Kirana pov..
Aku berjalan kaki untuk pergi ke 7 Eleven. Ianya hanya mengambil masa selama 10minit kalau aku naik kereta. Kalau aku jalan kaki ia bboleh dikatakan dalam 20minit macam tu.
Setelah sampai, aku masuk ke kedai itu lalu membeli sebuku roti berperisa coklat dan sekotak susu coklat. Aku ingat nak pergi taman lepas ni. Hilangakan stress lah katakan....
Aku melintas jalan selepas menoleh ke kanan dan kiri. Aku hanya melintas selepas terlihat tiada kereta lalu lalang.
Tiba tiba ada sebuah kereta yang bergerak laju. Aku yang tidak perasan akan kehadiran kereta itu hanya meneruskan langkah ku.
Tiba tiba ada seseorang menarik aku ke belakang dan aku terasa seperti di peluk. Aku pejamkan mata seketika kerana terkejut. Aku terdengar bunyi kereta yang bergerak laju.
Selepas beberapa saat, aku mencelikkan mata aku lalu melihat gerangan lelaki yang menyelamatkan aku daripada di langgar tadi.
Aku terlihat wajah Luqman. Terus aku menjarakkan diri aku dekat dengannya.
"Kau okay?" Tanya nya. Aku hanya mengangguk.
"Kau dari mana. Kereta lalu pun tak perasan bahaya tahu tak?" Sambungnya lagi. 'Pahal mamat ni tiba tiba nak marah orang.' Kata ku dalam hati. Sambil itu dia memegang lengan aku yang berlapik lalu membawa aku ke sebuah cafe. Aku pun tak tahu kenapa aku ikut dia.
"Kenapa kau bawa aku pergi sini?" Tanya ku. "Saja" hanya itu sahaja jawapan yang diberikan.
"Tak nak duduk ke cik Farhana?" Tanya nya. Aku cepat² duduk di hadapannya.
"Kau tahu tak aku baru je merancang nak gi taman tahu tak. Siap dah beli bekal lagi. Kau bawak aku gi sini kenapa? Aku ada banyak lagi kerja nak buat tahu tak." Ujar ku panjang lebar.
"So?" Soalnya.
"So... I have to go." Kataku laju. Aku bangun lalu melangkah kaki ingin pergi.
Dia menahan tanganku lalu dia tarik lenganku membuatkan aku terduduk. Aku memandangnya tajam."Kau tak boleh ke lepak² sekejap ke." Ujarnya. Baru sahaja aku ingin menjawab, tiba tiba satu waiter ni datang.
Selepas meng'order' minuman. Waiter itu pergi. Aku rasa macam awkward kat situ.
"Kau nak apa sebenarnya?" Tanya aku yang mula rasa awkward di situ.
"Aku nak tanya kau something boleh?" Ya, soalan di balas dengan soalan...
"Apa?" Tanyaku sepatah.
"Asal kau suka cari masalah kat sekolah ea?" Tanyanya.
"Saja" balasku sambil mengeluh.
"Saja? Kau tahu tak, kau punya saja tu boleh buat orang ramai benci kau tahu tak. Aku tengok kau ni selalu sorang². Best ke?" Ceramah nya.
"Yang kau sibuk hal aku pahal. Biarlah aku nak buat apa pun. Lagi pun bukan orang memang tak suka aku." Kataku.
"Oh ya, pasal kawan. Aku lebih rela hidup bersendirian daripada ada kawan." Kata Kirana sambil tersenyum sinis.
"Kalau aku nak jadi kawan kau boleh?" Tanya Luqman sambil tersenyum dan matanya dikebil kebilkan. Fikir comel lah tu.
"Hmm." Kirana mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Suka hati kau lah." Kirana berkata demikian. Lalu air yang diorder tadi pun sampai.
"Thank you." Kata Kirana dan Luqman serentak.
"Minggu depan ada camping. Kau ikut?" Tanya Luqman. Aku hanya mengangguk.
"Kalau tak ikut, mahu kena parang aku ngan cikgu singa tu." Kataku selamba mengutuk cikgu.
Luqman hanya tersengeh. Dia tahu Kirana tidak suka akan cikgu itu. Cikgu tulah yang membuatkan Kirana kena gantung. Tapi, dia sendiri yang salah. Siapa suruh buat masalah. Kan dah mendapat.
-Selepas itu mereka pun berbual kosong. Luqman menghantar Kirana pulang hanya dengan berjalan kaki kerana dia ke sini hanya membawa motor. Lagi pula sekali sekala bersenam kan? Bukan itu sahaja. Dia juga ingin tahu Farhana tinggal di mana. Jadi dengan ini dia boleh menjejaki Farhana dengan lebih mudah.
Selepas melihat Farhana sudah masuk, dia meneliti rumah itu lalu mengambil beberapa keping gambar. Luqman tidak perasan yang dia tengah diperhatikan.
Luqman bergerak pergi. Kirana hanya tersenyum sinis melihat perlakuan Luqman. Ya, dia yang memerhati Luqman di tepi dinding sebelah tingkap biliknya.
'Kau ada misi, aku ada misi. Trying to catch me? Come babe. Your mision will be end soon' kata Kirana dalam hati sambil tersenyum sinis semula.
____________________________________Selepas mandi Kirana baring di katilnya lalu memeluk bantal kucing nya yang bewarna sky blue. Bantal itu pemberian daripada pakciknya yang telah meninggal dunia.
Dengan secara tidak sengaja. Air matanya mengalir. Kirana yang tersedar air matanya mengalir cepat² mengesat menggunakan baju tidurnya.
"Minggu depan ada camping. Kau ikut?"
Tiba² ayat itu terpacul di kepala Kirana. Ya, sebenarnya dia memang malas nak pergi. Tapi disebabkan tempat itu adalah markas bapa Lara, dia terpaksa ikut untuk melindungi rakan rakannya. Dia juga sudah menyuruh Khairul untuk menolongnya.
Khairul sudah dianggap macam abang kepadanya. Khairul banyak menolong Kirana selama ini. Khairul juga selalu mengambil Kirana untuk pergi ke mall atau ke villa mereka. Khairul pun sudah dianggap anak kepada Mak Jah kerana dia selalu juga datang menjenguk Mak Jah ketika Kirana tiada. Dia juga menyuruh abang angkatnya itu mencari pasal identiti Luqman.
Buat masa ini tiada sebarang maklumat yang dia dapat. Mungkin minggu depan.
-Selepas termenung agak lama, Kirana memutuskan untuk tidur. Dia memadam lampu biliknya lalu menyelubungi dirinya dengan selimut.
To be continued...
____________________________________Vote.
Comment.
Ada typo, roger okey.
YOU ARE READING
MY SECRET IDENTITY✓
Ficção GeralKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...