Masuk hari ini, sudah 3 hari Kirana dan Lara sudah berbaik... maybe... Mereka bejalan seiringan ke kelas dengan muka masing2 masam mencuka.
Kirana duduk di tempatnya lalu membaringkan kepalanya di meja. "Huh.. just a few days more" katanya sambil mengeluh.
Lara pula hanya memerhati. Sejak akhir2 ini dia rasa dirinya seperti diikuti oleh seseorang. Dia juga selalu mendapat mesej yang menakutkan seperti 'kau akan terima balasan atas apa yang kau buat'. Dia cuba menyiasat tapi tidak mengetahui siapa pelaku itu. Dia juga cuba menyiasat identiti Farhana. Dia merasakan gadis itu ada menyembunyikan sesuatu di sekolah itu. Tapi masih tidak jumpa.
Tiba2 seorang guru perempuan masuk. Namanya cikgu Farah. Dia mengajar subjek sejarah di sekolah itu. Dia memberi salam lalu dijawab oleh anak2 muridnya.
"Ok, harini saya akan memberitahu result yang kamu semua dapat pada ujian sejarah tingkatan tiga pada minggu lepas".
Mendengar kata2 guru itu semua murid2 di dalam kelas itu senyap. Inilah keputusan yang mereka nanti nantikan.
"Ok, saya akan memberitahu tahu nama daripada first. First, markah tertinggi dengan peratusnya 98% adalah Muhammad Luqman Hakim bin Muhammad Rizwan"
Mendengar kata2 guru tersebut, Kirana terus memandang gurunya lalu memandang Luqman. Dia agak terkejut kerana telah ada orang yang telah memperoleh markah tertinggi daripadanya.
"Second,markah kedua tertinggi peratusnya 96% adalah.... Semua pasti tertanya tanyakan... Orangnya adalah Farhana Natasya.... Ya, pelajar terbaik sejarah kita telah dikalahkan oleh pelajar baru. Jangan terkilan ya Farhana, awak dah buat yang terbaik" kata cikgu Farah panjang lebar. Kirana hanya tersenyum nipis.
Cikgu Farah meneruskan nama hingga akhir.
____________________________Kirana pergi ke villa iaitu tempat dia merancang segala-galanya. Dia masuk ke dalam villa itu lalu duduk di atas sofa sambil mengeluh.
Tiba-tiba...."Hi awak...." Sapa seseorang dengan nada yang menyeramkan.
Kirana terjerit kecil lalu terus bangun. Dia terkejut melihat Rizal yang dah tersengih melihatnya yang terkejut itu. "Kau pahal, teringin nak kena kaki ke!" Marah Kirana.
"Lek lah, tu pun nak marah"
Sengih Rizal.Kirana hanya duduk kembali dan memejamkan matanya lalu mengeluh. Hari ini dia rasa seperti penat yang teramat.
"Kau pahal ni, kusut semacam?"tanya Rizal. Dia duduk di sebelah Kirana lalu menyandarkan kepala Kirana di bahunya.
"Kau nampak Khairul tak?" Kirana hanya membiarkan soalan Rizal tadi.
"Ish kau ni, aku baru nak bersweet2 ngan kau. Boleh pulak kau tanya pasal mamat sewel tu" cemberut Rizal.
"Apasal cari aku?" Tanya seseorang yang berada di belakang lalu duduk disofa single yang bersebelahan drngan tempat duduk Kirana dan Rizal.
"Hah, tu Khairul kau" Rajuk Rizal.
Khairul dah berkerut. "Korang ni kenapa?" tanyanya pelik.
"Rul, kau dah pergi tempat tu?" Tanya Kirana lalu duduk dengan posisi yang biasa.
"Dah" kata Khairul sepatah.
"Apa kau dapat?" Tanya Kirana lagi.
"Aku dapat tahu yang bapak Lara tu yang bunuh dia. And diorang tengah cari kau" jawab Khairul.
"For what diorang cari aku?" Tanya Kirana sambil berkerut.
"Actually lepas kau tukar identiti kau tu, diorang cari kau sebab kau sorang jer tahu pasal kes pembunuhan tu. Tapi diorang tak tahu yang kitorang pon tahu pasal benda tu. Jadi rahsia ni macam peti besi tau. Ada dua pihak yang tahu isi dalam dia. Satu pihak tu macam group sana and lagi satu pihak kat sini. Pihak sana yang isi harta tu kat dalam peti and pihak sini nak keluarkan harta tu. Peti besi mestilah ada kunci dia kan. And diorang anggap kau lah kunci tu. Kalau kunci ni hilang dan dah dihapuskan diorang rasa selamat tapi kalau kunci ni hilang but ada diorang akan cari dan simpan kunci tu. Tapi diorang tak tahu kunci ni dekat pihak lagi satu. Faham?" Kata Khairul panjang lebar.
"Jadi kalau aku dah dapat kat pihak sana, maksudnya aku kena kurunglah?" Tanya Kirana untuk mendapatkan kepastian. Khairul dan Rizal hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan jawapan Kirana.
"Huh... Jadi aku kena lebih berhati hati lagi. Mak aku pun dah kerap datang kat rumah tu. Nasib baik bilik aku tu tersembunyi" keluh Kirana.
"Seriously?" Tanya Rizal. Kirana hanya menganggukkan kepalanya.
"Woi!! Dating tak ajak" marah seseorang iaitu Sofiea.
"Mana ada. Yang kau ni pahal. Dah siap kerja?" Tanya Rizal.
"Ana.... Aku dah mulakan sesi penyamaran aku" ujar Pia seraya duduk di sebelah Kirana tanpa menghiraukan soalan Rizal.
Kirana yang tadi memejamkan matanya terus membuka matanya. "Jadi dia tahu apa2 tak, or perasan apa2 ke?" Tanya Kirana.
"Nope. Kau tahu kan group kita ni pakar dalam sesi penyamaran. Macam kau, ada ke diorang tahu yang kau ni Kirana kitorang dan bukan Farhana" jawab pia bangga begitu juga Khairul dan Rizal. Kirana hanya menganggukkan kepalanya bersetuju.
"Weyh korang" kata Rizal.
Semua memandangnya. "Apa lagi!!" Kata mereka semua kecuali Rizal.
"Aku lapar, jom makan" kata Rizal dengan membuat muka comel.
"Jom!" Kata sofiea lalu menarik lengan Rizal. Manakala Kirana dan Khairul hanya mendiamkan diri sambil melihat Sofia dan Rizal.
"Jom?" Ujar Kirana. Khairul pula hanya mengangguk. Dengan happynya Kirana berlari menuju ke dapur.
'Jarang aku tengok Ana betul² macam perempuan' kata Khairul dalam hati sambil tersengih.
____________________________"Aku dah dapat apa yang aku nak. Tinggal nak bagitahu je. Tapikan apa motif Kirana lari rumah dan kenapa uncle nak sangat cari Kirana, uncle cakap dia nak tebus kesalahan dia. Kesalahan apa. Aku kena siasat ni. Maklumat ni aku kena simpan je" monolog Luqman. Dia sudah dapat maklumat tentang Kirana dengan banyak tetapi dia belum mencari punca Kirana menghilangkan diri. Nasib baik sepupunya ada. Kalau tidak, dia tidak akan tahu tentang semua maklumat Kirana.
To be continued
**************************
Abaikan typo..
Vote..
Comment kalau nak..
Sorry kalau tak best cerita ni..
YOU ARE READING
MY SECRET IDENTITY✓
General FictionKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...