Terlihat ada seorang budak perempuan dalam lingkungan 5-6 tahun sedang bermain di taman bertemankan seorang lelaki. Mereka begitu gembira pada masa itu sampailah lelaki itu mendapat satu panggilan.
Lelaki itu kelihatan risau. Anak kecik itu pula hanya memandang pakciknya yang sedang tidak senang duduk itu.
"Pak Long okay?" Kata Kirana kepada pakciknya itu. Pakciknya hanya mengangguk sambil tersenyum. Setelah selesai berada di telefon. Pakcik Kirana berkata.
"Sayang, jom balik. Pak Long ada hal kejap. Kena balik..." Pujuk pakciknya.
"Alaa.... Ana nak main lagi dengan Pak Long" muncung budak itu memandang. Pakciknya yang ketawa melihat dirinya diendahkan tanda protes.
"Kita balik dulu ea. Nanti bila² kita main lagi ea." Pujuk pak Long nya lagi. Setelah selesai sesi pujuk memujuk akhirnya Kirana bersetuju.
"Tapi ada satu syarat." Kata Kirana apabila mereka sudah berjalan untuk pulang.
"Apa?" Tanya pak Long nya.
"Belikan Ana aiskrim strawberry."
"Okey"
"Yeay!!" Kirana bersorak riang.
Mereka sangatlah rapat pada sebelum itu. Tapi masuk hari ini mereka menjadi renggang. Mungkin orang luar berasa normal. Tapi tidak pada aku.
Family aku hanya ambil tahu pasal fizikal ku. Tapi tidak dengan emosi ku.
6 tahun kemudian....
Aku dikejutkan dengan ketukan pintu yang kasar pada pagi itu.
"Kirana Adriana!!!! Kau keluar sekarang!!" Kedengaran papaku memanggil nama ku dengan keras sekali. Aku bergegas membuka pintu. Buka sahaja pintu..
'PANG!!!'
Aku ditampar tanpa alasan yang munasabah. Mengapa aku ditampar dengan keras sekali.
"Pa!! Papa kenapa tampar Ana!!” kataku dengan juraian air mata yang telah membasahi pipi.
"Kau tahu tak pak long kau dah mati!!" Dengar sahaja ayat itu aku terus terkedu. Pak Long mati???
"Apa papa merepek ni. Semalam Ana baru je spend time dengan pak long kot." Kataku untuk membantah kata² papa.
"Semalam kau pergi mana dengan pak long!" Tengking papa.
"Kitorang pergi jalan² kat fun fair." Balasku.
"Pastu" mama pula menanya.
"Pastu pak long hantar balik-” ingatanku melayang pada malam semalam.
Semalam semasa pak Long hendak menghantarku pulang. Kami dikejutkan dengan berdas das tembakan yang dilepaskan dari arah belakang ke kereta kami.
Pak long berhenti di tepi jalan lalu keluar dari tempat pemandu. Aku hanya mendiamkan diri kerana masih terkejut. Aku melihat pak long menembak orang yang ada di dalam kereta itu.
Tiba² datang lagi sebuah kereta di hadapanku. Aku melihat muka pak long yang cemas. Aku melihat pak long menelefon seseorang di talian telefonnya. Dia seperti meminta tolong.
Aku masih lagi berdiam diri. Tiba² aku melihat pak long ditembak di bahagian dada. Aku menangis kerana melihat pak long ku sudah terbaring di permukaan jalan raya itu.
Aku mencapai pisau yang berada di dalam dash board. Aku membuka pintu lalu berlari ke arah orang yang ingin membunuh pak long lalu aku menikam lelaki itu.
Ya! Aku terperangkap. Beberapa lelaki sudah mengelilingi aku. Walaupun aku baru berumur 12 tahun. Aku sudah diajar cara untuk mempertahankan diri.
YOU ARE READING
MY SECRET IDENTITY✓
General FictionKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...