3

174 18 2
                                        

Sedang Kirana ralit menangkap gambar, dia ditolak oleh seseorang....

"GEDEBUK!!!"

"Auch! Setan mana yang tolak aku ni..... Tak nampak ke aku yang besar kat sini. Hish!!" Kata Kirana tanpa sedar yang dia tersebut 'setan'.

"Ermm.... Sorry saya tak sengaja terlanggar . Saya rushing tadi. Tak nampak awak kat sini... By the way, saya ada nama. And nama saya bukan setan ya, nama saya Luqman" kata seorang lelaki yang sama umur dengan Kirana sambil menghulurkan tangan kepada Kirana.

"Takpe, aku boleh bangun sendiri. Apa tadi nama kau" kata Kirana tanpa melihat wajah lelaki itu.

"Nama saya Luqman. Awak okey...." Kata Luqman. "Jangan ber-awak saya dengan aku. Aku okey jer. Lain kali nak lari ke, jalan ke, tengok depan. Hish!!" Kata Kirana dengan sedikit nada marah.

Kirana meniggalkan Luqman di situ. "Dia tinggal aku camtu jer. Tak sempat aku nak tanya nama dia. Takpelah hari lain ada kan...". Kata Luqman sambil melihat Kirana pergi dari taman bunga itu.
____________________________

Sampai sahaja dikelas, Kirana duduk di tempatnya sambil menunggu cikgu masuk.

"Assalammualaikum semua" kata ustazah Haura a.k.a guru kelas 3 Diamond iaitu kelas pertama dan kelas Kirana serta dia mengajar subjek pendidikan Islam.

"Waalaikumsalam ustazah" kata ketua kelas diiringi suara pelajar² dikelas itu.

"Ok, harini kita akan ada kawan baru. Silakan masuk Luqman" kata ustazah lagi.

"Assalammualaikum. Hi, nama saya Muhammad Luqman Hakim bin Muhammad Rizwan. Korang semua boleh panggil saya Luqman" kata Luqman sambil melihat ke arah kawan² barunya sambil tersenyum.

Kirana memandang Luqman yang berada di depan kelas itu, 'Oh, form 3 rupanya. Jadi tadi dia terlanggar aku sebab cari kelas lah ni'.

"Okey, Luqman. Awak boleh duduk disebelah Ikram sana" kata ustazah sambil jarinya menunjuk kepada tempat disebelah Ikram. Ikram pula melambai tangannya supaya Luqman terlihat tempat disebelahnya.

"Baik. Terima kasih ustazah" Luqman berjalan menuju ke mejanya sambil melihat kawan² barunya. Tiba² dia terlihat Kirana. 'Oh dia pun form 3. Satu kelas dengan aku pulak tu. Senanglah kerja aku lepas ni. Orangnya dah ada depan mata pun'.
____________________________

Selepas habis sekolah, Kirana pun pergi ke vila yang tidak jauh dari rumahnya. Sebelum itu, dia sempat menukar pakaianya.  Dia memandu keretanya di tempat tidak jauh dari vila itu.

Dia membuka pintu utama vila itu. "Assalammualaikum, aku datang ni...." Kata Kirana. "Senyap jer rumah ni, takkan takde orang kot. Ahhh! Lantak lah, bukan urusan aku" monolog Kirana.

Kirana pergi ke tinggat 2 sambil melihat sekeliling vila itu. Dia masuk ke salah satu bilik di vila itu. "This room is still same. Tak bersepah, bersih, kemas jer. Rumah ni pon still sama. But, where's everyone" kata Kirana sendirian sambil baring di atas katil. Beberapa minit kemudian, barulah dia turun semula.

"Eh, Ana. Bila kau balik? Tak perasan pun" kata seorang lelaki yang bernama Khairul sambil duduk di sofa.

"Korang pergi mana. Aku panggil2 takde siapa nak sambut" Kata Kirana sambil memuncungkan bibirnya serta menghiraukan pertanyaan Khairul.

"Kitorang ada jer, cuma kat bawah tadi" kata Khairul sambil tersengeh melihat muncung Kirana. "Kau mimpi apa datang sini. Ada good news ke" sambung Khairul lagi.

"Haah. You know what, aku dah jumpa apa yang patut aku jumpa" kata Kirana dengan nada teruja.

"So, jadinya kau dah jumpa lokasi bapak Lara punya markas?" teka Khairul.

"Betul! Jadi... Kau kena teman aku stalk tempat tu" kata kirana bersemangat.

"Wait.... Tapi kalau diorang perasan camne. Tak ke mati kita" kata Khairul risau.

" Sebab tu aku dah plan awal2" kata Kirana lagi. "Apa plannya?" Khairul menyoal.

"Secret" kata Kirana sambil tersengeh. "Yelah Ana...." Kata Khairul pasrah.

"WOI!!! Yang kat sana tu buat apa. Dating eh? Eh, Ana bila kau balik?" kata Rizal salah seorang member Kirana.

"Baru jer" kata Kirana malas. Rizal ni kalu dilayan menjadi-jadi... " Oohhhh" kata Rizal meleret.
____________________________

"Kirana Adriana..... Cantik nama tu, sama macam orangnya. Tapi sayang... Dia hanya orang yang aku kena cari tanpa sebab dan bagi kat seseorang. Sedihnya hidup kau Kirana Adriana" kata Luqman sendirian. Selepas itu dia menyelesaikan kerjanya yang tergendala tadi.

To be continued....

**************************

Heyyo shemua.... Sihat tak? Jagga diri semua. Patuhi SOP. Nak keluar rumah hati2. Mana tahu kat luar tu ada corona ke kan. Ok lah sampai sini jer. Jangan lupa vote tau. Bye.....

MY SECRET IDENTITY✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang