenyum sinis sahaja. Tahu yang harini ada spotcheck, mereka akan berbuat begini. Lara dan Sarah duduk ditempat mereka.

Kirana melihat mejanya yang ada kata² kesat dan lukisan yang buruk di mejanya. Nak melawan? Itu sesuatu perkara yang kirana benci.

Dia mengambil tisu di dalam beg nya lalu membasahkan tisu itu menggunakan air botolnya. Bajunya yang basah sedikit kerana air yang dituang tadi dihiraukan. Dia mengelap dengan penuh sabar. Api kemarahannya cuba di tenangkan.

Dia duduk di tempatnya. Tiba² ada benda yang terhempas tepat dibatas kepalanya. Sakit, itu yang dia rasa. Tapi dia biarkan sahaja.

Terlihat beberapa rakan sekelasnya mengetawakannya. Dia hanya membiarkan sahaja sampailah guru yang mengajar di kelas mereka datang.

Waktu rehat.
Waktu yang dia benci. Sama macam selalu, akan dijadikan hamba abdi.

Melangkah ke kaunter kantin dengan langkah yang longlai. Dia duduk di sebuah meja tidak jauh dari kantin. Sambil menikmati pemandangan yang cantik, dia memikirkan apa yang jadi kalau dia ditemukan dengan ibu bapanya..

"Hi" seseorang menyapa Kirana. Kirana yang sudah tahu akan kehadiran Hamba Allah itu menyuruh nya duduk.

"Aku nak tanyalah." Ujar Luqman.

"Hmm..." itu sahaja yang kirana mampu balas.

"Kenapa kau rela berdiam kalau budak² tu kacau kau?" Soal Luqman.

"Bukan apa, aku cuma malas nak keruhkan keadaan. Lagipun lagi 2 bulan kan nak pt3. So, better aku study." Ujar Kirana lalu menyumbat penghabisan roti ke mulutnya.

"Kalau aku ajak kau study sama² boleh?" Soal Luqman lagi. Kirana mengangguk.

Kirana melihat orang disekelilingnya. Semua memandangnya tajam. Ada yang berbisik bisik. Tetapi Kirana hanya membiarkan sahaja.

Luqman yang perasan dengan suasana itu berkata. "Kau tak payah lah nak pandang diorang. Diorang jealous tu sebab kau sorang je yang dapat rehat dengan aku macam ni." Luqman tersengih.

Kirana membuat role-eyes. 'Perasan nau mamat ni.'  Bisiknya dalam hati.

"Habistu, Sarah?" Kirana bermain tarik tali dengan Luqman. Senyuman yang mekar dibibir Luqman sebentar tadi terus lesap sepenuhnya. Dia terdiam seribu bahasa.

"M-mana a-ada. Dia yang datang dekat aku. Aku tak suka dia pun." Jawab luqman gagap.

Kirana sengih sinis. "Aku x tanya pun kau suka dia ke tak? Kau suka dia eh?" Kirana bermain lagi. Kalini ini dia melihat pipi Luqman yang kemerah merahan menahan malu.

'Aku suka kau lah. Bukan dia. Haishh!!'. Kata Luqman dalam hati. Luqman hanya mendengus kasar.

Kirana hanya sengih. Pertama kali dia berkawan dengan lelaki. Selama ini, dia dengar perkataan lelaki pun tak suka.

”So, bila kau nak mula study sama² tu?" Tanya Kirana.

"Nanti aku inform kau." Jawab Luqman. Mereka memang ada nombor telefon masing². Sejak mereka berkawan, mereka memberi nombor telefon masing². Alasan, senang nak tanya pasal kerja sekolah.
____________________________________

Petang itu Kirana pergi ke villa. Sudah beberapa bulan dia tidak menjejakkan kaki ke villa itu.

Dia melangkah masuk kedalam. Terlihat beberapa rakannya terbaring di lantai, sofa and the last one yg paling pelik adalah terbaring kat meja. Kau rasa.

Kirana melangkah masuk dengan wajah yang kepelikan. Dia melihat semua yang berada di dalam villa itu tidak teratur. Macam ada pergaduhan yang berlaku.

Kirana masuk ke biliknya. Tiba² mulutnya di tekup dengan tangan. Dia cuba menjerit tapi hanya kedengaran di bilik itu sahaja.

"Ini aku lah." Ucap Rizal berbisik. Kirana tidak lagi menjerit setelah mendengar suara itu. Rizal menyuruh kirana diam.

"Asal ni?" Bisik Kirana.

"Lara." Jawab rizal sepatah.

Mata Kirana menbulat. Dia berdiri ingin keluar tapi ditarik oleh rizal. "Khairul tengah settle." Ucapnya bagi menenangkan Kirana.

Kirana yang cemas cuba menenangkan dirinya. "Cuba kau bagitahu aku, apa yang jadi sebenarnya." Pinta Kirana.

Rizal menceritakannya..

Flashback, Rizal pov

Aku terdengar bunyi tembakan daripada luar. Aku bergegas keluar dari dapur ke dalam ruang tamu. Terlihat beberapa rakan aku sudah terbaring tidak sedarkan diri.

Aku menyelinap keluar dari pintu belakang. Terlihat Khairul berada di situ bersama-sama pihak musuh. Aku cuba memanggilnya. Dia yang perasan cuba memberi arahan untuk menyembunyikan diri. Aku cuma akur arahannya.

Selepas itu, aku terus ke markas kedua kami. Disitu ade beberapa orang dalam villa yang datang kesini.

Pagi itu aku pergi ke villa semula dan melihat keadaan sama seperti semalam. Terlihat Kirana. Aku terus bergegas ke arahnya.

End flashback...

"Asal kau tak bagitahu aku malam tadi!” bentak Kirana.

"Diam gila, nanti orang dengarlah. Aku nak bagitahu kau malam tadi. Tapi takut kau tengah study. Yelah, budak nak exam kan..." Jawab Rizal selamba.

Kirana membuka pintu untuk keluar mencari Khairul. Buka sahaja pintu.

"Gedebuk!" Kirana jatuh terduduk di lantai.

"Weh, kau ok tak?" Rizal bertanya. Tapi dia berdiri tegak dan tidak berganjak disitu.

Kirana mendongak ke atas. Dia tersenyum sinis.

"Do you want to play, master?" Ujar Kirana sinis selepas membangunkan dirinya sendiri.

To be continued
____________________________________

After a long time x update. Harini saya mengupdate cerita ini.

Vote
Comment
Typo roger
Tak faham, faham² kan jelah.

Just want to say, i feel i want to unpublish this story...

Just kidding... 🙃

MY SECRET IDENTITY✓Where stories live. Discover now